Forum Komunitas pecinta koleksi jadul

ingin bergabung dengan elrakyat.tk klik pendaftaran. jika anda sudah pernah mendaftar silakan login. jangan lupa ajak kawan-kawanmu ke mari , dan jadilah top poster di forum kita

Join the forum, it's quick and easy

Forum Komunitas pecinta koleksi jadul

ingin bergabung dengan elrakyat.tk klik pendaftaran. jika anda sudah pernah mendaftar silakan login. jangan lupa ajak kawan-kawanmu ke mari , dan jadilah top poster di forum kita

Forum Komunitas pecinta koleksi jadul

Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Forum Komunitas pecinta koleksi jadul

salah satu forum terbesar tempat kita bernostalgia

Login

Lupa password?

Our traffic

info rakyat

Sun Oct 31, 2010 9:05 pm by admin

---------------
PEMBERITAHUAN....

SF ZONA RELIGI SEKARANG KAMI PINDAH KE [You must be registered and logged in to see this link.] ANDA BISA BERPARTISIPASI DAN MENJADI MODERATOR SESUAI PERMINTAAN ANDA DENGAN REQUEST VIA SMS NO ADMIN 081945520865


Sekilas Info

Sun Jun 27, 2010 2:44 pm by admin

kabar gembira, forum lentera-rakyat mulai hari ini juga bisa diakses melalui [You must be registered and logged in to see this link.]


    bukti keislaman nbi sebelum Rasulullah

    kutubuku
    kutubuku
    Mega Ultimate Member


    Zodiac : Virgo Jumlah posting : 297
    Join date : 18.06.10
    Age : 37
    Lokasi : rahasia

    bukti keislaman nbi sebelum Rasulullah Empty bukti keislaman nbi sebelum Rasulullah

    Post by kutubuku Sat Jul 03, 2010 7:28 pm

    Bukti Ke-Islaman Rasul Terdahulu



    Al-Quran
    menjelaskan agama rasul-rasul terdahulu adalah Islam. Islam bermaksud tunduk
    dan patuh kepada perintah Allah SWT. Setiap rasul menyeru masyarakatnya ke
    arah mengabdikan diri kepada Allah SWT semata-mata dan mematuhi syariatNya
    yang diutuskan kepada setiap rasul ini.


    Setiap
    rasul berpegang dengan syariat yang diutuskan oleh Allah kepadanya yang
    sesuai dengan masa dan masyarakatnya. Begitulah juga nabi Muhammad SAW
    diutuskan oleh Allah bagi menegakkan aqidah nabi-nabi terdahulu dan
    melaksanakan syariat yang diutuskan kepada baginda untuk seluruh umat manusia
    sehingga berlakunya hari kiamat.


    Ini
    bermakna syariat Muhammad SAW adalah penyudah atau pelengkap dalam
    menyempurnakan segala syariat nabi-nabi terdahulu dan sesuai dengan suasana
    manusia yang hidup di akhir zaman hinggalah ke hari Kiamat (D'day).
    Berdasarkan keterangan ini jelas menunjukan agama para rasul terdahulu adalah
    islam kerana mereka menyeru manusia ke arah ketundukkan dan kepatuhan kepada
    segala yang diperintahkan oleh Allah SWT, sebagaimana juga nabi Muhammad SAW
    diperintahkan menyeru manusia ke arah ketundukan dan kepatuhan kepada segala
    yang diperintahkan oleh Allah SWT.


    Pada
    prinsipnya semua Rasul memeluk dan mengajar agama tauhid atau Islam. Sebagai
    contoh:


    Nabi
    Adam
    as. yang diperkirakan hidup lebih kurang 930 tahun
    merupakan manusia pertama yang bergelah khalifah Allah dimuliakan dan
    ditinggikan darjatnya menjadi nabi yang pertama. Baginda diutuskan kepada
    anak cucunya agar menyembah Allah, Tuhan Yang Maha Esa. Maka diantara mereka
    ada yang taat dan adapula yang membangkang.


    Nabi
    Idris
    as. merupakan keturunan Nabi Sits as. diutus oleh Allah
    kepada anak cucu Qabil agar bertaubat dan menyembah Allah SWT, namun mereka
    terus menerus membangkang perintah Allah SWT. Begitu juga Nabi Nuh as.
    merupakan keturunan nabi Idris as. yang diutus Allah kepada kaum kafir.
    Baginda menyeru supaya semua manusia menyembah Allah, tetapi ajakan Nabi Nuh
    ditolak, akhirnya orang-orang yang ingkar atau kafir itu tenggelam dalam
    banjir yang besar.


    Nabi
    Hud
    as. adalah keturunan Yafit bin Nuh, bertempat tinggal
    di Hadharal Maut Utara. Baginda diutus Allah kepada kaum Aad kerana bangsa
    itu menyembah patung. Kemudian Nabi Nuh menyuruh mereka supaya menyembah
    Allah, tetapi mereka ingkar, akhirnya mereka menerima seksaan dengan ditimpa
    badai dan udara yang sangat dingin selama tujuh hari lapan malam. Begitu juga
    Nabi Salleh as. merupakan keturunan Sam bin Nuh yang diutuskan Allah
    kepada bangsa Tsamud disebelah selatan Palastin. Kebudayaan mereka sudah
    tinggi tetapi mereka menyembah dewa dan patung, kemudian Nabi Salleh menyuruh
    kepada mereka agar menyembah Allah, sebahagia besar bangsa Tsamud menolak
    untuk memeluk agama Allah. Mereka ingkar kepada larangan Nabi Salleh. Pada
    hari pertama muka mereka berwajah kuning, hari kedua menjadi merah,hari
    ketiga menjadi hitam, akhirnya mereka disambar petir.


    Nabi
    Ibrahim
    as. juga keturunan Sam bin Nuh yang diutuskan Allah
    kepada kaum Namrud di negeri Babilon lebih kurang 4000 tahun sebelum Masehi.
    Kaum Namrud menyembah berhala bahkan akhirnya Namrud menganggap dirinya
    sebagai Tuhan. Nabi Ibrahim juga menyerukan ajaran tauhid atau Islam kepada
    mereka namun mereka tetap ingkar, akhirnya Allah mendatangkan kepada mereka
    tentera nyamuk sebagai balasan, maka musnahlah kaum yang ingkar. Begitu
    halnya dengan Nabi Luth as. adalah bersaudara dengan nabi
    Ibrahim yang diutuskan kepada kaumnya di negeri Sadum, supaya kaumnya
    menyembah Allah SWT, namun mereka ingkar. Allah SWT membalas keingkaran
    mereka dengan dibalik bumi Sadum sehingga musnah negeri tersebut.


    Nabi
    Ismail
    as. adalah anak Nabi Ibrahim melalui perkahwinannya
    dengan Siti Hajar. Baginda diutus kepada bangsa Arab di negeri Yaman, kerana
    mereka belum kenal dengan agama tauhid atau Islam. Mereka juga diperintahkan
    supaya berpuasa, membayar zakat dan menunaikan haji. Baginda mempunyai 12
    orang anak lelaki yang seluruhnya disebut dengan Bani Ismail atau Adnanniyun.
    Dari keturunan inilah lahirnya suku Quraisy yang melahirkan Nabi Muhammad
    SAW.


    Nabi
    Ishaq
    as. adalah anak kandung Nabi Ibrahim melalui
    perkahwinan dengan Siti Sarah. Baginda diutus oleh Allah di negeri Kan'an
    untuk menyembah Allah, mengajarkan tauhid, menyuruh membayar zakat, berpuasa
    dan menunaikan haji. Nabi Ishaq berkahwin dengan Rifka dan mendapat anak
    kembar iaitu ish dan Ya'kub. Nabi Ishaq wafat dalam usia 170 tahun dan
    dimakamkan di Baitul Maqdis daerah Palastin. Begitu juga dengan Nabi
    Ya'kub
    as. diutus oleh Allah SWT di negeri Kan'an kerana
    penduduknya telah ramai menyembah berhala. Nabi Ya'kub mengajar kaumnya
    supaya menyembah Allah, Tuhan Yang Maha Esa. Baginda wafat dalam usia 148
    tahun dan beliau mempunyai 12 orang anak lelaki.


    Nabi
    Yusuf
    as. anak Nabi Ya'kub as yang diutus oleh sebagai nabi
    kepada bangsa Mesir untuk mengajarkan agama tauhid iaitu agar menyembah
    Allah, Tuhan yang Maha Esa. Disampaing baginda seorang nabi ia juga seorang
    raja dengan dasar pemerintahannya adalah Islam. Beliau wafat dalam usia 120
    tahun dan dimakamkan ditepi sungai Nil. Kemudian Nabi Ayub as.
    anak Amus bin Tarikh bin Rum bin Ish yang diutuskan oleh Allah SWT ke negeri
    Rom untuk mengajarkan agama tauhid iaitu menyembah Allah SWT. Beliau wafat
    dalam usia lebih kurang 93 tahun dan dimakamkan di suatu tempat di daerah
    Itali.


    Nabi
    Zulkifli
    as. adalah anak Nabi Ayub as. diutus oleh Allah SWT ke
    negeri Rom. Disamping beliau seorang nabi juga seorang raja yang tetap
    mengajarkan agama tauhid iaitu supaya menyembah Allah, Tuhan Yang Maha
    Esa.Beliau menyeru kepada kaumnya supaya meninggalkan penyembahan berhala dan
    melaksanakan syariat Islam supaya solat dan membayar zakat. Beliau wafat
    dalam usia 95 tahun dan dimakamkan di Napoli, daerah Rom Selatan. Begitu juga
    Nabi Syuaib as. keturunan Nabi Luth as, diutus oleh Allah ke
    negeri Madyan, Palastin Selatan agar mengajar agama tauhid iaitu menyembah
    Allah SWT. membayar zakat dan berlaku jujur kepada kaumnya. Ramai kaumnya
    yang tidak beriman, akhirnya ditimpa bencana daripada Allah berupa gempa dan
    kepingan awan panas daripada langit.


    Nabi
    Musa
    as. dan Nabi Harun as. diutus oleh Allah SWT
    kepada kaumnya Bani Israil supaya menyembah Allah, membayar zakat, berpuasa
    dan berlaku jujur. Bani Israil ramai yang ingkar sehingga mereka menyembah
    patung anak sapi yang dipelopori oleh Samiri. Nabi Musa as. mendapat kitab Taurat
    daripada Allah SWT dan diberi mukjizat. Kemudian Nabi Daud
    as.dibekalkan oleh Allah dengan kitab Zabur mengajarkan kepada kaumnya agar
    menyembah Allah dan mengerjakan ibadah puasa. Nabi Daud as. wafat dalam usia
    lebih kurang 100 tahun, lalu dimakamkan di Palastin.


    Nabi
    Sulaiman
    as. adalah anak Nabi Daud as. beliau seorang nabi dan raja.
    Nabi Sulaiman berdoa kepada Allah SWT agar diberikan kepadanya kerajaan yang
    tidak akan diperolehi seorangpun sesudahnya. Doa beliau dikabulkan Allah,
    sehingga beliau dapat menguasai semua makhluk termasuk jin dan binatang. Nabi
    Sulaiman mengajak semua kaumnya agar menyembah Allah dan menghindari
    daparipada mensyirikkannya. Kemudian Nabi Ilyas as. merupakan
    keturunan Nabi Harun diutus Allah sebagari rasul di negeri Balbik di Lebanon
    Selatan kerana orang Balbik ramai yang telah menyembah berhala. Patung
    terbesar sembahan mereka bernama "Ba'al" dibuat dari emas. Nabi
    Ilyas as. mengajak kaumnya agar menyembah Allah SWT iaitu agama tauhid, namun
    ramai yang ingkar, sehingga kebanyakan mereka ditimpa musibah gempa yang
    dahsyat. Nabi Ilyas wafat dan dimakamkan di daerah Lebanon Selatan.

    Nabi Ilyasa' as. diutus Allah SWT kepada Bani Israil, agar mengajarkan
    agama tauhid berdasarkan kitab Taurat dan kitab Zabur. Kerana kederhakaan dan
    pembangkangan mereka terhadap Allah dan Rasul-Nya akhirnya orang-orang yahudi
    dijajah oleh raja dari Babil bernama Nebukad Nezar. Kemudian Nebekud Nezar
    dikalahkan oleh Cyrus raja dari Persia. Pada tahun 70 Sebelum Masehi raja Rom
    bernama Titus memasuki Palastin dan merosak seluruh kota Jerusalam, kecuali
    Baitul Maqdis. Begitulah bangsa Yahudi mendapat kutukan dan laknat daripada
    Allah dan Rasul-Nya sehingga bertebaranlah mereka ke seluruh pelosok, dikutuk
    dan dihina oleh bangsa-bangsa lain di dunia.

    Nabi Yunus as. keturunan Nabi ya'kub as. diutus oleh Allah kepada
    bangsa Ninawa didaerah Mansul dalam kerajaan Babil. Beliau mengajak kaumnya
    agar menyembah Allah , namun ajakan beliau ditentang bahkan diejek. Akhirnya
    Nabi Yunus meninggalkan kaumnya dan berdoa kepada Allah agar diturunkan azab
    kepada mereka. Ketika tanda-tanda azab akan turun, maka seluruh penduduk
    mencari nabi Yunus kerana ingin bertaubat, namun nabi Yunus telah meneruskan
    pelayarannya. Mereka semuanya beriman kepada Allah serta menyesal kerana
    melawan Rasul Allah. Nabi Yunus diuji Allah ketika berada didalam perut ikan
    Nun. Setelah kembali ke Ninawa dilihatnya mereka semua telah beriman, maka
    nabi Yunus meneruskan dakwahnya, sehingga negeri tersebut menjadi aman dan
    makmur.


    Nabi
    Zakaria
    as dan Nabi Yahya as. diutus kepada bangsa Yahudi,
    agar mereka menyembah Allah SWT, berlaku jujur, adil dengan memegang petunjuk
    yang ada dalam kitab Allah. Kemudian nabi Yahya dibunuh, kepala baginda
    dipenggal. Begitu juga dengan Nabi Zakaria dibunuh ketika itu juga. Kedua
    nabi tersebut telah mati syahid. Begitu sombong bangsa Yahudi sehingga hati
    mereka menjadi tertutup dalam menerima kebenaran. Hanya seksa Allah yang
    sesuai bagi mereka yang ingkar.


    Nabi
    Isa
    as. adalah insan yang lahir dari tubuh Maryam tanpa ayah,
    kemudian diangkat martabatnya menjadi nabi dan Rasul. Sedangkan Hawa
    dilahirkan dari tubuh Adam tanpa ibu di dalam syuga. Kemudian ditakdirkan
    oleh Allah SWT menjadi ibu dari seluruh umat manusia. Maka agar tidak keliru
    dalam beriman atau beriktikad, kita lihat firman Allah SWT maksudnya:


    "Sesungguhnya
    perbandingan kejadian Nabi Isa di sisi Allah adalah sama seperti kejadian
    Nabi Adam, Allah telah menciptakan Adam dari tanah, lalu berfirman kepadanya:
    'Jadilah engkau! maka menjadilah ia' ".


    (Surah Ali Imran ayat 59)

    Nabi
    Isa as. diutus oleh Allah kepada kaumnya sendiri iaitu Bani Israil di daerah
    Palastin agar tetap taat kepada Allah SWT. Belaiu diberi kitab Injil yang
    melengkapi kitab Taurat dan Zabur. Segala firman Allah yang diwahyukan kepada
    beliau ditulis oleh pengikut-pengikutnya dengan tulisan Ibrani (Hebrew bahasa
    Ibrani Yahudi).


    Dapatkah
    kita menemukan kembali kitab Injil peninggalan Nabi Isa as. itu? Untuk
    meyakinkan diri kita mari kita perhatikan ayat-ayat Allah dibawah ini:


    Firman
    Allah SWT maksudnya:


    "Ia
    menjawab: "Sesungguhnya aku ini hamba Allah; Ia telah memberikan
    kepadaku Kitab Injil dan ia telah menjadikan daku seorang Nabi".


    (Surah Maryam ayat 30)

    Firman
    Allah SWT maksudnya:


    "Dan
    sesungguhnya Allah ialah Tuhanku dan Tuhan kamu, maka sembahlah kamu akan
    Dia, inilah jalan yang betul atau lurus".


    (Surah Maryam ayat 36)

    Ayat-ayat
    diatas membuktikan dengan jelas bahawa Nabi Isa as. hanyalah seorang nabi dan
    Rasul bukanlah sebagai anak Tuhan seperti yang didakwakan sesetengah pengikutnya.
    Kitab Injil yang asal dengan tegas dan jelas menyuruh para pengikutnya agar
    menyembah Allah semata tidak menyekutukannya dengan yang lain. Namun
    kebanyakan pengikut nabi Isa telah merubah Kitab Injil yang asli itu menurut
    selera mereka sendiri, maka lahirlah beratus-ratus kitab Injil bahkan
    beribu-ribu jumlahnya.


    Kerana
    terlalu keras tentangan kaumnya terhadap ajaran tauhid, bahkan beliau diancam
    akan dibunuh, maka nabi isa dibawa hijrah oleh bondanya ke negeri Mesir
    selama 12 tahun. Kemudian berpindah lagi ke negeri Nazaret daerah Palastin.
    Di negeri ini beliau mulai ada pengikut yang membenarkan ajarannya iaitu
    Mengesakan Allah SWT.


    Di
    antara orang-orang Yahudi tersiar berita nabi Isa yang mempunyai ibu tanpa
    bapa itu sudah ditangkap oleh Yudas Iskariot, lalu diserahkan kepada penguasa
    Romawi, kemudian disalib di bukit Golgota. Ada pula yang berkata bukan Isa
    yang ditangkap tetapi Yudas kerana dia berkhianat. Sebahagian orang
    meyakinkan diri berkata bahawa bukan Nabi Isa, bukan Yudas tetapi orang lain
    yang serupa dengan benar dengan beliau. Nabi Isa sendiri selamat dari bencana
    malapetaka dunia. Sesungguhnya Allah telah mengangkatnya ke atas langit.


    Memang
    banyak sekali pendapat manusia bahkan antara satu dengan yang lainnya
    bertentangan. Maka sebaiknya beriman sesuai dengan ketentuan didalam Al
    Quran. Firman Allah maksudnya:


    "Demi
    sesungguhnya, telah kafirlah orang-orang yang berkata; bahawasanya Allah
    ialah Al Masih Ibni Maryam.


    Padahal
    Al Masih sendiri berkata:


    'Wahai
    Bani Israil, sembahlah Allah, Tuhanku dan Tuhan kamu, bahawasanya sesiapa
    yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain, maka sesungguhnya Allah
    haramkan kepadanya syurga dan tempat kembalinya ialah neraka; dan tiadalah
    seorang penolong pun bagi orang-orang yang berlaku zalim.'


    Demi
    sesungguhnya telah kafirlah orang-orang yang berkata: Bahawasanya Allah ialah
    salah satu dari tiga tuhan.


    Padahal
    tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan ALLAH Yang Maha Esa.


    Dan
    jika tidak berhenti dari apa yang mereka katakan itu, sudah tentu orang-orang
    yang kafir dari antara mereka akan dikenakan azab seksa yang tidak terperi
    sakitnya".


    (Surah Al Maidah ayat 72-73)

    Nabi
    Muhammad
    SAW dilahirkan pada tahun 571 Masehi melalui perkahwinan
    Aminah dengan Abdullah bin Abdul Muthalib bin Hasyim. Baginda adalah
    keturunan Nabi Ismail as. bin Nabi Ibrahim as. Nabi Muhammad SAW adalah insan
    termulia melebihi tingkat dan darjat dari seluruh nabi-nabi dan umat manusia,
    bahkan seluruh makhluk-makhluk Allah SWT. Sebab itu Rasulullah (Nabi Muhammad
    SAW) bergelar "Rahmatan Lil 'Alamin". ertinya "Rahmat bagi
    seluruh alam".


    Rasulullah
    diberi kitab Al Quran, diutus oleh Allah untuk seluruh bangsa di dunia ini.
    Seperti nabi-nabi atau rasul-rasul Allah terdahulu bagindapun mengajar dan
    menyeru manusia supaya menyembah Allah. Nabi Muhammad SAW adalah penutup dari
    sekalian nabi dan rasul, jadi agama Allah yang diwahyukan semenjak nabi Adam
    secara bertahap-tahap lagi teratur dilengkapi dan disempurnakan Allah pada
    kenabian Muhammad SAW. Sebab itu tidak akan ada lagi nabi dan wahyu sesudah
    baginda.


    Bahkan
    dalam kitab-kitab yang sebelumnya menyatakan tentang kelahiran Nabi Muhammad
    SAW sebagai rasul yang terakhir. Dalam hal ini Nabi Isa as. sendiri
    menjelaskan kepada kaumnya tentang akan munculnya seorang nabi terakhir
    sesudahnya. Di dalam Al Quran dijelaskan ungkapan Nabi Isa as tersebut
    sebagai berikut.


    Firman
    Allah SWT maksudnya:


    "Dan
    (ingatlah juga peristiwa) ketika nabi Isa Ibni Maryam berkata:


    'Wahai
    Bani Israil sesungguhnya aku ini pesuruh Allah kepada kamu, mengesahkan
    kebenaran Kitab yang diturunkan sebelumku, iaitu Kitab taurat dan memberikan
    berita gembira dengan kedatangan seorang Rasul yang akan datang kemudian
    daripadaku bernama Ahmad.'


    Maka
    tatkala ia datang kepada mereka membawa keterangan-keterangan yang jelas
    nyata, mereka berkata:


    'ini
    ialah sihir yang jelas nyata'.".


    (Surah As Saaf ayat 6)

    Firman
    Allah SWT lagi maksudnya:


    "Bukanlah
    Nabi Muhammad itu (dengan sebab ada anak angkatnya) menjadi bapa yang sebenar
    bagi seseorang dari orang lelaki kamu, tetapi ia adalah Rasul Allah dan
    kesudahan segala Nabi-nabi. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Mengetahui akan
    tiap-tiap sesuatu".


    (Surah Al Ahzab ayat, 40)


      Waktu sekarang Sun Nov 24, 2024 8:26 pm