Forum Komunitas pecinta koleksi jadul

ingin bergabung dengan elrakyat.tk klik pendaftaran. jika anda sudah pernah mendaftar silakan login. jangan lupa ajak kawan-kawanmu ke mari , dan jadilah top poster di forum kita

Join the forum, it's quick and easy

Forum Komunitas pecinta koleksi jadul

ingin bergabung dengan elrakyat.tk klik pendaftaran. jika anda sudah pernah mendaftar silakan login. jangan lupa ajak kawan-kawanmu ke mari , dan jadilah top poster di forum kita

Forum Komunitas pecinta koleksi jadul

Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Forum Komunitas pecinta koleksi jadul

salah satu forum terbesar tempat kita bernostalgia

Login

Lupa password?

Our traffic

info rakyat

Sun Oct 31, 2010 9:05 pm by admin

---------------
PEMBERITAHUAN....

SF ZONA RELIGI SEKARANG KAMI PINDAH KE [You must be registered and logged in to see this link.] ANDA BISA BERPARTISIPASI DAN MENJADI MODERATOR SESUAI PERMINTAAN ANDA DENGAN REQUEST VIA SMS NO ADMIN 081945520865


Sekilas Info

Sun Jun 27, 2010 2:44 pm by admin

kabar gembira, forum lentera-rakyat mulai hari ini juga bisa diakses melalui [You must be registered and logged in to see this link.]


    19 hadits Rasulullah tentang cewek

    admin
    admin
    Admin
    Admin


    Zodiac : Virgo Jumlah posting : 688
    Join date : 19.03.10
    Age : 37
    Lokasi : Malang-Indonesia

    19 hadits Rasulullah tentang cewek Empty 19 hadits Rasulullah tentang cewek

    Post by admin Thu Jun 24, 2010 2:57 pm

    19 Hadis Rasulullah SAW Mengenai Wanita

    1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya yang
    lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah s. a. w. akan hal
    tersebut, jawab Baginda s. a. w., "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan
    doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".

    2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka
    beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah s. w. t. mencatatkan baginya
    setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

    3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah s. w. t.
    mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah s. w. t.

    4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa
    seperti keadaan ibunya melahirkannya.

    5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan
    daripada susunya diberi satu kebajikan.

    6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka
    Allah s. w. t. memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas
    untuk membela agama Allah s. w. t.

    7. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang
    yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah s. w. t. dan orang yang takutkan
    Allah s. w. t., akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

    8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah lalu
    diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah). Hendaklah
    mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang
    menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

    9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah s. w.
    t. memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000
    tahun).

    10. Perempuan apabila sembahyang lima
    waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya,
    masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

    11. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.


    12. Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah s. a. w, siapakah yang
    lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah s. a. w.,
    "Suaminya". "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab
    Rasulullah s. a. w, "Ibunya".

    13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan
    ibumu dahulu.

    14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara,
    malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana
    dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.

    15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu
    neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia
    kehendaki dengan tidak dihisab.

    16. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.

    17. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s.
    a. w) di dalam syurga.

    18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau
    dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam
    pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta
    bertanggungjawab, maka baginya syurga.

    19. Daripada Aisyah r. a. "Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada
    anak-anak perempuan lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan
    menjadi penghalang baginya daripada api neraka."

    4 Golongan lelaki ditarik wanita

    Seseorang wanita itu apabila di yaumal alkhirat akan menarik empat golongan
    lelaki bersamanya ke dalam neraka? Na'uzubillah, artikel ini bukan untuk
    memperkecilkan wanita tetapi sebaliknya iaitu supaya kaum lelaki memainkan
    peranannya dengan hak & saksama serta berwaspada akan tanggung-jawab yang
    kita pikul!

    PERTAMA -
    AYAHNYA


    Apabila seseorang yngg bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya
    di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat,
    mengaji & sebagainya. Dia memperbiarkan anak-anak perempuannya tidak
    menutup aurat, tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja
    maka dia akan ditarik oleh anaknya.

    KEDUA - SUAMINYA


    Apabila sang suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas
    di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum
    lelaki yang bukan mahram. Apabila suami mendiam diri walaupun dia seorang alim
    seperti solat tidak tangguh, puasa tidak tinggal maka dia akan ditarik oleh
    isterinya.

    KETIGA
    ABANG-ABANGNYA

    Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita
    jatuh ke pundak abang-abangnya. Jikalau mereka hanya mementing keluarganya
    sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM tunggulah
    tarikan adiknya di akhirat kelak.

    KEEMPAT - ANAK
    LELAKINYA

    Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan
    yang haram dari Islam, bila ibu membuat kemungkaran pengumpat, mengata &
    sebagainya maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan di akhirat kelak
    nantikan tarikan ibunya maka kita lihat bertapa hebatnya tarikan wanita bukan
    sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat maka kaum lelaki
    yang bergelar ayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan mereka yang
    sebenar dan tidak silap.

    Firman
    ALLAH SWT:-

    "HAI ANAK ADAM PERIHARALAH DIRI KAMU SERTA AHLIMU DARI API NERAKA DI MANA
    BAHAN PEMBAKARNYA IALAH MANUSIA, JIN DAN BATU-BATU..."

    Hai wanita, kasihlah ayah anda, suami anda, abang-abang anda serta anak-anak
    lelaki anda kesihankanlah mereka dan diri kamu sendiri, jalankan perintah ALLAH
    S. W. T bersungguh dan dengan ikhlas. Akhir kalam, marilah kita berdoa agar
    kita semua terselamat dari ditarik dan tertarik oleh mana-mana pihak.

    Harga seseorang muslim adalah sangat berharga. ALLAH S. W. T nilaikan seseorang
    muslim dengan SYURGA, semua kaum muslim dijamin masuk syurga (sesiapa yang
    mengucap kalimah tauhid) dengan itu janganlah kita membuang atau tidak
    mengendah janji dan peluang yang ALLAH S. W. T berikan pada kita

    PESANAN BUAT
    WANITA


    Allah s. w. t. berfirman yang bermaksud: "Dan katakan kepada
    perempuan-perempuan yang beriman, supaya mereka menahan sebahagian penglihatan,
    memelihara kehormatannya dan tiada memperlihatkan perhiasannya
    (tubuhnya) selain dari yang nyata (mesti terbuka terdiri dari bahagian badannya
    yang sangat perlu dalam pekerjaan sehari-hari, seperti mukanya dan tapak
    tangan). Dan hendaklah mereka sampaikan kudungnya ke leher (tutup kepalanya
    sampai ke leher dan dadanya), dan tiada memperlihatkan perhiasannya (tubuhnya),
    kecuali kepada suaminya, bapanya, bapa suaminya, anak-anaknya, anak-anak
    suaminya, saudara-saudaranya, anak-anak saudara lelaki, anak-anak saudara
    perempuannya, sesama perempuan Islam, hamba sahaya kepunyaannya, laki-laki yang
    menjalankan kewajubannya tetapi tidak mempunyai keinginan
    (terhadap perempuan - umpanya pelayan-pelayan lelaki yang sudah tua dan tiada
    lagi mempunyai keinginan kepada perempuan) dan kanak-kanak yang belum mempunyai
    pengertian kepada aurat perempuan. Dan janganlah mereka pukulkan kakinya,
    supaya diketahui orang perhiasannya yang tersembunyi (misalannya melangkah
    dengan cara yang menyebabkan betisnya terbuka atau perhiasan seperti
    gelang/rantai kakinya nampak). Dan taubatlah kamu semuanya kepada Allah s. w.
    t, Hai orang-orang yang beriman, supaya kamu beruntung.(surah An-Nur ayat 31)

    Allah s. w. t. berfirman yang bermaksud:

    Belum sampaikah lagi masanya bagi orang-orang yang beriman untuk khusyuk (taat)
    hati mereka mematuhi peringatan dan pengajaran (suruhan dan larangan) Allah
    serta (taat) mematuhi kebenaran (Al-Quran) yang diturunkan (kepada mereka)? Dan
    janganlah pula mereka menjadi seperti orang-orang yang telah diberi kitab
    sebelum mereka (Yahudi dan Nasrani), setelah orang-orang itu melalui masa yang
    lanjut (jauh dari zaman nabi mereka) maka hati mereka menjadi keras
    (dari mengikuti perintah/ajaran nabi mereka) dan banyak di antaranya
    orang-orang fasik. (surah Al-Hadid ayat 16)

    Bila ayat menutup aurat turun sahaja semua wanita ketika itu tidak kira dari
    golongan Ansar mahupun Muhajirin dengan segera menutup aurat masing-masing.
    Yang ada di pasar, yang ada di rumah, yang sedang dalam perjalanan capai apa sahaja
    untuk menutup aurat masing-masing dengan SEGERA dan bukannya NANTI DULU. Yang
    tidak mendapat apa-apa mereka segera memalingkan muka menghadap dinding supaya
    tiada lelaki terpandang wajah mereka. Itulah kekuatan iman yang ada pada
    wanita-wanita ketika itu. Tetapi kini segala- galanya telah berubah makin jauh
    kita dari zaman Rasulullah s. a. w. makin kita jauh dari amalan agama. Dalam
    ayat yang sama juga Allah s. w. t. menegur kita supaya tidak menjadi seperti
    ahli kitab sebelum kita (Yahudi dan Nasrani) di mana semakin mereka jauh dari
    zaman nabi mereka maka semakin kurang mengamalkan agama. Itulah keadaan kita
    ketika ini. Saudari-saudari seagama dengan kita bukan tidak tahu kewajiban
    menutup aurat, tetapi oleh kerana kelemahan iman serta sikap acuh tak acuh
    membuatkan mereka lalai. Perkataan yang biasa kita dengar dari saudari-saudari
    kita ialah "belum sampai seruan". Seruan apa yang ditunggunya atau
    seruan dari siapa yang sedang mereka tunggu? Bukankah Allah s. w. t. telah seru
    untuk menutup aurat sejak 14 abad dahulu lagi. Tetapi kenapa masih tak
    tutup-tutup lagi?

    Lihat lagi ayat di atas Allah s. w. t. berfirma "Katakan kepada
    orang-orang perempuan yang beriman" Allah s. w. t. dengan khusus gunakan
    perkataan "beriman" dan bukannya "wahai manusia" kerana
    segala perintah hanya boleh didukung oleh orang-orang yang beriman sahaja.

    Dalam ayat kedua pun sama yang ditujukan ayat-ayat ini adalah kepada
    orang-orang yang beriman. Kita kata kami beriman dengan Allah s. w. t,
    Rasul-rasulNya dan, Kitab-kitabNya tetapi apa yang kita ucapkan dan buat adalah
    sungguh bertentangan. Allah s. w. t. telah menggariskan peraturan dan rasul
    telah mengajarkannya dan peraturan itu telah termaktub di dalam kalamNya.

    Tetapi kenapa masih leka? Kita bimbang kalau-kalau kita dibungkus dengan kain
    putih sebelum kita sempat menutup aurat.

    Maka wahai saudari-saudari seagamaku (YANG BERIMAN), sebelum terlewat rebutlah
    peluang yang ada jangan tunggu esok amalkan sekarang juga. Bimbang "Esok
    tiada bagi mu". Gembirakanlah Allah s. w. t. dan rasulNya dengan mengikut
    perintah mereka supaya dikala kamu dirundung malang Allah s. w. t. dan rasulNya dapat
    menggembirakan kamu.

    BIAR KAMU TIDAK CANTIK DI MATA PENDUDUK
    BUMI TETAPI NAMAMU MENJADI PERBUALAN PENDUDUK LANGIT.

    KERUGIAN BAGI WANITA YANG MENOLAK PERKAHWINAN


    Sepertimana yang diberitakan kepada kita oleh akhbar Berita Harian, hari ini
    terdapat segolongan wanita yang menolak perkahwinan. Antaranya memandang
    perkahwinan sebagai satu bebanan yang menyekat kebebasan. Bila berkahwin, kuasa
    mutlak dalam menentukan hidup berubah dan terpikul pula dengan kerja-kerja
    mengurus rumahtangga dan anak-anak.

    Justeru itu ramai yang lebih rela jadi andartu walaupun pada hakikatnya, ianya
    tidak dapat memberi kebahagiaan pada jiwa. Ada juga yang tidak berkahwin disebabkan
    terlalu memilih calon yang sekufu dan ada yang tidak sempat memikirkan
    perkahwinan kerana terlalu sibuk dengan tugas-tugas dan karier kerjanya.
    Sebelum ini saya ada memberi pandangan bagaimana hendak menyelesaikan masalah
    andartu. Kali ini saya akan dedahkan pula tentang kerugian wanita yang tidak
    mahu bekahwin; tetapi bukan kepada wanita yang tidak berkahwin kerana tiada
    jodoh. Kalau sudah tidak ada jodoh, wanita tersebut tidak boleh dipersalahkan
    kerana sudah takdir menentukan demikian. Masalahnya sekarang, terdapat wanita
    yang ada peluang berkahwin tetapi menolak dengan alasan-alasan sepertimana yang
    saya sebutkan di atas tadi.

    Perkembangan tentang wanita yang tidak gemar berkahwin bukan sahaja berlaku di
    dalam masyarakat bukan Islam tetapi juga berlaku di kalangan masyarakat Islam.
    Sikap demikian bukan sahaja bertentangan dengan kehendak ajaran Islam yang
    menggalakkan perkahwinan tetapi juga bertentangan dengan fitrah semulajadi
    manusia yang hidupnya memerlukan pasangan. Bahkan sunnatullah kejadian manusia,
    ada lelaki dan ada wanita yang saling memerlukan antara satu sama lain. Ibarat
    talian elektrik yang memerlukan positif dan negatif untuk melahirkan cahaya.

    Di Malaysia, walaupun terdapat di dalam masyarakat Islam sikap memilih hidup
    membujang tetapi tidak begitu berleluasa seperti di barat. Sungguh pun demikian
    pada pandangan Islam, orang yang tidak berkahwin dianggap jelek. Menyerupai
    para pendita Kristian. Golongan ini juga tidak akan mendapat kesempurnaan dalam
    agama dan mengalami kerugian di dunia dan di akhirat.

    Kejelekan tidak berkahwin khususnya bagi kaum wanita, adalah lebih banyak
    berbanding dengan lelaki. Kerana umumnya bagi kaum wanita, pintu syurga lebih
    banyak bermula dan berada di sekitar rumahtangga, suami dan anak-anak. bagi
    kaum wanita, untuk mendapat maqam salehah dan menjadi ahli syurga di akhirat
    adalah amat mudah. Ini adalah berdasarkan sabda Rasulullah s. a. w.:

    "Sekiranya seorang wanita dapat melakukan empat perkara iaitu sembahyang
    lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, menjaga maruah dan taat kepada suami maka
    masuklah syurga mana-mana yang ia kehendaki."

    Sekiranya seorang wanita itu tidak berkahwin, ia tidak akan dapat mencapai
    kesempurnaan pada maqam yang keempat. Walau sehebat mana sekalipun ia bersembahyang,
    berpuasa dan menjaga maruah, wanita yang tidak berkahwin tidak akan mendapat
    kelebihan pada mentaati suami. Sedangkan kelebihan mentaati suami mengatasi
    segala-galanya bagi seorang wanita, sehinggakan redha Allah s. w. t. pun
    bergantung kepada redha suami.

    Selain daripada itu di antara kelebihan wanita yang berkahwin bahawa ia akan
    diberi pahala seperti pahala jihad fisabilillah di kala mengandung. Apabila ia
    menyusukan anak maka setiap titik air susu akan diberi satu kebajikan. Berjaga
    malam kerana mengurus anak akan diberi pahala seperti membebaskan 70 orang
    hamba. Wanita yang berpeluh kerana terkena bahang api ketika memasak untuk
    keluarganya akan dibebaskan daripada neraka. Bagi wanita yang mencuci pakaian
    suminya akan diberi 1000 pahala dan diampuni 2000 dosa. Lebih istimewa lagi
    ialah bagi wanita yang tinggal di rumah kerana mengurus anak-anak akan dapat
    tinggal bersama-sama Rasulullah s. a. w di syurga kelak.

    Bahkan wanita yang rela dijimak oleh suami juga akan mendapat pahala dan lebih
    hebat lagi bagi wanita yang mati kerana bersalin akan mendapat pahala seperti
    pahala syahid. Semua kelebihan-kelebihan ini tidak akan dapat diperolehi bagi
    wanita yang menolak perkahwinan. Malah di dunia akan selalu berada di dalam
    fitnah dan di akhirat menjadi golongan yang rugi. Oleh itu wanita dianjurkan
    berkahwin apabila telah menemui pasangan yang sekufu. Yang dimaksudkan sekufu
    yang utama ialah dari segi iman, walaupun lelaki tersebut telah berkahwin.
    Sabda Rasulullah s. a. w:

    "Apabila datang kepada kamu lelaki yang beragama dan berakhlak maka
    kahwinlah dia, kalau tidak akan timbul fitnah dan kebinasaan." Para sahabat bertanya,

    "Bagaimana kalau ia telah berkahwin?" Jawab baginda s. a. w,
    "Kahwinilah juga ia(diulang sebanyak tiga kali)."

    Begitulah besarnya pahala bagi wanita yang berkahwin. Tidak perlu
    bersusah-payah untuk keluar rumah seperti kaum lelaki atau berslogan seperti
    kebanyakan wanita hari ini. Hanya dengan duduk di rumah sebagai seorang isteri
    dan ibu sudah memperolehi banyak pahala. Kalau suami redha dengan perlakuan
    seorang isteri itu maka akan terus masuk syurga tanpa melalui kesukaran.

    Nikmat ini tidak akan dapat diperolehi oleh wanita yang menolak perkahwinan
    kerana dia telah menolak untuk menjadi calon wanita salehah yang berada dibawah
    naungan suami

      Waktu sekarang Fri Nov 22, 2024 6:14 am