Tarbiyyah Islamiyyah Al-Harakiyyah
Al Qur’an surat Ali Imran ayat 104:
“Hendaklah ada diantara kamu umat yang menyeru kepada kebaikan, menyuruh dengan makruf (yang baik-baik) dan melarang dari yang mungkar; dan mereka itulah yang menang”
Al Qur’an surat Ali Imran ayat 79
“ …. Hendaklah kamu menjadi Rabbani yang beramal, kerana kamu mengajarkan kitab dan mempelajarinya”
Pendahuluan
Tarbiyah adalah pendidikan, begitu erti yang biasa difahami oleh masyarakat umum. Tarbiyah boleh dikenakan kepada semua keadaan dan tempat seperti menyebutkan sekolah bidang pendidikan juga tarbiyah, pendidikan kepada anak di rumah juga tarbiyah, tarbiyah pun ada di berbagai tempat dan dimana sahaja.
Pengertian tarbiyah juga lekat di dalam perjalanan sesuatu harakah sehingga istilah tarbiyah adalah ucapan harian dan juga aktiviti mingguan. Pengertian demikian di atas adalah benar dari segi istilah, namun demikian apabila kita lihat betul apakah ada kaitannya di antara aktiviti tarbiyah yang dilaksanakan dengan matlamat yang hendak dicapai khususnya matlamat yang dibawa oleh sesebuah harakah.
Kegiatatn yang diwariskan secara turun temurun dari abang senior kepada adik junior membiasakan generasi berikutnya mengikuti kebiasaan abangnya. Benar atau tidaknya susah diukur ataupun dinilai kerana standard pengukurannya tidak diketahui dan akhirnya aktiviti-aktiviti tersebut menjadi suatu tradisi yang tidak dapat dilihat nbagaimana hasil yang sebenarnya yang patut dicapai.
Tarbiyah di dalam harakah adalah sebagai suatu usaha untuk membentuk kader harakah yang dapat bergerak dan menggerakkan diri dan persekitarannya. Matlamat harakah demikian adalah sesuatu yang sangat dimaklumi. Tanpa kader penggerak sebagai hasil dari harakah maka harakah akan menghilang dari sejarah dan tidak akan didengar lagi sepak terjangnya. Tarbiyah sebagai pembentukan kader dan cara yang juga dimaklumi oleh setiap penggerak tentunya mempunyai beberapa tuntutan dan persyaratan sehingga boleh menghasilkan sesuatu yang diharapkan. Diantaranya adalah aktiviti tarbiyah itu sendiri. Aktiviti tarbiyah yang memberikan ilmu melalui ceramah, tentunya dapat menghasilkan individu yang berilmu tetapi mungkinkah boleh beramal, tarbiyah yang mengajak individu bergerak sahaja apakah akan menghasilkan individu yang juga berilmu , tarbiyah mengajak individu berbincang dan menganalisis mungkin akan menghasilkan individu yang pandai berbincang dan menganalisis. Dengan demikian suasana tarbiyah dan persekitarannya sangatlah mempengaruhi hasil.
Tarbiyah janganlah disalahkan apabila hasilnya tidak seperti yang diinginkan. Tarbiyah sebagai alat yang dapat membentuk berbagai macam individu, hal ini dipengaruhi oleh bagaimana perlaksanaan tarbiyah itu sendiri. Tarbiyah mempunyai minhaj sendiri, tarbiyah juga mempunyai pendekatan tertentu yang boleh menghantarkan individu seperti yang diinginkan. Tarbiyah bukanlah segala-galanya, tetapi segala-galanya sebaiknya dimulai oleh tarbiyah.
Tulisan ini mencoba untuk mendedahkan kepentingan tarbiyah bagi peribadi dan ummat secara keseluruhan. Selain itu juga mendedahkan bagaimana tarbiyah yang dapat membentuk peribadi sehingga boleh menyumbangkan tenaganya kedalam harakah islamiyah. Tarbiyah sebagai suatu yang utama, penting dan pokok di dalam kehidupan peribadi dan harakah ini perlu diletakkan ke dalam hati kita sehingga dapat tumbuh subur yang kemudian membuahkan hasil yang dapat dirasakan nikmatnya oleh semua pihak.
AHAMIYAH TARBIYAH
Tarbiyah Islamiyah
Manusia diciptakan Allah secara fitrah (bersih), hadits menyebutkan bahawa:
“setiap anak yang dilahirkan dengan fitrah maka ibu bapa yang menjadikan anak itu yahudi, nasrani dan majusi ………”. Kemudian juga disebutkan di dalam Al Qur’an surat 30 ayat 30. Fitrah perlu dibangun, dijaga dan dipelihara oleh tarbiyah sehingga potensi yang dimiliki manusia dapat hidup subur dan berkembang.
Tarbiyah berfungsi untuk menjaga fitrah dari gangguan syetan yang boleh menjauhkan muslim dari ayat-ayat Al Qur’an (Qur’an surat 17:175). Pendekatan tarbiyah yang berkesan akan mendapatkan manfaatnya bagi yang mengikutinya. Kepentingan tarbiyah juga adalah membentuk peribadi dengan segala potensi dirinya seperti kepakaran dan kemahiran. Ummat yang terbaik (khoiru ummah) di dalam segala bidang adalah hasil dari tarbiyah ini.
Secara umum, keadaan ummat islam saaat ini lemah, jahil, hina dan berpecah. Fitnah ini disebabkan kerana meninggalkan tarbiyah oleh kerana itu perlu diatasi dengan pendekatan tarbiyah pula. Al Qur’an memberikan panduan melalui rasul misalnya dengan membaca tilawah, tazkiyah dan taklimul minhaj. Dengan cara ini maka ummat akan merasakan kenikmatan atas perbaikan dan perubahan dirinya.
Beberapa contoh nikmat kubro yang dirasakan adalah ilmu, izzah, quwah dan wahdah. Dari keadaan ini akan membentuk khoiru ummah. Tentunya di dalam mengikuti tarbiyah kita berniat ikhlas kerana Allah dalam mencari ridhaNya. Inilah motivasi atau niat utama, namun demikian di dalam perlaksanaan tarbiyah kita perlu melihat beberapa perkara yang dianggap penting sehingga boleh menambah motivasi kita untuk mengikutinya.
Kepentingan tarbiyah dirasakan pertama kali oleh peribadi peserta tarbiyah itu sendiri. Diantaranya adalah menjauhkan diri dari kemaksiyatan dan memelihara keimanan serta ibadah. Tanpa tarbiyah maka perkara-perkara tersebut dikerjakan menjadi suatu kebiasaan yang rutin tanpa ruh sehingga secara perlahan akan berkurang dan jatuh ke dalam jurang dosa. Tarbiyah yang membiasakan tawasau bil haq dan tawasau bi sabr akan mengelakkan diri dari kerugian demikian. Begitu juga manfaat ini dapat dirasakan oleh peribadi lainnya sebagai pengaruh dari peribadi muslim yang tertarbiyah.
Masyarakat yang terdiri dari beberapa keluarga dan peribadi yang tertarbiyah akan mewujudkan masyarakat yang dirahmati Allah dan mendapatkan barakah. Keadaan inilah yang diidamkan oleh setiap muslim. Tarbiyah dan kemudian berdakwah adalah aktiviti yang beriringan. Motivasi berdakwah diperolehi dari semangat di dalam mengikuti tarbiyah. Perubahan-perubahan diri dan masyarakat akhirnya terwujud di dalam mencapai kejayaan.
TARBIYAH SEBAGAI TAKWIN RIJAL
Takwiniyah
Uswah Hasanah
Nabi Muhammad SAW adalah model terbaik yang perlu diikuti dan dicontoh. Allah SWT berfirman di dalam surat 33 ayat 21 yang ertinya adalah :
“Sesungguhnya pada Rasul Allah (Muhammad) ada ikutan yang baik bagimu, iaitu bagi orang yang mengharapkan (pahala) Allah dan hari yang kemudian, serta ia banyak mengingat Allah”.
Manusia memerlukan model di dalam mengisi kehidupannya, bahkan manusia tidak akan lepas dari model - model yang ada disekitarnya. Boleh kita perhatikan bagaimana seorang anak bertingkah laku, berbicara, berjalan, berpakaian dan sebagainya merupakan refleksi dari apa-apa yang dimiliki oleh ibu bapanya. Ibunya pemarah maka kemungkinan anaknya pun demikian, bapa yang pendiam memungkinkan anaknya pun jadi pendiam, ibu bapa tidak sholat maka anaknyapun tidak sholat. Semua contoh ini merupakan bukti yang menyatakan bahawa persekitaran sangat besar pengaruhnya kepada diri manusia.Hadist nabi menyebutkan bahawa :
“Setiap anak lahir dalam keadaan fitrah maka ibu bapa (persekitarnnya) yang menjadikannya Yahudi, Nasrani, Mayusi”
Manusia pada tahap remaja dimana ia berada di antara usia baligh hingga 22 tahun, juga dikenal sebagai masa yang sangat banyak memerlukan model bagi melengkapi dan mengisi kekosongan hidupnya. Model yang salah akan menghasilkan peribadi yang juga salah, begitupun sebaliknya. Keadaan demikian perlu menjadi perhatian kepada ibu bapa atau masyarakat di dalam memberikan contoh kepada anak muda. Hal serupa juga terjadi pada orang dewasa yang menjalankan kehidupannya sama ada bekerja, di rumah, di masyarakat dan sebagainya tidak akan lepas dari pengaruh contoh atau model.
Keadaan demikian dapat juga dibuktikan oleh nabi kita yang memberikan model kepada sesuatu yang akan diperintahkan misalnya mengenai sholat. Nabi Muhammad SAW memberikan contoh bagaimana sholat, sehingga nabi bersabda:
“Sholatlah kamu seperti bagaimana kamu melihat aku sholat”
Pendekatan contoh untuk menanamkan suatu nilai sangatlah penting dan berkesan. Nabi Muhammad SAW selalu memberikan contoh kepada para sahabat dalam beribadah, berdakwah dan berjihad. Ketika haji nabi pun membericontoh yang kemudian diikuti oleh para sahabat, bahkan tingkah laku nabi yang kecil dan nampaknya tidak bererti itu juga diikuti oleh para sahabat.
Perlaksanaan tarbiyah tanpa memberikan model maka usaha tarbiyah ini menjadi sia-sia sahaja. Bagaimana madu kita akan beramal apabila tidak diberi contoh oleh kerana itu sebelum mad’u mencontoh murabi/masul maka murabi mesti tampil dalam model yang baik. Kelemahan dakwah sekarang ini secara umumnya disebabkan oleh kerana kurangnya para da’I memberikan contoh kepada mad’u.
Tarbiyah akan membentuk peribadi apabila murabi memberikan contoh dan bersama-sama dengan mad’u mengamalkannya di dalam tarbiyah. Tarbiyah menghendaki mad’u agar mengamalkan perkara-perkara yang disebutkan dan dibincangkan di dalam usrah. Tidak sahaja mendapatkan ilmu di dalam usrah tetapi juga diamalkan di dalam kehidupan sehari-harinya.
Penekanan usrah melalui model ini dimuali dari akhlak yang umum dan wajar atau yang wajib dulu seperti sholat, bacaan Al Qur’an dan akhlak sesama kawan, kepada ibu bapa dan sebainya. Apabila dopastikan model ini diikuti dengan baik maka ditingkatkan kepada beberapa amalan seperti baca mathurat, saum isnin khamis, qiyamul lail dan lainnya. Terbentuknya syakhsiyah islamiyah melalui model ini juga ditingkatkan kearah syakhsiyah daiyah seperti tugas menyampaikan di dalam usrah melalui beberapa agenda usrah. Kemudian pembentukan peribadi dai ini dilaksanakan melalui pemberian bahan di usrah dan diberiian tanggung jawab membawa usrah.
Peribadi muslim dan peribadi da’I kemudiannya ditingkatkan menjadi peribadi jundi. Aktiviti-aktiviti yang boleh meningkatkan jiwa jundi ini adalah amal jama’I dan setiap program yang dibawa dalam usrah dengan bantuan model dari murabbi.
Mauidhoh
Mauidhah adalah nasehat. Nabi Muhammad SAW bersabda bahawa dien itu adalah nasehat. Dengan demikian dapat difahami bahawa agama islam berisikan nasehat-nasehat. Nasehat sebagai suatu usaha untuk membangun diri, memelihara dan menjaga peribadi kita dari berbagai gangguan dan kacauan pihak musuh islam diantaranya adalah syetan dan kawan-kawannya. Manusia akan selalu diganggu oleh syetan oleh kerana itu nasehat sebagai cara yang paling efektif untuk mengatsinya.
Nasehat tentunya dilaksanakan oleh beberapa orang minima dua orang seperti yang dilihat di dalam surat Al Asr yang menyebutkan bahawa manusia itu merugi tetapi beberapa sahaja yang tidak merugi iaitu orang yang beriman, beramal saleh, saling memberikan nasehat dengan al haq dan saling memberikan nasehat dengan kesabaran. Usaha untuk bersama-sama memberikan nasehat akan efektif dilaksanakan apabila sudah didahului dengan taaruf dan tafahum barulah muncul taawun dalam rangka tanasuh (saling memberikan nasehat)
Tarbiyah dengan ahli usrahnya sentiasa saling berkenalan dan sentiasa berjumpa di dalam berbagai program sehingga kebiasaan dan keadaan ini bolehlah memberikan sokongan kepada efektifnya saling memberikan nasehat.
Penyampaian bahan juga bentuk pemberian nasehat lainnya. Secara efektifnya nasehat langsung merujuk kepada masalah dan keperluan mad’u walaupun demikiam penyampaian bahan dapat dijadikan media untuk memberikan nasehat.
Tarbiyah yang bersifat takwiniyah sentiasa memberikan pembetulan melalui nasehat terhadap perkara yang tidak betul didapati di dalam tingkah laku mad’u. Pendekatan nasehat secara pribadi sangatlah digalakkan, kita perlu juga berziarah atau pergi bersama-sama di dalam memberikan nasehat dan pendekatan yang lebih mendalam, cara demikian boleh membentuk kepribadian muslim yang dai dan jundi.
Nabi kitra di dalam membentuk para sahabat seringkali memberikan nasehat kepada sahabat seperti nasehat kepada sahabat yang bersemangat beribadah tetapi melupakan haq dirinya, sahabat yang salah dalam beribadah, sahabat yang bertanya dan banyak kisah-kisah lainnya yang boleh memberikan contoh bagaimana nasehat sangat berperanan di dalam pembentukan peribadi.
Terdapat suatu budaya yang tidak baik di kalangan kita adalah segan menasehati atau tidak ingin dinasehati. Apabila ini berlaku maka ummat akan rugi dan kita akan terjerumus ke dalam kegelapan. Syetan secara perlahan akan mengajak kita kepada kejahiliyahan. Membiasakan dan membudayakan nasehat di dalam tarbiyah perlu dimotori oleh murabbi dan diberikan beberapa pengertian dan ilmu yang boleh mempercepat pemahaman dan pengamalannya.
Al Adah
Membiasakan dengan situasi islami adalah tugas murabbi. Al adah (adat) yang mengikuti Qur’an dan Sunnah perlu dihidupkan di dalam usrah dan tarbiyah. Kebiasaan menucapkan salam, berjabat tanga, minum makan dengan tangan kanan dan duduk, membaca basmalah atau do’a untuk memulai sesuatu, bersangka baik, bercakap benar, amanah, tepati janji, tidak berdusta, membaca Al Qur’an dan menghafalnya, membaca sunnah dan mengamalkannya, kebiasaan membaca buku, berbincang dengan baik, nasehat dan menasehati, mengamalkan kebaikan dan amal soleh, berbuat baik kepada ibu bapa, berbuat baik kepada masyarakat, mengamalkan ukhuwah islamiyah sesama ikhwah, saling tolong menolong, saling membantu dan banyak kebiasaan lainnya yang perlu dikondisikan.
Peranan tarbiyah di dalam membentuk peribadi rijal melalui al adah sangatlah penting. Nabi Muhammad saw bersama sahabat-sahabat mengamalkan islam langsung secara bersama-sama dan membiasakannya ke dalam kehidupan sehari-hari. Setiap arahan dan wahyu dari Allah yang diturunkan kepada nabi langsung diamalkan dan dijalankan.
Al adah sebagai media dapat mengembangkan sikap positif dan amal sholeh. Tarbiyah yang tidak berusaha untuk membiasakan mad’unya ke dalam akhlak islam maka tarbiyah susah membentuk peribadi yang islam. Penyampaian bahan tanpa mencoba untuk memberikan al adah kepada mad’unya menjadikan bahan tersebut sebagai ilmu yang nantinya dilupakan dan semakin jauh dari perlaksanaan yang sebenarnya.
Apabila kita perhatikan tingkah laku kanak-kanak ataupun remaja lebih dibentuk oleh bagaimana persekitarannya. Persekitaran yang memberikan kebaikan dengan nilai dan normanya maka membentuk peribadi yang juga baik. Sebaliknya persekitaran kurang baik dengan kebiasaan yang tidak baik akan menghasilkan tingkah laku tidak baik juga.
Muraqabah
Muraqabah adalah pengawalan (pengawasan). Allah SWT adalah maha melihat ke atas semua peristiwa yang berlaku di dalam alam semesta ini. Allah SWT sentiasa mengawas dan menjaga setiap tingkah laku yang berlaku kepada makhluknya. Oleh kerana itu tidak ada satupun tingkah laku yang tidak diketahuiNya. Beberapa ayat Allah SWT menyebutkan bahawa:
“Sesungguhnya telah kami jadikan manusia dan Kami ketahui apa-apa yang diwas-waskan (dibisikkan) oleh hatinya dan kami lebih hampir kepadanya dari urat lehernya” Al Qur’an surat 50 ayat 16
“Dia (Allah SWT) beserta kamu, dimana kamu berada (mengetahui halmu). Allah Mahamelihat apa-apa yang kamu kerjakan” Al Qur’an surat 57 ayat 4
“ ….. Dia (Allah SWT beserta mereka, dimana mereka berada)” Al Qur’an surat 58 ayat 7
Muraqabah Allah kepada makhluknya menggambarkan bagaimana Allah SWT melihat, menjaga, mencatat, menguasai makhlukNya. Pendekatan nabi Muhammad SAW kepada para sahabatnya juga dengan pengawasan. Setiap tingkah laku sahabatnya, nabi mengetahui sebagai contoh kebiasaan nabi setelah mengimami sholat wajib, beliau terus menghadap ke belakang dan melihat jamaah yang hadir dan kemudian menanyakan kemana si fulan dan si fulan. Ini sebagai contoh nabi memberikan pengawasan kepada para sahabat.
Secara organisasi dan setiap program atau aktiviti tidak akan mungkin berjalan apabila tidak diiringi dengan pengawasan ini. Tanpa pengawasan kepada program yang berjalan maka tidak akan diketahui sejauh manakah program berjalan dengan baik? Bagaimanakah penilaiannya juga tidak diketahui ? Bagaimana kita akan mengembangkan dan memperbaiki mad’u apabila kita tidak mengetahui keadaan madu.
Pemberian motivasi keatas mad’u yang berjalan dalam tarbiyah juga diperoleh melalui muraqabah. Tarbiyah yang berjalan dengan segala programnya perlu diikuti dengan pengawasan sehingga kita dapat mengukur sejauh manakah mad’u melaksanakan amalan yang kita kehendaki. Beberapa cara untuk melaksanakan muraqabah ini adalah menanyakan dan mencatat setiap amalan yang telah disepakati bersama dalam seminggu. Amalan yang biasa disepakati untuk diamalkan adalah sholat berjamaah, qiyamullail, puasa sunnah isnin khamis, bacaan Al Qur’an, dan sebagainya.
Muraqabah juga dapat dilakukan dengan berziarah ke rumah mad’u, bersama-sama bepergian, makan bersama, aktiviti bersama dan sebagainya. Dengan kebersamaan ini akan membawa kepada suatu perpindahan maklumat yang didapati oleh berbagai pihak. Muraqabah akan semakin berkesan dan dapat mewujudkan suatu perbaikan.
Uqubah
Al Qur’an di dalam memberikan arahan dan tegahan seringkali diikuti oleh amaran bagi yang tidak mengamalkan arahan dan hukuman bagi yang mengerjakan tegahan. Amaran dan hukuman merupakan bentuk uqubah kepada manusia agar manusia sedar dan takut kemudian mahu mengikuti perintah dan arahan islam. Di dalam Al Qur’an beberapa uqubah yang diberikan adalah dosa, neraka, azab, seksaan, laknat dan sebagainya.
Nabi Muhammad SAW juga memberikan uqubah kepada sahabat yang tidak mengikuti arahannya, kita ingat dengan peristiwa Kaab bin Malik yang dihukum dengan tidak boleh sesiapapun berbicara dengannya selama 50 hari kerana beliau tidak mengikuti perang Tabuk. Juga cerita sahabat yang tidak mematuhi perang dan sebagainya.
Uqubah adalah media untuk memperbaiki dan juga membentuk peribadi menjadi peribadi yang islami. Di sekolah-sekolah, guru juga menggunakan uqubah ini seperti rotan dan sebagainya. Di rumah, ibu bapa menggunakan berbagai hukuman untuk merubah tingkah laku anaknya. Begitupun pihak-pihak tertentu di dalam masyarakat juga mengamalkan uqubah ini, hanya sahaja di dalam perlaksanaannya kita perlu memperhatikan teknik yang hikmah, hasanah dan marhamah.
Perlaksanaan uqubah di dalam tarbiyah dapat dilakukan dengan berbagai cara misalnya dengan hukuman memberikan tugasan, diberikan beban, disuruh beramal yang lebih, dan banyak lagi cara lain yang kreatif boleh membantu peningkatan diri sendiri.

Tue Aug 01, 2023 9:56 pm by wisatasemarang
» Portable STATA 18 Crack Full Version
Thu May 11, 2023 5:24 pm by wisatasemarang
» NVivo 12 Crack Full version
Mon Jan 30, 2023 11:16 am by wisatasemarang
» Tutorial Difference In difference (DID (Diff-in-Diff) With Eviews 13
Thu Nov 03, 2022 6:24 am by wisatasemarang
» Online Workshop Smart PLS Minggu, 01 Oktober 2022
Sat Sep 17, 2022 11:35 am by wisatasemarang
» kumpulan ebook tentang robot
Fri Jan 02, 2015 10:04 pm by kyuru
» MANTRA PELET
Wed May 16, 2012 3:31 am by orlandojack
» book love of spell
Sat Mar 24, 2012 8:08 pm by rifqi as
» attraction Formula
Sat Mar 24, 2012 7:09 pm by rifqi as