ISLAM SEBAGAI PENYELESAIAN
Pelbagai aliran pemikiran,
falsafah, peraturan, sistem politik, ekonomi dan sosial ciptaan manusia
ditawarkan untuk menyelesaikan masalah hidup yang dihadapi manusia sejagat.
Malangnya, semuanya tewas dan gagal apabila dilaksanakan. Hingga ke hari ini tidak
ada satu aliran pun yang dapat memperlihatkan kemampuannya untuk menyesuaikan
dengan realiti kehidupan.
KEGAGALAN ALIRAN MARXISME:
Bibit-bibit kejatuhan Russia
sebagai lambang kuasa yang dibangunkan di atas ideologi komunisme (aliran
Marxist) telah bermula sejak 40 tahun yang lalu. Pada bulan September 1961,
harian ‘Pravda’ yang menjadi lidah rasmi Jawatankuasa Pusat Parti Komunis
Russia telah menyebarkan program baru parti itu. Rancangan itu ialah fikiran
yang memansuhkan jalan atau cara revolusioner seperti yang ditegaskan oleh buku
‘Materialisme Dialektika’: “Berikutnya peralihan daripada kapitalisme kepada
sosialisme dan memerdekakan kelas buruh (pekerja) daripada penindas kapitalis.
Ini boleh direalisasikan bukan dengan evolusi, bukan dengan memperbaikinya,
akan tetapi dengan perubahan bentuk dan cara sistem kapitalisme yakni dengan
revolusi.”
Harian tersebut juga
menegaskan usaha-usaha merealisasikan masyarakat komunisme seperti yang
dirancangkan itu meliputi tempoh 20 tahun akan datang. Di samping itu ia
menekankan kegagalan sistem komunis selama 40 tahun yang lalu dalam membentuk
asas ideologi dan kehidupan duniawi yang lengkap bagi masyarakat komunisme.
Ini menunjukkan komunisme
sebagai satu ideologi telah hilang kekuatannya untuk melaksanakan apa yang
dinamakan ‘kepastian sejarah peralihan daripada kapitalisme kepada sosialisme’.
Kegagalan itu berlaku kerana teori komunisme tidak ditegakkan di atas usul dan
kaedah am yang lengkap untuk membolehkan ideologi itu berkembang.
Prinsip penghapusan hak
milik individu telah ditukar kepada satu penyelesaian yang lebih sederhana
iaitu menguasai segenap industri, perniagaan luar negara, bank-bank dan segala
perkhidmatan awam. Antara bukti kegagalan pelaksanaan prinsip persamaan di
dalam masyarakat komunisme diungkapkan dalam buku tulisan Krien Brinton yang
bertajuk ‘Revolusi Komunisme: Unsur, Penyelesaian dan Hasilnya’: “Sebagaimana
yang diakui oleh para pendokong
komunisme sendiri bahawa Russia kini hidup di dalam satu masyarakat yang
berbeza-beza dalam pembahagian barang-barang keperluan dan perolehan individu
dengan perbezaan yang besar. Seorang ahli politik berkedudukan tinggi, pengarah
perusahaan, penulis atau penari ballet hidup bergelumang dengan kemewahan
sedangkan rakyat biasa tidak sedemikian.”
Keadaan itu menjadikan
masyarakat Russia satu masyarakat yang lebih tidak memiliki persamaan dalam
bidang ekonomi jika dibandingkan dengan sebarang masyarakat kapitalis. Fakta
itu jelas membuktikan komunisme pada zahirnya memperjuangkan prinsip persamaan dan
keadilan secara teori tetapi gagal apabila dilaksanakan.
KEGAGALAN TAMADUN BARAT:
Sebahagian besar generasi
muda tertipu oleh fatamorgana peradaban Barat. Mereka menyangka kebersihan
lahiriah kaum itu merupakan bukti kebersihan rohani dan hati mereka. Kemajuan
pesat di dalam bidang sains dan kebendaan tidak mencukupi untuk dijadikan
contoh teladan di dalam segala perkara. Ukuran kemajuan dan tamadun sesuatu
bangsa sepatutnya ditimbang dengan nilai akhlak dan kemanusiaan yang
direalisasikan dalam masyarakat.
Tamadun Barat jika dilihat
dari necara ini sebenarnya sudah muflis. Segala slogan yang dicanangkan oleh
Barat seperti prinsip kebebasan, perdamaian dan persamaan hanyalah omongan
kosong belaka. Seorang ahli falsafah Inggeris, Joede, menulis di dalam bukunya:
“Sesungguhnya tamadun moden itu tidak ada perseimbangan antara kekuatan dan
akhlak... kerana akhlak sangat ketinggalan jauh daripada ilmu. Semenjak
kebangkitannya ilmu terus meningkat maju sedangkan akhlak berada dalam
kemunduran sehingga jarak antara keduanya sangat jauh.”
SYARAT ISLAM SEBAGAI PENYELESAIAN:
Setiap sistem mempunyai
falsafah, matlamat, jalan, gagasan dan caranya yang tersendiri mengenai
kehidupan. Setiap sistem juga mempunyai masalah dan cara penyelesaiannya
apabila dilaksanakan. Oleh itu adalah tidak adil dan tidak rasional jika sistem
tertentu diminta menyelesaikan masalah yang ditimbulkan oleh sistem lain.
Logiknya jika kita ingin minta cara penyelesaian sesuatu sistem terhadap
masalah kehidupan maka sistem itu perlu diberi peluang terlebih dahulu
dilaksanakan dalam realiti kehidupan. Setelah itu barulah dapat dilihat sama
ada masalah itu masih ada atau sudah selesai, berubah bentuk atau unsurnya.
Pada masa itu barulah sistem berkenaan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap permasalahan
yang timbul.
Islam adalah sistem hidup
yang lengkap, bersifat sepadu, saling berkait dan menguatkan antara satu aspek
dengan aspek lain. Sistem ini berbeza daripada sistem lainnya dari segi
wataknya, gagasannya tentang kehidupan dan cara pelaksanaannya. Perbezaan ini
adalah perbezaan yang asasi dan menyeluruh. Oleh itu Islam tidak
bertanggungjawab terhadap masalah yang timbul dalam masyarakat hari ini kerana
masalah itu lahir akibat Islam dipisahkan daripada realiti kehidupan.
Sebenarnya untuk mengambil
Islam sebagai penyelesaian masalah, terlebih dahulu Islam perlu dijadikan
pengatur selurun kehidupan individu, keluarga, masyarakat, negara dan dunia
ini. Setelah itu apabila timbul persoalan atau permasalahan barulah wajar untuk
meminta pandangan Islam mengenai persoalan itu kerana masalah itu timbul dalam
sistem Islam, bukan ditimbulkan oleh sistem bukan Islam. Allah SWT berfirman
yang bermaksud:
“Wahai orang yang beriman masuklah kamu ke dalam Islam
secara keseluruhannya dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan.
Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu.” (Al-Baqarah: 208).
Islam mendidik manusia dengan sistem tertentu, memerintah
dengan hukum tertentu, menyelesai masalah mereka atas dasar tertentu serta
mewujudkan sistem kemasyarakatan, ekonomi dan politik yang tertentu. Jadi
perkara utamanya ialah melaksanakan Islam sebagai sistem yang menyeluruh dalam
semua aspek kehidupan.
Pengertian Tarbiyah.
Tarbiyah berasal daripada
perkataan Arab yang membawa erti penjagaan, pengasuhan dan
pendidikan. Tarbiyah Islamiyah
pula ialah penjagaan, pengasuhan dan pendidikan berasaskan sumber al-Quran
al-Karim dan Sunnah Rasulullah SAW. Sumber-sumber ini adalah
sumber-sumber rabbani. Dengan sumber inilah generasi sahabat dididik oleh
Rasulullah SAW sehingga berjaya melahirkan generasi rabbani yang mendapat
jolokan dan pujian daripada Allah seperti yang disebutkan di dalam al-Quran
al-Karim yang bermaksud:
“Kamu adalah sebaik-baik ummah yang dikeluarkan untuk
manusia. Kamu menyuruh berbuat kebaikan, melarang berbuat kemungkaran dan kamu beriman kepada Allah.”
(Ali ‘Imran: 110)
Peranan Tarbiyah Islamiyah.
Tarbiyah memainkan
peranan penting dan
berkesan dalam kebangkitan,
pembangunan dan kemajuan sesuatu
masyarakat. Maju atau mundur sesuatu masyarakat bergantung kepada maju
atau mundur tarbiyah masyarakat tersebut. Oleh itu tarbiyah perlu diberi keutamaan dalam
perancangan pembangunan sesuatu masyarakat. Sejarah Rasulullah SAW
sendiri menjelaskan bahawa tarbiyah menjadi faktor utama untuk
membangunkan manusia yang
mampu menyelesaikan sebarang
masalah yang timbul.
Titik Tolak Tarbiyah Islamiyah.
Di dalam ‘Tarbiyah
ar-Ruhiyah’, Said Hawa menjelaskan bahawa asas dan titik tolak didikan Islam adalah iman.
Dr Abdul Karim Zaidan pula
di dalam ‘Usul ad-Dakwah’ menghuraikan dengan
panjang lebar mengenai peraturan asas pembentukan masyarakat Islam. Katanya, asas pembentukan masyarakat
dalam Islam ialah aqidah Islam yakni tauhid
Rububiyatillah dan tauhid Uluhiyatillah. "Setiap manusia
dituntut meyakini aqidah ini supaya ia
mengetahui hakikat diri dan letak
duduknya manusia itu dalam hidup supaya faham mengapa manusia itu dijadikan,
memahami hubungan dan pimpinan
akal fikiran manusia,
tindak lakunya dan segala aktivitinya dihubungkan dengan
Allah swt,” tulis beliau.
Sehubungan itu, Muhammad
Shadid dalam ‘Manhaj al-Quran fi-tarbiyah’ telah
menyingkap kembali sejarah
dengan menjelaskan bahawa Rasulullah
SAW adalah utusan Allah SWT. Baginda adalah contoh utama dan
qudwah hasanah serta pelaksana manhaj al-Quran. Baginda adalah pendakwah
yang amat faham tentang dakwahnya dan murabbi (pendidik)
yang dianugerahkan segala sifat
sebagai murabbi. Baginda mengajak sahabatnya
dan orang ramai
beriman kepada Allah,
menghubungkan mereka dengan al-Quran dan memberi kefahaman bahawa al-Quran
adalah arahan daripada Allah SWT untuk dilaksanakan. Arahan itu hanya akan
diterima oleh hati yang beriman. Oleh itu, menurut Said Hawa,
pemusatan perlu diberi kepada proses pendidikan untuk memastikan lahir
titik tolak yang betul.
Tarbiyah Imaniyah Dalam Semua Aspek.
Iman tidak boleh dipisahkan daripada sebarang
kegiatan hidup manusia. Setiap
pekerjaan yang dilakukan
hendaklah dibina dan didorong oleh
iman kepada Allah SWT. Dengan itu, barulah pekerjaan itu dikira
sebagai ‘ubudiyah (ibadah) kepada
Allah SWT.
Menurut Mustafa
Masyhur, ibadah yang sahih (betul) lahir daripada aqidah
yang baik. Perkataan ibadah itu mempunyai
sifat kesyumulannya dan
merangkumi segala urusan hidup, tidak terbatas kepada sembahyang, puasa, zakat dan haji sahaja kerana risalah dan tugas
manusia dalam hidup ini ialah
beribadah kepada Allah. Hidup seluruhnya ialah ibadah kepada Allah.
“Tidak Aku jadikan
jin dan manusia melainkan untuk
beribadah kepada Aku.”
(Al-Zariyat: 56)
Oleh itu setiap muslim
mestilah bersungguh-sungguh merealisasikan pengertian ini dengan niat yang
betul dalam setiap pekerjaan mereka. Dengan itu, barulah makan minum, ilmu
dan amalan, riadah dan
perkahwinan menjadi wasilah (jalan) mentaati Allah. Rumah menjadi mihrab
(tempat beribadah kepada Allah). Begitu juga
sekolah, kolej, kilang, tempat perniagaan, kebun, ladang, sawah, padang permainan, malah dunia seluruhnya menjadi
tempat beribadah kepada Allah SWT. Dengan perkataan lain, segala usaha
dan perkataan yang terbit daripada seorang muslim merupakan ibadah kepada
Allah.
Dengan itu hubungan sentiasa
wujud antara hamba dengan Penciptanya dalam semua aspek kehidupan. Semua urusan
dirujuk kepada syariat Allah SWT. Hubungan hati manusia dengan Allah pada setiap masa adalah
asas utama bagi melaksanakan tarbiyah Islamiyah dengan
berkesan.
Aspek rabbani dalam tarbiyah
Islamiyah adalah aspek yang paling penting kerana matlamat pendidikan
Islam ialah melahirkan insan mukmin dalam
pengertian sebenar iaitu insan yang memiliki iman yang menguasai hati
dan fikiran, lahir dalam bentuk amalan
dan tindakan, seperti
yang disebutkan dalam al-athar: “...Ia sebati dalam
jiwa dan dibenarkan
dalam bentuk amalan.” Allah
berfirman yang bermaksud:
“Sesungguhnya orang
yang beriman ialah orang yang beriman kepada Allah dan RasulNya, kemudian
mereka tidak ragu-ragu, mereka berjihad dengan harta dan jiwa mereka di
jalan Allah.” (Al-Hujurat: 15)
Tunggak tarbiyah rabbaniyah ialah hati yang
subur, sentiasa berhubung dengan Allah SWT, yakin akan
menemui-Nya, mengharapkan rahmat-Nya dan
takut akan azab-Nya. Jiwa
yang hidup inilah yang
menjadi tumpuan Allah swt untuk dicampakkan nur kepadanya.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
“Sesungguhnya Allah tidak melihat pada rupa bentuk
kamu tetapi Dia melihat kepada hati dan amalanmu.”
“Pada hari di
mana tidak berguna harta dan anak pinak
kecuali mereka yang balik
kepada Allah dengan
hati yang (sejahtera).”
Tarbiyah Islamiyah berusaha
menghi-dupkan jiwa supaya tidak
mati, memakmurkannya supaya
tidak binasa dan melembutkannya supaya
tidak keras kerana hati yang keras dan
akal yang beku merupakan satu
kemungkaran yang perlu
diminta perlindungan Allah SWT daripadanya.
“Adapun Nabi
SAW meminta perlindungan daripada
Allah SWT daripada ilmu yang
tidak bermanfaat dan daripada hati yang tidak khusyu’.”
Hati Yang Soleh.
Baik buruk seseorang itu
berpunca daripada hatinya. Tepat seperti yang telah disabdakan oleh Rasulullah
SAW dalam hadithnya yang
bermaksud:
“Ketahuilah di dalam
jasad manusia terdapat
seketul daging, jika baik ketulan
itu maka baiklah seluruh jasadnya,
tetapi jika rosak maka rosaklah
seluruh jasadnya. Ketahuilah ia adalah hati.”
Oleh itu membaiki dan merawat hati daripada
sebarang penyakit perlu diberi keutamaan. Jiwa perlu dibersihkan daripada sebarang
syirik dan sifat
yang tercela seperti hasad, ‘ujub,
takkabur, bakhil, cintakan
dunia, menurut hawa nafsu dan sebagainya.
Menurut Ibn Qaiyyim al-Jauzi, hati itu menjadi baik apabila ia mengenali Allah
yang menciptanya, nama-Nya, sifat-Nya, perbuatan-Nya dan peraturan-Nya. Hati yang sihat
akan mengutamakan keredaan Allah
dan mencintai apa yang disukai Allah serta menjauhi segala
tegahan dan perkara yang dimurkai-Nya.
Realiti Masyarakat Islam Kini.
Adalah satu hakikat yang
mudah difahami iaitu manusia hendaklah menjadi muslim dan dididik dengan
didikan Islam. Bagaimanapun perkara
semudah ini tidak difahami oleh
umat Islam hari ini atau kabur
bagi mereka.
Umat Islam hari ini
rata-rata kehilangan sahsiah atau identiti sebagai umat pilihan, hilang
kekuatan dan terumbang-ambing menjadi
buih, tidak digeruni atau disegani lagi
seperti yang disebutkan oleh Rasulullah SAW yang bermaksud:
“Hampir
seluruh umat manusia
bersatu menghancurkan kamu seperti
orang yang sedang lapar menghadapi
hidangan makanan. Mereka
bertanya: ‘Apakah kita sedikit pada masa
itu, wahai Rasulullah?’ Jawab baginda: ‘Malah kamu banyak, tapi kamu laksana buih air bah.”
Dasar Penyelesaian Islam.
Masalah manusia
hari ini tidak akan dapat dirungkaikan
kecuali kembali kepada Islam.
Islam pula tidak dapat memainkan
fungsinya melainkan wujud
para pendokong (‘amilinnya).
Meneliti sejarah Rasulullah SAW, para pendokong dibentuk dan
diproses melalui Tarbiyah
Islamiyah yang mengikrarkan ‘ubudiyah hanya kepada Allah; ‘ubudiyah
yang merangkumi i’tiqad, ibadah dan peraturan yang
benar-benar berjalan dalam amalan hidup mereka. Proses ‘ubudiyah seperti ini
akan membersihkan jiwa mereka daripada
beriman kepada yang lain dan mengawasi amalan mereka
daripada bermatlamatkan yang lain daripada Allah semata-mata.
Melalui proses ini sahajalah
ummah Islamiyah dapat dibentuk. Ummah ini akan menjadi dasar
penyelesaian Islam. Ummah yang
dianggotai oleh mereka yang
melalui proses pembentukan yang bertolak daripada kalimah tauhid yang
diikrarkan oleh setiap anggotanya iaitu ‘La ilaha illallah, Muhammadur
Rasulullah’.
Selagi ikrar ini tidak lahir
dalam bentuk amalan individu mahupun masyarakat sebagai
natijah proses pembentukan itu, mereka belum layak untuk menganggotai ummah
muslimah dalam pengertian sebenar. Konsep yang tegas dan jelas ini perlu difahami oleh setiap muslim yang telah
bertekad untuk memutuskan hubungannya dengan jahiliah dan mengikrarkan ‘ubudiyahnya
hanya bagi Allah SWT. Kefahaman yang
jelas ini penting supaya amalan hidup setiap
muslim adalah benar-benar merupakan ibadah yang diredhai Allah SWT.
Dengan perkataan lain ikrar itu menjadi kaedah atau asas bagi
suatu sistem yang lengkap dan praktik. Dengan itu, kehidupan ummah Islamiah benar-benar diasas dan dikawal oleh
kaedah ini, bukan kaedah lain atau bersama kaedah lain. Allah berfiman dalam
Surah Yusuf, ayat 40 yang bermaksud:
“Keputusan hukum itu kepunyaan Allah. Dia memerintahkan supaya jangan tunduk memperhambakan diri
melainkan kepada-Nya. Itulah din (agama) yang benar.”
Dalam Surah An-Nisa’, ayat 80 pula Allah berfirman yang bermaksud:
“Siapa yang mematuhi Rasul maka sesungguhnya
ia mematuhi Allah.”
Berdasarkan kepada proses
pembentukan dan pembangunan itu, maka langkah pertama ialah membersihkan
jiwa anggota daripada
‘ubudiyah kepada yang
lain daripada Allah swt sama ada dalam bentuk i’tiqad, ibadah dan
syariat. Ummah yang dianggotai
mereka yang sudah
bersih hati dan jiwa sahaja yang
dapat membangunkan masyarakat Islam.
Ummah yang dibangunkan di
atas dasar tauhid tidak dapat diwujudkan kecuali setelah tencapai suatu tingkat
kekuatan yang mampu menghadapi cabaran dan tekanan
masyarakat jahiliyah. Kekuatan yang dimaksudkan ialah kekuatan
aqidah, kekuatan syariah, kekuatan ahklak, kekuatan organisasi,
kekuatan ilmu dan pelbagai jenis kekuatan yang diperlukan bagi menentang sistem
jahiliyah atau sekurang-kurangnya mampu
mempertahankan diri daripada dikuasai jahiliyah.

Tue Aug 01, 2023 9:56 pm by wisatasemarang
» Portable STATA 18 Crack Full Version
Thu May 11, 2023 5:24 pm by wisatasemarang
» NVivo 12 Crack Full version
Mon Jan 30, 2023 11:16 am by wisatasemarang
» Tutorial Difference In difference (DID (Diff-in-Diff) With Eviews 13
Thu Nov 03, 2022 6:24 am by wisatasemarang
» Online Workshop Smart PLS Minggu, 01 Oktober 2022
Sat Sep 17, 2022 11:35 am by wisatasemarang
» kumpulan ebook tentang robot
Fri Jan 02, 2015 10:04 pm by kyuru
» MANTRA PELET
Wed May 16, 2012 3:31 am by orlandojack
» book love of spell
Sat Mar 24, 2012 8:08 pm by rifqi as
» attraction Formula
Sat Mar 24, 2012 7:09 pm by rifqi as