HADIS BERJABAT TANGAN, MUSALSAL MUSAFAHAH:
KRITIKAN RIWAYAH DAN DIRAYAH
Ulasan dari Pusat Pengajian Al-Quran Darul Kautsar
Akhir-akhir ini, tersebar di dalam masyarakat kita sebuah hadis
yang didakwa diriwayatkan dengan cara yang istimewa iaitu setiap
perawi akan menyampaikan hadis seperti mana yang diterima.
Hadis itu berbunyi “Sesiapa yang berjabat tangan denganku atau
berjabat tangan dengan orang yang berjabat tangan denganku
maka akan memasuki syurga.” Seperti kandungan matannya,
periwayatan ini dilakukan dengan cara berjabat tangan iaitu setiap
daripada perawi akan berjabat tangan lalu membacakan matan ini.
Ada beberapa perkara yang perlu diletakkan di hadapan bagi
menilai kedudukan hadis yang didakwa atas nama Rasulullah s.a.w.
Pertama, kandungan matan mesti diperiksa terlebih dahulu bagi
memastikan ia selaras dengan ayat-ayat al-Quran dan hadis-hadis
sahih yang lain serta prinsip-prinsip Islam. Kedua, jika
kandungannya bercanggah maka ia harus diketepikan dan tidak
mempunyai sebarang nilai. Ketiga, jika ia menepati atau termasuk
di bawah prinsip-prinsip Islam maka para perawinya perlu dinilai
untuk menentukan kesahihannya. Kaedah ini lebih dikenali sebagai
Usul Dirayah dan Usul Riwayah.
Apabila kita melihat kepada hadis berjabat tangan ini, kita
mendapati ianya mempunyai beberapa ciri hadis maudhu` sebagai
yang telah dijelaskan oleh ulama hadis seperti Hafiz al-Sakhawi, al-
Suyuti, Ibn al-Qayyim, Ibn al-Jauzi, Al- al-Qari dan lain-lain.
Tanda-tanda maudhu` ialah:
Pertama, bercanggah dengan ayat al-Quran:
“Allah s.w.t. berfirman, maksudnya: Sesiapa yang mengerjakan
amal-amal soleh, baik lelaki mahupun wanita dalam keadaan
mereka beriman, maka mereka itu masuk ke dalam syurga dan
mereka tidak akan dianiaya walaupun sedikit.” Surah al-Nisa’: 124.
Ayat ini dengan tegas mensyaratkan pentingnya keimanan dan
amalan soleh untuk melayakkan diri ke syurga bukan semata-mata
berjabat tangan. Begitu juga Allah menempelak golongan Musyrikin
yang mempersoalkan urusan mengadap kiblat:
“Bukanlah menghadap wajahmu ke arah timur dan barat itu suatu
kebajikan, akan tetapi sesungguhnya kebajikan itu ialah beriman
dengan Allah, hari Akhirat, malaikat-malaikat…..” Surah al-Baqarah: 177.
Kedua, bercanggah dengan prinsip dalam Islam. Jaminan untuk
masuk syurga mestilah dengan mengakui tauhid kepada Allah dan
beramal soleh. Sedangkan mengikut riwayat batil ini semata-mata
berjabat tangan sudah layak memasuki syurga.
Apakah pereka hadis ini memahami dengan sejelas-jelasnya hakikat
berjabat tangan dengan Rasulullah s.a.w. Apakah sahabat yang
berjabat tangan dengan baginda berpada dengan perbuatan yang
ringkas ini lalu duduk menanti untuk memasuki syurga. Tidakkah
apabila para sahabat berjabat tangan dengan Rasulullah s.a.w.
bererti mereka berjanji untuk taat kepada Allah dan Rasul-Nya dan
memberi sumpah setia untuk berjuang mempertahankan Islam.
Ciri hadis maudhu` ketiga yang terdapat di dalam riwayat
musafahah ini ialah menjanjikan ganjaran yang besar-besar kerana
perbuatan yang tidak seberapa. Berjabat tangan adalah perbuatan
begitu ringkas dan kecil sehingga mendapat jaminan yang begitu
besar.
Selain itu, hadis ini tidak terkenal di zaman sahabat dan Tabi`in.
Sekian ramai para sahabat yang paling banyak meriwayatkan hadis
daripada Rasulullah s.a.w. seperti Abu Hurairah, Aishah, Ibn Umar
dan Ibn Abbas tidak meriwayatkan hadis ini. Oleh itu kita
mengatakan hadis amat ganjil.
Al-Muammar yang satu-satu sahabat yang meriwayatkan hadis
musafahah ini, hanya meriwayatkan hadis ini sahaja atau beberapa
hadis lain yang tidak dikenali. Begitu juga perlu diambilkira, hadis
ini tidak terdapat di dalam kitab-kitab hadis yang muktabar seperi
Jami`, Sunan, Zawaid atau Musnad. Persoalannya, Di manakah
letaknya hadis ini selama ini dan mengapa sekarang baru
dipopularkan? Siapakah Muammar yang menjadi punca atau
masdar kepada hadis ini?
Hafiz Ibn Hajar memutuskan bahawa tiada perawi yang dikatakan
sebagai al-Muammar itu. Ia hanyalah ciptaan para pereka-pereka
hadis. Malah al-Suyuti mengatakan Mu`ammar itu seorang
pendusta dan dajjal, hadis batil dan tidak halal meriwayatkannya.
(Abd al-Fattah Abu Ghuddah, Ta`liq Zafar al-Amani, hal. 275)
Kebanyakan hadis musalsal adalah tidak sahih. Bahkan menurut
Imam al-Zahabi kebanyakannya adalah palsu kerana pendustaan
yang dilakukan oleh para perawinya. (lihat al-Zahabi, al-Muqizah,
hal. 44).
Walaupun sesetengah ulama menyebutkan hadis ini di dalam kitab
mereka itu tidak menunjukkan bahawa hadis itu boleh diterima
sebulat-bulatnya tanpa usul periksa. Umpamanya Shah Waliyullah
al-Dahlawi ada menyebutkan hadis ini di dalam kitabnya al-Fadhl
al-Mubin Fi al-Musalsal Min Hadith al-Nabi al-Amin. Ini tidaklah
bermakna beliau mengatakan hadis itu boleh diamalkan dan
dipegang. Sebagai pengarang, beliau hanya mengumpulkan hadis
tersebut dengan sanadnya dan masih lagi tertakluk kepada kaedah
penerimaan dan kritikan hadis. Hal ini sememangnya lumrah dalam
penulisan kitab-kitab hadis yang mengumpulkan pelbagai jenis
hadis yang tidak dinyatakan statusnya. Sebagai contoh, Imam al-
Bukhari tidak beriltizam untuk mengeluarkan hadis-hadis sahih
sahaja di dalam kitab-kitabnya yang lain seperti dalam Juz Raf` al-
Yadain, al-Qira’ah Khlfa al-Imam dan kitab-kitab lain selain dari
Sahih al-Bukhari. Begitu juga terdapat juga hadis maudhu` di
dalam Sunan al-Tirmizi dan Sunan Ibn Majah. Tugas mereka ialah
mencatatkan hadis-hadis yang sampai kepada mereka dengan
sanad-sanadnya. Terserah kepada ulama hadis untuk menilai
kedudukannya. Ini bermakna kewujudan hadis-hadis tersebut tidak
boleh disebarkan untuk orang ramai tetapi hanya untuk tujuan
dokumentasi bagi ulama hadis sahaja.
Shah Waliyullah sendiri menyebutkan hal ini setelah
membincangkan kelas-kelas kitab hadis. Kata beliau:
“Kitab-kitab hadis yang berada pada kelas ketiga iaitu Masanid,
Jawami` dan Musannafat yang ditulis sebelum dan selepas zaman
Imam al-Bukhari dan Muslim yang menghimpunkan hadis sahih,
hasan, dhaif, ma`ruf, gharib, syazz, munkar, khata’, sowab, thabit
dan maqlub serta tidak terkenal di kalangan ulama hadis.” (Hujjah
Allah al-Balighah, jil. 1, hal. 134)
Kemudian beliau menyebutkan kedudukan kitab-kitab tersebut:
“Tentang kitab-kitab kelas ketiga itu, maka hanya ulama yang
mahir dan berautoriti yang menghafal nama-nama perawi dan
penyakit-penyakit hadis sahaja yang layak untuk berinteraksi
dengan hadis-hadis di dalamnya untuk tujuan beramal dan
mengeluarkan pendapat berdasarkan kepadanya malah boleh juga
untuk mutaba`ah dan syawahid.” (jil. 1,hal. 135)
Begitu juga halnya dengan Imam al-Tabari yang mencatat segala
jenis riwayat di dalam kitabnya Tarikh al-Muluk Wa al-Umam. Di
muqaddimah tarikhnya itu, beliau menulis:
“Hendaklah pembaca kitab kami ini mengetahui sesungguhnya
pegangan saya bahawa setiap perkara yang saya sebutkan dalam
kitab ini adalah mengikut syarat yang saya beriltizam dengannya iaitu meriwayatkan berita-berita sebagaimana ia telah diriwayatkan
dan saya hanya menyebutkannya sahaja. Apa yang terkandung
dalam kitab ini tentang sebahagian kisah orang yang terdahulu.
Antara berita tersebut ada yang menyebabkan pembacanya merasa
benci atau pendengar merasa jelik. Ini kerana dia tidak dapat
menerimanya sebagai sesuatu yang benar atau sesuatu hakikat.
Oleh itu, hendaklah dia mengetahui bahawa berita-berita tersebut
bukan datang daripada kami, tetapi ia datang daripada orang yang
menyampaikannya kepada kami. Dan kami hanya menyampaikan
seperti yang dibawakan kepada kami.” (jil. 1, hal.
Kesahihan dari sudut matan dan sanad sangat penting kerana
walaupun sanadnya sahih dengan rantaian perawi-perawi yang
thiqah tetapi jika kandungan matan itu rapuh dan bercanggah
dengan prinsip-prinsip dirayah maka ia tetap tidak sahih. Tidaklah
menghairankan kerana sesiapa sahaja akan berani untuk mencipta
satu kata-kata lalu dia meletakkan dengan sanad yang sahih hatta
rantaian perawi-perawi emas bahawa ini adalah hadis Rasulullah
s.a.w. Era periwayatan hadis secara bersanad telahpun berakhir.
Hadis-hadis telah dibukukan sejak zaman imam-imam hadis lagi.
Oleh itu sesiapa sahaja yang mendakwa sesuatu hadis yang ganjil
yang tidak pernah diketahui oleh tokoh-tokoh hadis bermakna dia
telah membawa masuk hadis palsu dalam dunia Islam.
Jika kandungan matan sudah tidak sahih maka tidak ada makna
untuk dibahas kedudukan sanadnya. Apatah lagi apabila sepintas
lalu didapati sanadnya itu mempunyai perawi-perawi yang tidak
dikenali.
Mengenai perkara ini Allah s.w.t. berfirman, maksudnya:
“Mengapa di waktu kamu mendengar berita bohong itu, orang-
orang mukmin dan mukminat tidak bersangka baik terhadap diri
mereka sendiri (mengapa tidak kamu berkata, ini adalah suatu
berita bohong yang nyata.” (surah al-Nur: 12)
Firman-Nya lagi: “Dan mengapa kamu tidak berkata di waktu
mendengar berita bohong itu: sekali-kali tidaklah patut kita
memperkatakan perkara ini. Maha Suci Engkau (wahai Tuhan kami)
ini adalah dusta yang besar.” (surah al-Nur: 16)
Dua ayat al-Quran ini menegaskan kepada kita supaya menilai
kandungan sesuatu riwayat supaya ia benar-benar sesuai dengan
peraturan syariat dan menepati dengan keadaan Rasulullah s.a.w.
Seperti hadis-hadis yang lain, musalsal masih tetap terikat dengan
neraca dirayah dan riwayah untuk diakui sebagai sahih. Hadis musalsal ialah hadis yang diriwayatkan oleh seorang perawi dengan
cara yang sama yang diriwayatkan oleh perawi-perawi sebelumnya
sehinggalah sampai kepada Rasulullah s.a.w. Keistimewaannya
hanya dari segi cara penyampaian sahaja bukan dari segi
kedudukan sanadnya.
Memang diakui hadis musalsal yang sahih pada matan dan
sanadnya mempunyai keistimewaannya kerana mempunyai
ketepatan yang lebih berbanding dengan hadis biasa. Sebaliknya
jika maudhu` boleh jadi kepalsuannya itu lebih teruk lagi.
Dalam hal ini, atas dasar nasihat untuk agama dan umat, kami
ingin mengingatkan mana-mana individu atau mana-mana
kelompok yang cuba menyebar hadis-hadis palsu sebenarnya
bertujuan untuk menyesatkan masyarakat dan memalingkan
mereka daripada berpegang dengan al-Quran dan al-Sunnah. Malah
usaha seperti ini merupakan fitnah untuk memperdayakan umat
supaya mereka memilih jalan yang sesingkat mungkin untuk masuk
syurga.
Amalan menyampaikan hadis musalsal berjabat tangan ini
sebenarnya mirip kepada penjualan sili-sijil pengampunan yang
berleluasa di kalangan penganut-penganut Kristian. Menurut
mereka, dengan mengemukakan sejumlah bayaran yang tertentu
kepada pihak gereja, seseorang itu akan memperolehi sijil tanda
sucinya mereka daripada dosa-dosa tanpa melakukan apa-apa
amalan. (al-Mawsu`ah al-Muyasarah fi al-Adyan wa al-Mazahib al-
Mu`asirah, hal. 505). Dari satu sudut, penyebaran hadis musalsal
ini lebih dahsyat lagi kerana tiada sebarang wang yang diperlukan
untuk jaminan masuk syurga.
Kesan penyebaran hadis ini ialah menyebabkan orang ramai akan
meyakini berjabat tangan dengan guru akan menjamin ke syurga
kerana guru-guru sebelum gurunya berjabat tangan dengan
Rasulullah s.a.w. Ini amatlah berbahaya kerana perkara yang
diyakini akan menjadi aqidah sedangkan aqidah hanya sabit dengan
nas al-Quran dan hadis yang sahih.
Sebahagian masyarakat terpedaya dengan hadis musafahah ini
kerana mereka menganggap ianya sama dengan hadis yang
diriwayatkan oleh Anas bin Malik. Pada hal antara keduanya adalah
seperti siang dan malam, antara langit dan bumi.
“Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda kepada Muaz bin Jabal:
Sesiapa yang menemui Allah dengan tidak mempersekutukan-Nya
dengan sesuatu, dia akan masuk syurga. Kata Muaz: “Bolehkah
saya menyampaikan berita gembira ini kepada orang ramai? Rasulullah s.a.w. bersabda: “Jangan, saya takut mereka akan
berpada (dengan ucapan itu sahaja).” Hadis riwayat al-Bukhari no:
126.
Hadis ini menjelaskan bahawa menjaga keimanan dengan menjauhi
syirik akan menjamin seseorang masuk syurga dan seseorang
mukmin tidak boleh berpada dengan menjaga diri daripada syirik
tetapi dia mestilah berusaha meningkatkan tahap keimanan dengan
melakukan amal-amal kebajikan. Oleh itu, hadis ini tidaklah
difahami secara mutlak malah mesti difahami mengikut perspektif
hadis-hadis sahih yang lain. Di samping itu, ia menekankan prinsip
tauhid dan menjaga aqidah manakala hadis musafahah yang palsu
itu tidak mengandungi apa-apa tuntutan amalan melainkan semata-
mata berjabat tangan dan mengharapkan berkat dengan orang
yang mengambil berkat dengan Rasulullah s.a.w. Walhal,
keselamatan di akhirat tidak boleh dijamin dengan menumpang
orang lain. Allah s.w.t. berfirman:
“Di hari harta dan anak-anak lelaki tidak berguna, kecuali orang
yang datang kepada Allah dengan hati yang bersih.” Surah al-
Syu`ara’: 88-89.
Sebagai rumusan, hendaklah kita berhati-hati jangan sampai
terlibat dalam meriwayatkan hadis palsu atas nama Rasulullah
s.a.w. seperti hadis musafahah yang batil ini kerana ia bukan
menjamin kita ke syurga tetapi yang nyata membawa kita ke
neraka.
Apakah kita masih lagi tidak berpuas hati dengan sekian banyak
hadis-hadis sahih yang termuat di dalam kitab-kitab hadis yang
muktabar tentang janji-janji Allah kepada orang yang beriman dan
beramal soleh. Sikap sebegini tidak ubah seperti Syiah Rafidhah
yang tidak berpuas hati dengan hadis-hadis kelebihan Saidina Ali
yang sahih lalu mereka mencipta beribu-ribu hadis batil.
Dipetik dari: www.al-ahkam.net

Tue Aug 01, 2023 9:56 pm by wisatasemarang
» Portable STATA 18 Crack Full Version
Thu May 11, 2023 5:24 pm by wisatasemarang
» NVivo 12 Crack Full version
Mon Jan 30, 2023 11:16 am by wisatasemarang
» Tutorial Difference In difference (DID (Diff-in-Diff) With Eviews 13
Thu Nov 03, 2022 6:24 am by wisatasemarang
» Online Workshop Smart PLS Minggu, 01 Oktober 2022
Sat Sep 17, 2022 11:35 am by wisatasemarang
» kumpulan ebook tentang robot
Fri Jan 02, 2015 10:04 pm by kyuru
» MANTRA PELET
Wed May 16, 2012 3:31 am by orlandojack
» book love of spell
Sat Mar 24, 2012 8:08 pm by rifqi as
» attraction Formula
Sat Mar 24, 2012 7:09 pm by rifqi as