Cinta
Cinta adalah satu perkataan yang tidak asing lagi di telinga kita. Apalagi di kalangan
remaja, kerana sudah menjadi anggapan umum bahawa cinta sinonim dengan ungkapan
rasa sepasang sejoli yang mabuk asmara. Ada yang mengatakan cinta itu suci, cinta itu
agung, cinta itu indah dan terlalu indah hingga tidak dapat diungkapkan dengan kata-
kata, hanya dapat dirasakan dan sebagainya. Bahkan ada yang menggambarkan oleh
kerana tersangat indahnya cinta, syaitan pun berubah menjadi bidadari ” racun dirasa
bagaikan madu? “. Yang jelas kerana cinta, ramai orang yang merasa bahagia namun
sebaliknya kerana cinta ramai pula yang tersiksa dan merana. Cinta dapat membuat
seseorang menjadi sangat mulia, dan cinta pula yang menjadikan seseorang menjadi
sangat tercela.
Kita tahu bagaimana kecintaan Khadijah RA kepada Rasulullah SAW yang rela
mengorbankan apa sahaja yang dimilikinya dengan perasaan bahagia demi perjuangan si
kekasih yang menjadikannya mulia. Sebaliknya ada pemudi yang mengorbankan
kehormatannya demi untuk menyenangkan si kekasih yang dia lakukan atas nama cinta.
Atau ada remaja yang menghabiskan nyawanya dengan Baygon ( na’udzubillahi min
zalik ) hanya kerana cinta. Cinta yang sedemikianlah yang membawanya kepada
kehinaan.
Lalu, apa sebenarnya makna daripada cinta?
Benarkah cinta hanyalah sepenggal kata namun mengandung sejuta makna?
Atau pendapat para filosofi bahawa makna cinta tergantung siapa yang memandang?
Rupanya tepat seperti uangkapan Ibnu Qayyim Al Jauziah tentang cinta, bahwasanya, ”
Tidak ada batasan tentang cinta yang lebih jelas daripada kata cinta itu sendiri. ”
Ada pun kata cinta itu sendiri secara bahasa adalah kecenderungan atau keberpihakan.
Bertolak dari sini cinta dapat didefinisikan sebagai sebuah gejolak jiwa dimana hati
mempunyai kecenderungan yang kuat terhadap apa yang disenanginya sehingga
membuat untuk tetap mengangankannya, menyebut namanya, rela berkorban atasnya dan
menerima dengan segenap hati apa adanya dari yang dicintainya serasa kurang sekalipun,
dan ia tumpahkan dengan kata-kata dan perbuatan.
Pandangan Islam terhadap Cinta
Cinta dalam pandangan Islam adalah suatu perkara yang suci. Islam adalah agama fitrah,
sedang cinta itu sendiri adalah fitrah kemanusiaan. Allah telah menanamkan perasaan
cinta yang tumbuh di hati manusia. Islam tidak pula melarang seseorang untuk dicintai
dan mencintai, bahkan Rasulullah menganjurkan agar cinta tersebut diutarakan.
” Apabila seseorang mencintai saudaranya maka hendaklah ia memberitahu bahawa ia
mencintainya. ”
HR Abu Daud dan At-TirmidziSeorang muslim dan muslimah tidak dilarang untuk saling mencintai, bahkan dianjurkan
agar mendapat keutamaan-keutamaan. Islam tidak membelenggu cinta, kerana itu Islam
menyediakan penyaluran untuk itu ( mithalnya lembaga pernikahan ) dimana sepasang
manusia diberikan kebebasan untuk bercinta.
” Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa
Dia menciptakan untuk kamu ( wahai kaum lelaki ), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri,
supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya dan dijadikanNya di antara
kamu ( suami isteri ) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang
demikian itu mengandungi keterangan-keterangan ( yang menimbulkan kesedaran ) bagi
orang-orang yang berfikir. ”
Q.S Ar-Ruum : Ayat 21
Ayat di atas merupakan jaminan bahawa cinta dan kasih sayang akan Allah tumbuhkan
dalam hati pasangan yang bersatu kerana Allah ( setelah menikah ). Jadi tak perlu
menunggu ” jatuh cinta dahulu ” baru berani menikah, atau pacaran dahulu baru menikah
sehingga yang menyatukan adalah si syaitan durjana ( na’udzubillahi min zalik ). Jadi
Islam jelas memberikan batasan-batasan, sehingga nantinya tidak timbul fenomena
kerosakan pergaulan dalam masyarakat.
Dalam Islam ada peringkat-peringkat cinta, siapa yang harus didahulukan / diutamakan
dan siapa / apa yang harus diakhirkan. Tidak boleh kita menyetarakan semuanya.
” ( Walaupun demikian ), ada juga di antara manusia yang mengambil selain dari Allah
( untuk menjadi ) sekutu-sekutu ( Allah ), mereka mencintainya, ( memuja dan
mentaatinya ) sebagaimana mereka mencintai Allah; sedang orang-orang yang
beriman itu lebih cinta ( taat ) kepada Allah dan kalaulah orang-orang yang melakukan
kezaliman ( syirik ) itu mengetahui ketika mereka melihat azab pada hari akhirat kelak,
bahawa sesungguhnya kekuatan dan kekuasaan itu semuanya tertentu bagi Allah dan
bahawa sesungguhnya Allah Maha berat azab seksaNya, ( nescaya mereka tidak
melakukan kezaliman itu ). ”
Q.S Al-Baqarah : Ayat 165
Menurut Syaikh Ibnul Qayyim, seorang ulama di abad ke-7, ada enam peringkat cinta (
maratibul - mahabah ), iaitu :
1. Peringkat ke 1 dan yang paling tinggi / paling agung adalah tatayyum, yang
merupakan hak Allah semata-mata.
” Sesungguhnya sholatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanya untuk Rabbul ‘alamiin. ”
” Sedang orang-orang yang beriman itu lebih cinta ( taat ) kepada Allah ”
Q.S Al-Baqarah : Ayat 165
Jadi, ungkapan-ungkapan seperti : ” Kau selalu di hatiku, bersemi di dalam kalbu ” atau ”
Kusebutkan namamu di setiap detak jantungku, ” ” Cintaku hanya untukmu, ” dan
sebagainya seharusnya ditujukan kepada Allah. Kerana Dialah yang memberikan kita
segala nikmat / kebaikan sejak kita dilahirkan, bahkan sejak dalam rahim ibu. Jangan terbalik, baru diberi sekelumit cinta dan kenikmatan dari si ” darling ” kita sudah hendak
menyerahkan jiwa raga kepadanya yang merupakan hak Allah. Lupa kepada Pemberi
Nikmat,
” Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi dan ( pada ) pertukaran malam dan siang
dan ( pada ) kapal-kapal yang belayar di laut dengan membawa benda-benda yang
bermanfaat kepada manusia; demikian juga ( pada ) air hujan yang Allah turunkan dari
langit lalu Allah hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya, serta
Dia biakkan padanya dari berbagai-bagai jenis binatang; demikian juga ( pada ) peredaran
angin dan awan yang tunduk ( kepada kuasa Allah ) terapung-apung di antara langit
dengan bumi; sesungguhnya ( pada semuanya itu ) ada tanda-tanda ( yang membuktikan
keesaan Allah kekuasaanNya, kebijaksanaanNya dan keluasan rahmatNya ) bagi kaum
yang ( mahu ) menggunakan akal fikiran. ”
Q.S Al-Baqarah : Ayat 164
2. Peringkat ke 2; ‘isyk yang hanya merupakan hak Rasulullah SAW Cinta yang
melahirkan sikap hormat, patuh, ingin selalu membelanya, ingin mengikutinya,
mencontohinya, dan sebagainya, namun bukan untuk menghambakan diri kepadanya.
” Katakanlah ( wahai Muhammad ) : Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah
daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu dan
( ingatlah ), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. ”
Q.S Aali Imran : Ayat 31
3. Peringkat ke 3; syauq iaitu cinta antara mukmin dengan mukmin lainnya. Antara
suami isteri, antara orang tua dan anak, yang membuahkan rasa mawaddah wa rahmah.
4. Peringkat ke 4; shababah iaitu cinta sesama muslim yang melahirkan ukhuwah
Islamiah.
5. Peringkat ke 5; ‘ithf ( simpati ) yang ditujukan kepada sesama manusia. Rasa simpati
ini melahirkan kecenderungan untuk menyelamatkan manusia, berdakwah, dan
sebagainya.
6. Peringkat ke 6 adalah cinta yang paling rendah dan sederhana, iaitu cinta / keinginan
kepada selain dari manusia : harta benda. Namun keinginan ini sebatas intifa’
( pendayagunaan / pemanfaatan ).
Hubungan Cinta dan Keimanan
Dalam Islam cinta dan keimanan adalah dua perkara yang tidak dapat dipisahkan. Cinta
yang berlandaskan iman akan membawa seseorang kepada kemuliaan; sebaliknya cinta
yang tidak berlandaskan iman akan menjatuhkan seseorang ke jurang kehinaan. Cinta
dan keimanan laksana kedua belah sayap burung. Al Ustadz Imam Hasan Al Banna
mengatakan bahawa ” dengan dua sayap inilah Islam diterbangkan setinggi-tingginya ke
langit kemuliaan. ” Bagaimana tidak, jikalau iman tanpa cinta akan pincang, dan cinta tanpa iman akan jatuh ke jurang kehinaan. Selain itu iman tidak akan terasa lazat tanpa
cinta dan sebaliknya cinta pun tidak lazat tanpa iman.
Imam Ahmad meriwayatkan dengan sanadnya dari Abu Hurairah RA, dari Nabi SAW;
” Barangsiapa ingin memperoleh kelazatan iman, hendaklah ia mencintai seseorang
hanya kerana Allah SWT. ”
Riwayat Imam Ahmad, dari Abu Hurairah
Tidak hairanlah ketika ‘Uqbah bin Al Harits telah bercerai dengan isteri yang sangat
dicintainya Ummu Yahya, atas persetujuan Rasulullah SAW hanya kerana pengakuan
seorang wanita tua bahawa ia telah menyusukan pasangan suami isteri itu di saat mereka
masih bayi. Allah mengharamkan pernikahan saudara sesusuan.Demikian pula kecintaan
Abdullah bin Abu Bakar kepada isterinya, yang terkenal kecantikannya, keluhuran
budinya dan keagungan akhlaknya. Ketika ayahnya mengamati bahawa kecintaannya
tersebut telah melalaikan Abdullah dalam berjihad di jalan Allah dan memerintahkan
untuk menceraikan isterinya. Pemuda Abdullah memandang perintah tersebut dengan
kacamata iman, sehingga dia rela menceraikan belahan jiwanya tersebut demi
mempererat kembali cintanya kepada Allah.
Subhanallah, pasangan tersebut telah bersatu kerana Allah, saling mencintai kerana
Allah, bahkan telah bercinta kerana Allah, namun mereka juga rela berpisah kerana
Allah. Cinta kepada Allah di atas segalanya.
Bagaimana pula halnya dengan pasangan yang terlanjur jatuh cinta, atau yang
‘berpacaran’ atau sudah bercinta sebelum menikah?
Hanya ada dua jalan; bersegeralah menikah atau berpisah kerana Allah, nescaya akan
terasa lazat dan manisnya iman. Dan janganlah mencintai ‘si dia’ lebih daripada cinta
kepada Allah dan RasulNya.
Dari Anas ra, dari Nabi SAW, beliau bersabda;
” Ada tiga perkara dimana orang yang memilikinya akan merasakan manisnya iman, iaitu
mencintai Allah dan rasulNya melebihi segala-galanya, mencintai seseorang hanya
kerana Allah, dan enggan untuk menjadi kafir setelah diselamatkan Allah daripadanya
sebagaimana enggannya kalau dilempar ke dalam api. ”
HR. Bukhari dan Muslim
Dari Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda;
” Demi zat yang jiwaku ada dalam genggamanNya, kamu sekalian tidak akan masuk
syurga sebelum beriman, dan kamu sekalian tidaklah beriman sebelum saling mencintai.
”
HR Muslim
Cinta Kepada Allah, Itulah yang Hakiki Cinta bagaikan lautan, sungguh luas dan indah. Ketika kita tersentuh tepinya yang sejuk,
ia mengundang untuk melangkah lebih jauh ke tengah, yang penuh rintangan, hempasan
dan gelombang pada siapa sahaja yang ingin mengharunginya. Namun carilah cinta yang
sejati, di lautan cinta berbiduk ‘takwa’ berlayarkan ‘iman’ yang dapat melawan
gelombang syaitan dan hempasan nafsu, Insya Allah kita akan sampai kepada tujuannya
iaitu : cinta kepada Allah, itulah yang hakiki, yang kekal selamanya. Adapun cinta
kepada makhlukNya, pilihlah cinta yang hanya berlandaskan kecintaan kepada Allah
dan RasulNya. Bukan kerana pujuk rayu syaitan, bukan pula kerana desakan nafsu yang
menggoda.
Cintailah Allah, berusahalah untuk menggapai cintaNya. Menurut Ibnu Qayyim, ada 10
perkara yang menyebabkan orang mencintai Allah SWT :
1. Membaca Al-Quran dan memahaminya dengan baik.
2. Mendekatkan diri kepada Allah dengan sholat sunat sesudah sholat wajib.
3. Selalu menyebut dan berzikir dalam segala keadaan dengan hati, lisan dan perbuatan.
4. Mengutamakan kehendak Allah di saat berbenturan dengan kehendak hawa nafsu.
5. Menanamkan dalam hati asma’ dan sifat-sifatnya dan memahami maknanya.
6. Memperhatikan kurnia dan kebaikan Allah kepada kita.
7. Menundukkan hati dan diri ke pangkuan Allah.
8. Menyendiri bermunajat dan membaca kitab sucinya di waktu malam ketika orang
sedang nyenyak tidur.
9. Bergaul dan berkumpul bersama orang-orang sholeh, mengambil hikmah dan ilmu dari
mereka
10. Menjauhkan sebab-sebab yang dapat menjauhkan kita daripada Allah.
Saling mencintailah kerana Allah agar dapat mendapatkan kecintaan Allah. Dalam hadith
Qudsi Allah berfirman;
” CintaKu harus Kuberikan kepada orang-orang yang saling mencintai keranaKu,
CintaKu harus Kuberikan kepada orang-orang yang saling berkorban keranaKu,
dan CintaKu harus Kuberikan kepada orang-orang yang menyambung hubungan
keranaKu. ”
Hiduplah di bawah naungan cinta dan saling mencintailah kerana keagunganNya,
nescaya akan mendapatkan naungan Allah, yang pada hari itu tidak ada naungan selain
naunganNya.
Dari Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda;
” Pada hari kiamat Allah berfirman : ‘Dimanakah orang-orang yang saling mencintai
kerana keagunganKu? Pada hari yang tiada naungan selain naunganKu ini, Aku
menaungi mereka dengan naunganKu. ”
HR. Muslim
Bahkan Allah memuliakan mereka yang saling mencintai dan bersahabat kerana Allah,
yang membuat para nabi dan syuhada merasa iri terhadap mereka mereka.
Nasa’i meriwayatkan dengan sanad dari Abu Hurairah ra, Rasulullah bersabda;
” Di sekeliling ‘Arsy, terdapat mimbar-mimbar dari cahaya yang ditempati oleh suatu kaum yang berpakaian dan berwajah cahaya pula. Mereka bukanlah para nabi atau
syuhada, tetapi para nabi dan syuhada merasa iri terhadap mereka. ”
Para sahabat bertanya, ” Wahai Rasulullah, beritahulah kami tentang mereka! ”
Beliau bersabda, ” Mereka adalah orang-orang yang saling mencintai, bersahabat, dan
saling mengunjungi kerana Allah. ”
” Ya Allah, kurniakanlah kepada kami Cinta terhadapMu dan Cinta kepada mereka yang
mencintaiMu, dan apa sahaja yang mendekatkan kami kepada CintaMu, dan jadikanlah
CintaMu itu lebih berharga bagi kami daripada air yang sejuk bagi orang yang dahaga. ”
Akhirul qalam, bertanyalah pada diri kita sendiri :
1. Sudahkah aku menemukan cinta yang hakiki, cinta yang sejati dalam hidup ini?
2. Sejauh mana aku mengenalNya, asma’ ( nama ) Nya, sifat-sifatNya, kehendakNya,
laranganNya?
3. Seringkah aku mengingatiNya, menyebut namaNya melalui zikir-zikir yang panjang?
4. Seringkah aku mendekatkan diri kepadaNya dengan sholat serta ibadah-ibadah
lainnya?
5. Seringkah aku merintih, mengadu dan mengharap kepadaNya melalui untaian doa
yang keluar dari lubuk hati.
6. Sudahkah aku mengikuti kehendakNya dan menjauhi larangan-laranganNya?
7. Apakah aku mencintai seseorang keranaNya atau kerana dorongan nafsuku sendiri?
8. Sejauh mana aku berusaha untuk mengekang hawa nafsuku sendiri

Tue Aug 01, 2023 9:56 pm by wisatasemarang
» Portable STATA 18 Crack Full Version
Thu May 11, 2023 5:24 pm by wisatasemarang
» NVivo 12 Crack Full version
Mon Jan 30, 2023 11:16 am by wisatasemarang
» Tutorial Difference In difference (DID (Diff-in-Diff) With Eviews 13
Thu Nov 03, 2022 6:24 am by wisatasemarang
» Online Workshop Smart PLS Minggu, 01 Oktober 2022
Sat Sep 17, 2022 11:35 am by wisatasemarang
» kumpulan ebook tentang robot
Fri Jan 02, 2015 10:04 pm by kyuru
» MANTRA PELET
Wed May 16, 2012 3:31 am by orlandojack
» book love of spell
Sat Mar 24, 2012 8:08 pm by rifqi as
» attraction Formula
Sat Mar 24, 2012 7:09 pm by rifqi as