Budaya Mendekati Zina
KEBANYAKAN umat Islam menganggap perzinaan itu adalah semata-mata
melakukan persetubuhan haram dan inilah perbuatan maksiat yang dilarang
keras dan merupakan satu daripada dosa-dosa besar. Sebenarnya, dalam
agama Islam, bukan perbuatan zina itu saja yang dilarang keras, tetapi
termasuk juga sebarang tindak- tanduk yang membawa kepada berlakunya
perbuatan yang terkutuk itu, iaitu sebarang perlakuan ke arah
menghampiri zina yang disebut sebagai "budaya taqrabul-zina". Hal
tersebut jelas dalam firman Allah yang bermaksud: "Dan janganlah kalian
mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji
dan seburuk-buruk jalan" -(Sura al-Israk: 32). Takrif "zina" itu luas,
meliputi banyak aspek perlakuan. Rasulullah s.a.w memperincikannya
sebagaimana dalam sabda-sabdanya yang bermaksud:
* "Zina dua mata itu menilik (memandang) perempuan yang ajnabi",
* "Zina kedua mata itu memandang, zina kedua telinga itu mendengar, zina
kedua tangan itu menjabat, zina kedua kaki itu melangkah dan zina hati
itu mengingini, mengangan-angankannya" - ( Riwayat Bukhari dan Muslim)
Demikianlah, semua perlakuan dalam perhubungan antara lelaki dan
perempuan yang sudah akil baligh dan bukan mahram itu, sama ada zahir
atau batin, dikira perbuatan zina belaka. Apa lagi perhubungan fizikal
yang lebih rapat (bercumbu-cumbuan, berdansa, berkepitan-kepiitan atau
berhimpit-himpitan), terutama dalam keadaan aurat yang terdedah.
Berdasarkan hadis tersebut, jelaslah, pergaulan bebas antara lelaki dan
perempuan yang bukan mahram itu sudah dikira perbuatan zina atau
sekurang-kurangnya termasuk dalam kegiatan "budaya taqrabul-zina" itu.
Dalam agama Islam, pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan ajnabi
itu dilarang keras. Kerana, segala tindak-tanduk dalam pergaulan bebas
itu membuka peluang atau menimbulkan dorongan dan memberi laluan mudah
kepada mereka yang terlibat melakukan mukadimah zina dan seterusnya
melakukan kemuncak perbuatan yang terkutuk itu. Larangan melakukan
tindak-tanduk yang membawa kepada perbuatan zina itu bukan khusus
ditujukan kepada pasangan yang berkenaan sahaja, tetapi termasuk juga
orang lain yang terbabit (bersyubahat). Ramai orang tidak sedar, bahawa
mereka turut terlibat dalam melakukan perbuatan menghampiri zina itu. Di
kalangan kita, masih ramai ibu dan bapa yang sengaja memberi peluang
kepada anak gadis mereka berdua-duaan dengan teman lelakinya.
(Sebenarnya dalam sosial Islam, tidak ada istilah "teman lelaki" bagi
perempuan atau "teman perempuan" bagi lelaki). Ada-ada sahaja helah ibu
bapa untuk tidak mengganggu anak gadis mereka yang melakukan khalwat
(berdua-duaan, berbual-bual mesra) dengan teman lelakinya. Umpamanya,
ada ibu yang masuk ke dapur, ada bapa yang ada-ada sahaja urusan yang
hendak dilakukannya, lalu keluar rumah atau masuk ke biliknya sendiri.
Ramai ibu bapa membenarkan anak gadis mereka keluar berdua-duaan dengan
teman lelakinya (tanpa pihak ketiga) dalam keadaan tidak dharurat.
Mereka tidak sedar atau sengaja tidak mahu menyedarinya, bahawa dengan
tindakan itu mereka turut terlibat atau bersyubahat atau secara tidak
langsung meluaskan peluang kepada anak gadis mereka menceburkan diri
dalam kegiatan budaya taqrabul-zina, walaupun sebenarnya mereka tidakmengharapakan anak gadis mereka melakukan perbuatan zina yang sebenarnya
itu. Ramai yang tidak terfikir, kalau belum lagi melakukan zina, mungkin
anak gadis mereka melakukan mukadimah zina. Yang pastinya, anak gadis
mereka sudah melakukan zina mata, zina tangan, zina kaki atau zina hati
dengan teman lelakinya itu.
Kerana jahil dan terlalu terpengaruh kepada amalan budaya soial Barat
yang dikatakan moden, ramai orang menganggap apa yang mereka lakukan itu
adalah perkara biasa, sudah menjadi tradisi. Malah, mereka menganggap
itulah tindakan yang selari dengan zaman moden sekarang ini. Tambahan
lagi jika terhadap mereka ketika masa muda dulu, ibu bapa mereka pernah
bertindak demikian, membiarkan mereka berdua-duaan dengan kekasih
mereka. Pengaruh budaya Barat dalam bidang sosial ini harus disedari
sebagai virus berbahaya yang merosakkan budaya Islam, sekali gus
meruntuhkan kekuatan umat Islam. Pada peringkat awal orang-orang Barat
(Keristian khususnya) melancarkan perang bersenjata terhadap kerajaan-
kerajaan Islam. Tetapi mereka gagal. Lalu mereka menukarkan perang
bersenjata itu kepada perang psikologi. Dalam tahun 1268, seorang raja
Perancis pernah mengemukakan saranan:
"Adalah suatu yang amat sukar dan hampir mustahil untuk mengalahkan umat
Islam melalui peperangan dengan senjata dan kekerasan. Bedasarkan
pengalaman yang disokong oleh fakta sejarah sebelumnya, maka yang
penting sekarang ialah mengatur langkah lain untuk umat yang degil itu".
Antara "langkah lain" itu ialah melancarkan perang psikologi dengan cara
mengumpankan corak hiburan yang membawa kepada amalan pergaulan bebas
antara muda-mudi Islam yang boleh diistilahkan sebagai "budaya taqrabul-
zina" itu. Hiburan dari Barat itu sengaja dieksport ke negara Islam
sebagai satu strategi perang psikologi untuk melemahkan umat Islam.
Tanpa kesedaaran ini, umat Islam, bukan sahaja tidak peka dengan "umpan"
atau matlamat negatif hiburan dari Barat itu, malah mereka menerimanya
sebagai hasil seni dan budaya yang mereka iktiraf sebagai "budaya
global". Sebenarnya apa yang disebutkan sebagai "budaya global" itulah
yang merupakan "budaya taqrabul-zina" itu. Tuduhan terhadap Barat dalam
hal ini bukan tidak berasas. Kaum Yahudi dan Nasrani memang selamanya
mendendami dan memusuhi umat Islam. Allah SWT mengingatkan Rasulullah
saw lewat firman-nya yang mafhumnya: "Orang-orang Yahudi dan Nasrani
tidak sekali-kali menyukaimu (Hai Muhammad) sehingga engkau menurut
agama mereka" -(al-Baqarah: 120) Perkembangan budaya taqrabul-zina
memang dirancang oleh musuh Islam untuk menghancurkan umat Islam. Inilah
yang dikatakan sebagai strategi dalam perang psikologi mereka terhadap
umat Islam. Seorang orientalis pernah berkata, "Gelas minuman keras dan
penyanyi perempuan dapat menghancurkan umat Muhammad. Ini lebih berkesan
daripada apa yang dapat dilakukan oleh seribu meriam". Mudah sahaja
manusia terseret dan tergelincir jatuh ke kubang maksiat zina yang amat
terkutuk itu, kerana kegiatan dan pergaulan bebas dalam dunia hiburan
bercorak Barat -musik, sukan dan sebagainya - itu adalah meliputi ciri-
ciri "budaya taqrabul-zina". Di mana-mana sahaja, perbuatan maksiat
dalam dunia budaya ini telah dan sedang berlaku. Fenomena keruntuhan
akhlak yang amat teruk sekarang, di kalangan muda mudi Islam khususnya,
sehingga merebaknya wabak bohsia, bohjia, kelahiran dan pembuangan bayi
luar nikah dan sebagainya adalah antara bukti-buktinya.

Tue Aug 01, 2023 9:56 pm by wisatasemarang
» Portable STATA 18 Crack Full Version
Thu May 11, 2023 5:24 pm by wisatasemarang
» NVivo 12 Crack Full version
Mon Jan 30, 2023 11:16 am by wisatasemarang
» Tutorial Difference In difference (DID (Diff-in-Diff) With Eviews 13
Thu Nov 03, 2022 6:24 am by wisatasemarang
» Online Workshop Smart PLS Minggu, 01 Oktober 2022
Sat Sep 17, 2022 11:35 am by wisatasemarang
» kumpulan ebook tentang robot
Fri Jan 02, 2015 10:04 pm by kyuru
» MANTRA PELET
Wed May 16, 2012 3:31 am by orlandojack
» book love of spell
Sat Mar 24, 2012 8:08 pm by rifqi as
» attraction Formula
Sat Mar 24, 2012 7:09 pm by rifqi as