HAK ASASI MANUSIA DARI KACAMATA BARAT :
Satu Analisa
Sulaiman Noordin
Pendahuluan
Sebelum hak asasi manusia daripada
kacamata Barat Moden Sekular di bincangkan, penulis akan terlebih dahulu
mengutarakan konsep hak asasi manusia dari segi Islam sepintas lalu. Semoga ia dapat memberi suatu rujukan atau
piawai yang pasti sebelum kita melihat kepada isu sesama yang menyimpang
daripada yang hak. Sebab-sebab berlakunya penyimpangan, adalah pelbagai,
antaranya ialah disebabkan oleh pakatan pemodal elit antarabangsa yang memain
peranan penting di belakang sistem politik dan kewangan di negara-negara
Barat. Pengistiharan hak asasi manusia
oleh tokoh-tokoh Barat sekular kebanyakannya
merupakan suatu harapan yang tercatat di atas kertas sahaja kerana pada
asasnya mereka telah menafikan hak asasi
Pencipta Yang Maha Esa. Bagaimanakah hak
asasi manusia boleh dilaksanakan dengan saksama? Apakah cara atau kaedah yang ditunjukkan oleh
Rasulullah s.a.w. bagi menegakkan keadilan.
Konsep Hak Asasi Manusia Dalam Islam
Di surah al-Hujurat, Allah
s.w.t telah berfirman :
“Wahai manusia! sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari
seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa
dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di
antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha
Mengenal.
(Al-Hujurat, 49 : 13)
Pernyataan ini merupakan satu
pengistiharan hak asasi manusia bagi semua bangsa, lelaki atau perempuan, hitam
atau putih, iaitu hak asasi mereka adalah sama di sisi Allah. Yang membezakan antara mereka hanyalah
sifat-sifat ketakwaan mereka. Untuk menghapuskan gejala perasaan kebanggaan bangsa
Arab (kerana Rasulullah s.a.w. berasal dari bangsa Arab). Rasulullah s.a.w. bersabda :
Bermaksud : “Tidak ada sebarang kelebihan bagi bangsa
Arab atau bangsa bukan Arab di sisi perundangan Islam”.
Pengistiharan ini dibuat sejak1400
tahun dahulu semasa negara Eropah dan
juga negara Arab berada dalam zaman kegelapan.
Kaum yang kuat menindas kaum yang lemah.
Sebab yang kecil boleh membawa kepada peperangan yang besar antara kaum dengan
kaum yang lain. Dalam sistem ‘Feudal’
di Eropah, buruh dan petani dimiliki oleh pemilik estet atau ladang. Sesiapa yang cuba lari dari ladang itu tanpa
izin boleh diburu dan dibunuh. Wanita
setelah berkahwin menjadi hak milik lelaki, harta isteri dipindahkan ke pihak
suami, malah nama isteri pun bertukar kepada nama keluarga suaminya. Pendidikan terhad kepada kelas atasan. Di dalam sistem Institusi Gereja Katolik
Rom, Eropah, terdapat sistem hirarki. Hak menafsir dan mengajar agama adalah untuk
paderi sahaja. ‘Bible’ dalam bahasa
Latin tidak boleh diterjemahkan kepada bahasa tempatan. Pegawai-pegawai Gereja dan penganut agama
Katolik perlu ikut perintah Institusi Gereja Rom walaupun ia bertentangan
dengan ajaran Bible sendiri. Hanya
selepas gerakan reformasi pada abad 16M yang bermula di Jerman, ‘Bible’ mula
dicetak dalam bahasa tempatan.
Bermakna ajaran Nabi Isa a.s. telah
menemui usaha yang berkesan untuk menyelewengkannya daripada mula sejarah dakwahnya hingga selama 1500 tahun
selepasnya dan bersambungan hingga hari ini.
Dari mula perkembangannya ia ditindas orang Kerajaan Rom pada zaman Nabi
Isa a.s. hinggalah ke zaman Raja Nero
yang ganas untuk menghapuskan ajaran Nabi Isa a.s. Pada zaman Raja Konstantine pula pada tahun
325M (di Nicea) ajaran Nabi Isa a.s. diselewengkan kepada ajaran ‘triniti’
(tritunggal) secara rasmi serta menambah peraturan-peraturan tertentu yang
tidak bersandarkan kepada ajaran ‘Bible’ yang dipilih untuk memperkuatkan kuasa
politik Rom atas pengikut-pengikut Institusi Gereja. Empat kitab suci daripada lebih kurang 200
versi bible telah dipilih di bawah naungan Raja Konstantine yang mirip kepada
akidah triniti yang telah sedia ada dalam kepercayaan rakyat Rom. Usaha yang berkesan untuk mensucikan ajaran
Nabi Isa a.s. daripada bidaah dan khurafat hanya bermula pada abad 16M melalui
gerakan reformasi yang dipimpin oleh Padri Martin Luther.
Di dalam mazhab Protestant yang diasaskan oleh Martin Luther sebahagian
daripada ajaran-ajaran yang ditambah oleh Institusi Gereja Rom dihapuskan
tetapi masalah akidah triniti yang dianjurkan
oleh Raja Konstantine masih tidak selesai hingga hari ini. Oleh kerana itulah mazhab Protestant pula
berpecah kepada banyak mazhab yang
berlainan setiap mazhab saling kafir mengkafirkan antara satu dengan
yang lain dari segi akidah. Keadaannya
berbeza di dalam agama Islam di mana di dalam mazhab Empat yang muktabar
perbezaan pendapat bukan dari segi rukun atau akidah tetapi dari segi furu’
atau rantingnya.
Pengistiharan hak asasi manusia
oleh Bangsa-Bangsa Bersatu (ditubuhkan pada tahun 1948) tidak berasaskan kepada
iman atau mengiktirafkan Allah s.w.t. sebagai Pencipta, yang Esa. Justeru itu peraturan-peraturan dibuat adalah
mengikut citarasa mereka yang menggubalnya.
Hak asasi bangsa kulit hitam atau berwarna di Amerika Syarikat dan di negara-negara Eropah yang ‘maju’ dan
di Afrika Selatan masih menjadi isu yang hangat dan masih belum selesai di sisi
masyarakatnya sungguhpun pada sekitar akhir-akhir abad 20 an ini dari segi
politiknya ada perubahan besar yang baru.
Di Russia bangsa-bangsa etnik dikawal dengan undang-undang
dan tidak digalakkan untuk berinteraksi.
Pada umumnya negara-negara di dunia masa kini sama ada di Timur mahupun
di Barat, mengikut sistem pemerintahan sekular.
Kebanyakan parti-parti politik yang wujud berasaskan kepada perkauman
atau mengikut aliran ideologi ekonomi
sosialis atau liberal-kapitalis yang menolak nilai-nilai mutlak agama. Kemajuan dari segi kebendaan, sains dan
teknologi dianggap sebagai matlamat utama bagi pembangunan negara. Pembangunan insani atas landasan agama
dipinggirkan. Sebab utama agama
dipinggirkan adalah kezaliman-kezaliman yang telah dilakukan oleh pihak Gereja
Rom semasa ia berkuasa atas nama Agama Masehi selama 1000 tahun. Sehingga pada zaman ini zaman tersebut
dikenali dengan nama zaman gelap atau zaman ‘medieval’. Malangnya rakyat Eropah secara umumnya tidak
berpeluang untuk didedahkan sejarah
Islam yang betul dan kepada agama Allah s.w.t. yang sempurna dan suci dari
tambahan dan selewengan manusia. Apabila
pembangunan material menjadi tujuan hidup, yang kuat akan menindas yang
lemah. Tujuan akan menghalalkan
sekalian cara untuk mendapatkan kuasa, sungguhpun perjuangan itu akan bertopeng
atas nama hak asasi manusia dan keadilan.
Dari segi Islam cara dan tujuan, kedua-duanya perlu mengikut syariat.
Islam mempunyai wawasan yang lebih jauh supaya pembangunan tidak menjadi
bencana kepada manusia. Oleh itu
pembangunan manusia atau insani didahulukan.
Beriman kepada perintah Allah s.w.t. dididik terlebih dahulu untuk menjamin
supaya pembangunan material tidak mendatangkan kezaliman sesama manusia.
3.0 Islam: Memberi Sistem (Cara)
Pengendalian Yang Unggul
Islam memberi
sistem yang unggul bagi melaksanakan
aktiviti-aktiviti seharian manusia ( ). Caranya adalah sepertimana
ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w. dalam bidang pemerintah, ekonomi, perang,
keluarga, pendidikan, kehakiman, persahabatan serta perhubungan
antarabangsa. Tetapi mengapakah tamadun
Barat Sekular Moden menolak wahyu malah tidak mengiktirafkan bahawa Allah yang
Esa wujud? Sebab-sebabnya akan
dibincangkan nanti.
Di khutbah Wada’ di Padang Arafah di
hadapan jamaah Haji, Rasulullah s.a.w. bersabda bermaksud:
“Wahai Manusia, sepertimana kamu
menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwamu hartamu
dan maruahmu sebagai amanah yang suci.
Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang
berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun
agar orang lain tidak menyakiti kamu pula.
Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti
membuat perhitungan di atas segala amalan kamu.
Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang. Takuti Allah dalam hal wanita, kerana kamu
telah mengambil mereka sebagai amanah daripada Allah s.w.t.”
Khutbah ini memberi jaminan kepada
hak asasi bagi Muslim dan bukan Muslim dari segi nyawanya, hartanya dan
kehormatan dirinya lelaki atau wanita, hitam atau putih, tua atau muda, kaya
atau miskin. Sistem perundangan dan
sistem ekonomi (tanpa riba) yang
mengikut syariat yang ditetapkan oleh Allah s.w.t. adalah menjadi asas dan
tulang belakang bagi menegakkan keadilan dalam masyarakat Muslim.
4.0 Tamadun Semasa Tamadun Yang Paling Ganas
Di sepanjang sejarah manusia
terdapat lebih kurang 20 atau 21 tamadun.1
Tamadun Barat Moden Sekular dari segi pembangunan material sains dan teknologinya
telah mencapai tahap yang tertinggi jika dibandingkan dengan tamadun-tamadun
yang sebelumnya. Tetapi dari segi
tamadun insaninya rekod pencapaiannya adalah yang paling rendah.
Sebab zaman ini dianggap yang
paling rendah dari segi perikemanusiaannya ialah kerana terdapat dalam abad ini
sifat-sifat kezaliman yang lebih rakus dari zaman Firaun Ramsis ke-II di Mesir
yang membina piramid-piramid, Raja Moghul Shah Jehan di negeri Uttar Pradesh di
India Utara yang membina Taj Mahal atas kubur isterinya Mumtaz Mahal atau
Dinasti Ch’in (Ch’in Dinasty) yang membina tembok China yang besar (Great Wall
of China) yang tingginya 25 kaki dan lebarnya 12 kaki di atas dan 30 kaki di
bawah dan panjangnya lebih kurang 2,400 kilometer.
Cuba kita renungkan berapa ramai manusia
telah dibunuh oleh komunis di Revolusi China, Rusia, Eropah Timur, Vietnam,
Kemboja, Burma, Cuba dan lain-lain tempat pada abad 20-an ini. Kita tambah pula dengan bilangan yang dibunuh
pada tempoh peperangan Dunia pertama dan peperangan Dunia kedua dan peperangan
kecil yang lain. Jumlah mangsa yang
terlibat dalam peristiwa-peristiwa tersebut tidak kurang dari 200 juta
orang! Pembunuhan melalui pengguguran
anak lebih kurang satu juta setiap tahun di Amerika Syarikat!, jenayah dan
penyakit AIDS telah menjadi isu semasa di negara-negara yang kononnya maju dari
segi material. Secara amnya masyarakat
di rata-rata tempat pula tertekan kerana ekonomi yang bersistem ribawi yang tidak
adil. Media massa elektronik dan cetakan
mengutarakan ilmu, maklumat dan hiburan yang terpisah dari nilai murni. Penuntut-penuntut yang mencari ilmu menjadi
tanggapan mangsa di dalam pendidikan sekular di mana ilmu pengetahuan
dipisahkan daripada pendidikan nilai di institusi-institusi pendidikan. Allah s.w.t. telah berfirman:
“Dialah yang telah mengutus
Rasul-Nya dengan membawa petunjuk dan agama yang benar untuk menerangkan dan
ditinggikannya atas segala agama lain, walaupun orang-orang musyrik tidak
menyukainya.” (at-Taubah 9 : 33)
Bagaimanakah agama Islam
ditinggikan? Pertama al-Quran dan
as-Sunnah adalah tidak bertembung dengan fitrah, akal dan sains. Al-Quran merupakan mukjizat maknawi yang
teragong memberi bukti bahawa yang membawanya adalah Rasulullah s.a.w. sebagai
Rasul penutup. Tidak akan datang Rasul
Allah yang lain selepasnya. Mukjizat
maknawinya itu adalah dari segi bahasanya, syariatnya, nilai-nilai akhlaknya
serta akidah dan sejarahnya. Selain dari
itu, jika manusia berkehendak juga bukti yang jelas dalam bentuk Hissi,
terdapat perkara yang ajaib, di Makkah al-Mukarramah, di sisi rumah Allah
(Kaabah). Di situ ada telaga zam-zam
yang boleh memberi minum kepada seramai dua juta para tetamu Allah pada musim Haji. Tahap muka airnya tidak pernah turun atau
menjadi kering sungguhpun telaga itu terletak di tengah-tengah padang
pasir. Air zam-zam itu merupakan air
mineral yang paling terbaik pula dari segi kesihatan di dunia. Sebagai contoh sahaja perkara ini diakui oleh
sebuah Syarikat penapisan air, bernama “Syarikat Mineral Pot” di Korea
Selatan. Sungguhpun demikian para
musyrikin tidak menyukainya, seterusnya tidak mahu menyebutnya ini dalam
sebarang saluran maklumat elektronik, dan cetakan antarabangsa. Mungkin takut manusia di serata dunia akan
tertarik kepada agama Islam.
Asas Sistem Pemikiran Barat Sekular Moden
tahap bertamadun. Mereka menganggap bahawa agama dan perundangan pun berkembang
daripada tahap
Dalam sistem pemikiran Barat
Sekular Moden tidak ada nilai mutlak, yang ada hanyalah nilai nisbi (relatif)
yang sentiasa berubah mengikut tokoh, keadaan dan citarasa sesuatu bangsa! Mereka menganggap bahawa manusia dan haiwan
berevolusi daripada sel amoeba yang simpel.2
Pencipta tidak ada, dunia terjadi dengan sendiri.3 Manusia berkembang secara evolusi daripada
tahap kebuasan (savagery) barbarik kepada yang simpel kepada tahap yang lebih
kompleks. Segala yang ‘moden’ adalah
lebih baik daripada yang lama. Nilai
lama perlu diubah mengikut kehendak zaman.
Pemikiran ini dipengaruhi oleh teori evolusi Darwin (1859) yang dianggap
sebagai satu faktor sains; sungguh pun kajian-kajian sains terkini
menunjukkan bahawa tidak ada bukti sains yang kukuh menyokong
teori evolusi Darwin itu!
Menurut Prof. Louis Bounoure;
Pengarah Penyelidikan di Pusat Kebangsaan bagi Penyelidik Sains Perancis
(1984)4,5 :
“Evolutionisme (manusia
berevolusi daripada haiwan) adalah satu cerita dongeng bagi orang-orang
dewasa. Teori ini langsung tidak memberi
sumbangan bagi perkembangan sains. Ia
tidak berguna.”
Menurut Dr. T.N. Tahmissan ahli
psikologi bagi Suruhanjaya Kuasa Atom, Amerika Syarikat (1983) “teori evolusi”
yang diajar sebagai suatu kebenaran adalah satu penipuan yang terbesar (biggest
hoax) yang tidak ada tolok bandingnya dalam sejarah manusia.”6
Mengapakah teori ini yang dianggap
sebagai suatu fakta sains, menjadi suatu penipuan yang besar (HOAX)?7 Jawapnya ialah ia mempunyai hubungkait dengan
sains politik semasa! Atas teori evolusi
inilah dibina ilmu sejarah, sosial, antropologi, psikologi, pendidikan, ekonomi, kajian populasi dan teori-teori keadilan dan
hak asasi.8 Jika asas-asas ilmu yang
tunggal itu merupakan suatu penipuan maka teori dan ilmu-ilmu yang lahir
darinya akan merupakan suatu ‘decoy’, suatu penipuan lanjutan darinya. Akibatnya, keadilan dan peristiharan hak
asasi manusia yang dibuat dari semasa ke semasa sentiasa menjadi suatu impian
dan sukar untuk dilaksanakan dan diamalkan.
Dalam teori sejarah, Friedrich Hegel (1770-1831M) seorang ahli falsafah
Jerman telah banyak mempengaruhi pemikiran kerajaan, ekonomi dan institusi
Barat Moden Sekular.9 Menurutnya ‘kekuasaan
itu kebenaran’, ‘kekuasaan menentukan peraturan bagi masyarakat’. Makna kekejaman serta kezaliman menjadi
relatif.
Asas Pembinaan Keadilan Dalam Islam
Menurut Islam terdapat dua tahap
yang penting untuk menjamin keadilan.
Tahap pertama ialah manusia perlu terlebih dahulu membetulkan perhubungan
antaranya dengan Penciptanya (akidah).
Perhubungan Insan 2 jenis
Firman Allah s.w.t. bermaksud :
“Akan ditimpa kehinaan ke atas
mereka itu di mana saja mereka berada melainkan
menghubungkan diri dengan Allah dan menghubungkan diri sesama
manusia”.
(Al-Imran 112).
Logiknya ialah jika sekiranya
seseorang hamba tidak mahu mengiktirafkan kewujudan Tuhannya sendiri,
bagaimanakah ia boleh mengiktirafkan hak asasi sesama hamba yang lain. Dan jika sekiranya hamba itu mengiktirafkan
kewujudan Penciptanya, sudah tentulah Pencipta alam semesta itu mengadakan
perundangan atau peraturan tertentu bagi kehidupan hambanya di dunia ini. Semua rasul-rasul Allah sepanjang zaman
menyeru manusia supaya mengiktirafkan KeEsaan Allah s.w.t dari segi tiga jenis tauhid : Pertama tauhid Rububiyyah (Allah s.w.t.
adalah sumber segala-galanya) yang kedua yang lebih penting ialah tauhid
Uluhiyyah (Hamba Allah beribadah hanya kepada PenciptaYang Esa) dan
yang ketiga yang akhir ialah tauhid al-Asma’ was-sifat (Tauhid nama-nama Allah dan sifat-sifat Allah
s.w.t.).
Inilah kaedah yang dilaksanakan
oleh semua rasul-rasul Allah sepanjang zaman.
Bagi tahap pertama rasul-rasul Allah s.w.t. bekerja kuat untuk
mensucikan akidah umatnya daripada kepercayaan khurafat, karut dan bidaah bagi
menegaskan tiga jenis tauhid tersebut di atas.
Samping itu aktiviti seharian manusia diatur menurut syariat Islam. Rasulullah s.a.w. menumpukan perhatian kepada
perkara-perkara berhubung dengan akidah selama tiga belas tahun di peringkat
Makkiyyah sebelum menegakkan negara Islam di Madinah al-Munawarah.
Allah s.w.t. telah berfirman
bermaksud :
“Dan kepada penduduknya Madyan
(Kami utuskan) saudara mereka Nabi Syu’aib.
Ia berkata : Wahai kaumku, sembahlah kamu akan Allah, (sebenarnya) tiada
Tuhan bagi kamu selain daripadaNya. Oleh
itu sempurnakanlah sukatan dan timbangan dan janganlah kamu kurangkan bagi
manusia akan benda-benda dan perkara-perkara yang menjadi haknya dan janganlah
kamu berbuat kerosakan di muka bumi sesudah Allah menjadikannya (ma’mur
teratur) dengan sebaik-baiknya. Yang demikian itu lebih baik bagi kaum jika
betul kamu orang-orang yang beriman. (Al-A’raaf
7 : 85).
Antara surah-surah yang berkaitan
dengan larangan untuk membuat fasad adalah 29:36, 2:60, 5:67, 29:36 dan 11:85.
Sejarah Eropah Dari Segi Hak Asasi Manusia
Menurut kajian Abul A’la Maududi
Barat tidak kenal atau mengamalkan konsep hak asasi manusia sebelum abad 18 dan
tidak sehingga akhir abad 18 apabila ia mula diamalkan di Amerika dan
Perancis. Kini terdapat banyak hak asasi
manusia yang terdapat di dalam perlembagaan di kebanyakan negara-negara yang
mempraktikan ‘liberal demokrasi’
diselewengkan oleh sistem perundangan, politik dan ekonominya. Di negara-negara komunis hak asasi manusia
hanya wujud atas kertas sahaja.10
Terdapat di dalam sistem ‘liberal demokrasi’ empat kelemahan yang serius
yang boleh dikenal pasti seperti berikut:
a) Dalam sistem ‘liberal
demokrasi’ ada beberapa percanggahan
dari segi amalannya, umpamanya sungguhpun
wakil rakyat dipilih melalui undi majoriti tetapi yang menjadi fakta
penentu ialah pengaruh wang dalam arena politik dan media massa.
b) ‘Nilai hak dan batil’ yang
ditentukan oleh media massa atau undi majoriti menjadikan ‘nilai’
itu sentiasa bergerak dan tidak tetap iaitu nilai menjadi nisbi atau
relatif.
c) Sistem ekonominya tidak adil kerana ia
mengamalkan riba. Ia terbuka kepada
permainan spekulasi yang membahayakan ekonomi khasnya melalui bursa saham di
dalam negeri dan di peringkat antarabangsa.
Oleh itu ia lebih cenderung bagi kepentingan mereka yang kaya dan
berharta. Ekonomi yang tidak adil ini
akan membawa kepada sistem politik yang berat sebelah.
d) Sistem liberal
- kapitalisme membuka banyak
ruang dan kesempatan untuk dimanipulasi atau diselewengkan oleh mereka yang
berniat jahat. Umpamanya selewengan
dalam sistem pendidikan, perundangan, kebudayaan, media massa elektronik dan cetakan telah membawa kepada
keruntuhan moral dan keluarga di merata-rata tempat. Justeru itu ia boleh mewujudkan keadaan
huru-hara dalam masyarakat yang masa
kini sedang menjadi-jadi.
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
(PBB) daripada awal sejarahnya pada tahun 1946 telah mempamerkan satu sejarah
pakatan sulit bagi golongan pemodal elit
Zionis Yahudi yang memerintah Amerika dan Rusia untuk bertindak di sebalik
tabir. Pertubuhan itu digunakan hanya
sebagai kuda kayu oleh mereka yang memegang kuasa. Alger Hiss seorang daripada
pengasas bagi pertubuhan itu telah didedahkan sebagai seorang pengintip sulit
Komunis Soviet Rusia dan telah dihukum oleh ‘Federal Grand Jury’, Mahkamah Amerika Syarikat sebagai seorang
yang bersumpah bohong (perjury) semasa beliau disoal selidik berkaitan dengan
aktiviti-aktiviti komunisnya, pada 21hb. January 1950. Alger Hiss adalah seorang pegawai yang
penting kerana beliau telah menulis sebahagian besar Carter (Piagam) PBB. Ketua Tinggi bagi Tentera Keselamatan
Dunia (Setiausaha Majlis Keselamatan
PBB) adalah sentiasa terdiri daripada pegawai-pegawai negara komunis
Rusia. Presiden, Naib Presiden dan
sembilan hakim-hakim Mahkamah Negara-negara Dunia adalah juga terdiri daripada
pegawai-pegawai Komunis.11, 12
Siapa itu komunis? Dalam buku ‘Communism Unmasked’ penulisnya
Jean Patrice (1970) mendedahkan bahawa gerakan komunis adalah gerakan yang
dipelopori oleh pemodal elit antarabangsa yang kebanyakannya dari golongan
Yahudi Zionis. Satu akhbar Yahudi
Amerika bernama The American Hebrew pada 10hb September 1820 menulis :
“Revolusi Bolshevik di Rusia
merupakan hasil daripada pemikiran Yahudi, menurut citarasa Yahudi, dan
dirancang oleh Yahudi untuk mewujudkan Order Baru Dunia. Apa yang telah berlaku di Rusia juga akan
menjadi realiti di seluruh dunia melalui kuasa mental dan fizikal Yahudi yang
serupa.”
Apakah
fahaman ideologi komunis terhadap keadilan dan hak asasi manusia? Menurut komunisme, semua hak asasi manusia
termasuk hak peribadi, hak politik, hak ekonomi, hak keluarga dan hak agama
datang daripada kerajaan dan boleh ditarik balik pada bila-bila masa. Falsafah komunisme yang berasaskan teori
evolusi Darwinisme berpendapat bahawa individu wujud untuk faedah
Kerajaan. Tanggapannya ialah kerajaan
sentiasa betul dalam tindakannya, sekalipun membunuh, merampas harta sesiapa
sahaja, mengeluarkan propaganda yang menipu dan berhak membiarkan golongan
penentang mati kebuluran, sepertimana berlaku di Ukraine pada tahun
1932-1933. Mendiang Lord Sydeham
mencatatkan seramai tiga hingga tujuh juta orang telah mati akibat kebuluran
yang dirancang oleh Presiden Stalin bagi menundukkan sebuah
wilayah yang menentangnya.
Dalam perkara ini yang penting
bukan ideologi Komunisme itu sendiri, tetapi penganjurnya yang kini ingin
mewujudkan satu ‘Order Baru Dunia’.
Kononnya ideologi komunisme sudah lapuk dan tidak boleh dipakai
lagi. Ini adalah satu tipu
muslihat. Penganjurnya yang tamak haloba
dan gila kuasa tidak mungkin tiba-tiba bertukar menjadi orang baik tetapi hanya
bertukar warna dan kulitnya. Mereka menggunakan
istilah-istilah baru lagi canggih yang menarik seperti ‘New Economic Order’,
‘Global Village’, ‘Globalization’ dan sebagainya untuk mengelabukan mata orang
ramai yang tidak sedar atas rancangan mereka.
Mr. John D. Rockerfeller Jr.
seorang pemodal elit antarabangsa yang mempunyai hubungan sulit dengan
pemerintah dan pengasas komunis Soviet telah memberi pinjaman sebanyak 8.5 juta
dollar tanpa riba untuk membeli tapak tanah di bandar New York bagi bangunan
PBB.13 Cara perlaksanaan
resolusi-resolusi perhimpunan am diselewengkan.
Umpamanya tiap-tiap ahli dalam PBB diberi satu undi di perhimpunan
amnya, tetapi di peringkat perlaksanaan sesuatu resolusi, setiap ahli di dalam
‘Majlis Keselamatan’ (Security Council) PBB berhak untuk membatalkannya
(Veto). Ahli bagi Majlis Keselamatan itu
terhad kepada beberapa negara besar sahaja seperti Amerika Syarikat, Britain,
Rusia, China dan Perancis. Oleh kerana
setiap negara mempunyai ideologi dan kepentingan masing-masing, beribu resolusi
telah di veto dan PBB hanya merupakan suatu agensi atau tempat untuk membahas
tanpa mampu bertindak dengan berkesan.
Negara-negara dalam PBB masih berpecah mengikut citarasa dan pendirian
masing-masing. Yang lebih bahaya ialah
penggunaan PBB sebagai kuda kayu oleh
pemodal elit antarabangsa yang memberi bantuan dan sokongan disebalik tabir untuk gerakan revolusi
sedunia atau menundukkan negara-negara
kecil yang lemah yang tidak ingin mengikut kehendak pakatan sulit antarabangsa itu.14
Sejarah Renaisans dan Revolusi Di Eropah
Sebelum zaman kebangkitan
(Renaisans) Eropah (yang berlaku pada abad 14 hingga 17M), Eropah berada di
bawah pemerintahan Institusi Gereja Katholik Rom hampir selama 1000 tahun. Semasa pemerintahan Institusi Gereja Katholik
Rom itu, kezaliman telah berlaku dalam bidang agama (ibadah), ilmu, ekonomi dan
politik. Dalam bidang agama, Gereja
mempunyai sistem kelas atau hirarki.
Mereka menganggap bahawa hanya padri dan ketua-ketua gereja mempunyai
darjah kesucian kerohanian yang lebih tinggi daripada orang awam! Mereka yang dilantik oleh Gereja sahaja yang
berhak mempelajari Bible serta menafsirnya.
Padri-padri merupa perantaraan antara manusia biasa dengan
Tuhan-Nya. Umpamanya untuk mendapat keampunan (taubat) dari Allah s.w.t.
diwajib pengikut Gereja membuat pengakuan dan menceritakan dosa-dosa itu pada
padri terlebih dahulu. Upacara ini
dinamakan ‘auricular confession’. Mereka
perlu percaya bahawa Nabi Isa a.s. adalah anak Tuhan yang dikorban oleh Allah s.w.t.
untuk mensucikan manusia daripada dosa warisan dari Nabi Adam a.s. Upacara untuk amalan ini dinamakan ‘mass’.
Mendoa untuk keselamatan saudara mara yang meninggal dunia dari azab api Neraka perlu dibuat melalui
padri-padri Institusi Gereja Rom. Upacara ini dinamakan ‘purgatory’. Bagi upacara doa ini dikenakan bayaran
tertentu menurut darjat dan
kualitinya. Usaha-usaha untuk mencari
ilmu selain daripada agensi-agensi Institusi Gereja Katolik Rom umpamnya di
Institusi Pengajian Tinggi Islam di Sepanyol tidak digalakkan. Teori-teori
sains yang bertentangan dengan pendapat Gereja diharamkan dan sesiapa yang
mengutarakan pendapat bertentangan dengan dogma Gereja walaupun dalam bidang
sains boleh dihukum bunuh.
Institusi Gereja Katolik Rom telah
bekerjasama untuk memperkukuhkan sistem feudal Eropah di mana pekerja-pekerja
dianggap sebagai hak milik tuan punya tanah.
Satu alat perundangan yang zalim bernama Mahkamah Penyiasatan
(Inquisition Court) telah diadakan selama 375 tahun mulai dari tahun 1478
hingga ke tahun 1834M oleh Institusi Gereja Katolik Rom untuk menentang
musuh-musuhnya.15 Institusi Gereja
Katolik Rom dibenarkan menangkap, menyeksa dan membunuh mereka yang dituduh
menentang perintah Gereja. Harta si tuduh dirampas tanpa bicara. Perundangan ini merupakan sebagai satu “Akta
Keselamatan Negara” dalam bentuk yang paling ganas dan tanpa
berperikemanusiaan. Menurut E. Josephson
(1968) seramai satu ratus orang saudagar telah dihukum dibakar hidup-hidup pada
abad 16M. Dosa mereka adalah hanya
membuat keuntungan dalam perniagaan.15b
Gereja pada masa itu menganggap bahawa mencari keuntungan dalam
perniagaan adalah haram. Satu ribu tahun
sebelumnya Islam telah mengharamkan riba tetapi menghalalkan perniagaan
(Al-Baqarah 2:275). Dalam masa
perlaksanaan perundangan itu selama 375 tahun jumlah mereka yang dibakar
hidup-hidup tidak kurang dari 340,000 orang.16
Ada penulis Barat yang mencatatkan bilangan mereka yang terbunuh
sepanjang zaman Renaisans berjumlah (angka akumulatif) seramai sepuluh juta.
Padri (Pastor) Charles Chiniquy
(1809-1888) dalam bukunya yang sangat menarik bertajuk ‘Fifty Years In The
Church of Rome’ (Lima Puluh Tahun Dalam Gereja Rom) menceritakan sejarah
perundangan Institusi Gereja Katolik Rom yang ganas serta zalim yang tidak
mengikut ajaran ‘Bible’, sungguhpun Institusi Gereja berselindung sebaliknya.
Padri Charles Chiniquy adalah seorang
yang sangat istimewa kerana beliau sendiri adalah seorang Padri dalam
Institusi Gereja Katolik Rom yang berdedikasi, bersunggug-sungguh bekerja untuk
menegakkan ajaran yang di dapati di dalam Bible semasa beliau berada di dalam
Institusi Gereja itu selama lima puluh tahun!.
Beliau telah ikhlas bertujuan untuk menegakkan keadilan menurut ajaran
‘Bible’ bukan perundangan Institusi Gereja Katolik Rom. Sebab itulah beliau telah menerima pelbagai
tekanan serta hukuman oleh bishop-bishop di Amerika Syarikat. Menurut pengalaman beliau (selama lima puluh tahun) mereka yang
berautoriti di Rom iaitu Paus sebenarnya mementingkan politik Gereja Rom lebih
daripada ajaran ‘Bible’, malah ajaran agama hanya digunakan sebagai alat
sahaja.16a
Menurut Chiniquy, Institusi Gereja Rom masih patuh hingga hari
ini kepada arahan Gereja Rom yang berbunyi :
“Semua
kerajaan perlu berasaskan kepada kepercayaan Katolik dan Paus (Pope di
Rom) sahaja adalah sumber perundangan yang sah serta maksum daripada sebarang
kesalahan. Paus adalah penafsir unggal
kepada hukum-hakam.”
Sebagai perbandingan, terdapat di
dalam perlembagaan Negara (Syiah Imamiyyah) Republik Iran masa kini Fasal 15
berbunyi :
“Kekuasaan atas negara dan umat
selama Imam Mahadi ghaib (hilang), mudah-mudah Allah memperlekas kembalinya,
dalam Republik Iran adalah ditangan ahli fikih yang adil dan taqwa ... dan seterusnya”16b
Menurut Imam Dr. Musa Musawi (1992)
seorang Imam Syiah yang bukan pelampau
dari Iran dalam bukunya ‘A Critical
Revision of Shi’ah’ telah berkata:
“Konsep wilayah al-faqih” dalam
kepercayaan Imamiyyah memberi kuasa mutlak kepada wakil IMAM yang ghaib untuk
mentadbir politik, ekonomi militari dan hal ehwal sosial umat Islam”.16c
Mengikut satu buku rujukan asas
bagi Syiah Imamiyyah di Iran bernama Al-Kaafi oleh Al-Kulaini : Imam-Imam yang
seramai dua belas itu mendapat perintah dan otoriti terus daripada Tuhan
sambil mereka itu maksum dan bebas
daripada sebarang kesalahan. Oleh itu Imam-Imam mempunyai kedudukan lebih
tinggi daripada Nabi Muhammad s.a.w. dan mereka boleh membatalkan dan
mendatangkan hukum-hakam yang baru yang wajib dipatuhi!
Dalam buku “Al-Hukumah
al-Islamiyyah” Imam Khomeini selaku presiden pertama Republik Syiah Iran
berkata:
“Bahawa imam-imam kita mempunyai
maqam yang tinggi yang tidak sampai ke maqam tersebut oleh para Malaikat dan
juga para Nabi dan Rasul Allah. (Hlm. 52). Para imam itu tidak lalai dan lupa.
(Hlm. 7). Sesungguhnya ajaran para Imam
adalah seperti ajaran-ajaran al-Quran untuk semua manusia di semua tempat
hingga hari Kiamat.” (Hlm. 13).16d
Ini bermakna konsep syura atau perundangan (bagi melantik
wakil atau ketua seperti yang dianjurkan
oleh Al-Quran 42:38 dan Al-Quran 3 : 159) diketepikan. Sebaliknya digantikan dengan konsep wilayah
al-Faqih untuk melantik seorang ‘diktator mutlak’ atas nama Tuhan Yang Maha
Esa’. Terselit dalam Fasal 15
perlembagaan negara Iran itu ialah satu kepercayaan karut bahawa : “Imam
al-Mahadi bernama Imam Muhammad Askari
yang lahir pada 256H, (1000 tahun dahulu) masih hidup dan sedang menyorok di
suatu tempat yang dirahsiakan. Konsep
ketua agama yang ‘maksum’ dan konsep kuasa mutlak atas pengikutnya dalam ajaran Syiah Imam Dua Belas di Iran itu
adalah hampir serupa dengan kuasa mutlak
“Paus” (Pope) dalam ajaran Institusi Gereja Katolik Rom yang terlaksana hingga
hari ini! Ia bertentang sekali dengan
ajaran Al-Quran dan as-Sunnah.
Kembali kepada buku Charles
Chiniquy itu, beliau mencatatkan : “Institusi Gereja Katolik Rom telah membunuh
berjuta-juta orang, mereka terang-terang mengatakan bahawa Institusi Gereja
berhak untuk membunuh mereka yang menentang Gereja Rom. Perundangan yang anti sosial itu telah
membunuh sepuluh juta penentang. Booth
seorang penganut agama Katolik Rom telah membunuh Abraham Lincoln (Hlm.
290).” C. Chiniquy juga mencatat rahsia
yang diberitahu kepadanya oleh Presiden Amerika Syarikat, Abraham Lincoln
sebelum presiden itu di tembak mati oleh
Booth. Lincoln memberitahu kepadanya
secara peribadi seperti : “Daripada permulaan peperangan saudara (di Amerika
Syarikat) ada perhubungan yang rapi di antara Paus Rom dengan Jeff Davis
(General pemberontak dari Selatan yang memerangi Utara). Perhubungan itu diketahui umum. Paus Rom dan Jesuits telah memberi
pertolongan dan nasihat kepada Jeff Davis di darat dan di udara sekarang.”
(Hlm. 299) “Pengikut padri-padri Mormon dan Jesuits adalah musuh ketat
perlembagaan dan perundangan kita. Yang
lebih bahaya adalah pengikut ‘Jesuits’ kerana mereka menyorokkan kebencian
mereka di belakang persahabatan dan perkhidmatan bagi kebaikan awam. Mereka dilatih untuk membuat keganasan serta
pembunuhan atas nama Tuhan”. (Hlm. 300).
Zaman Institusi Gereja Rom adalah
zaman di mana Gereja Rom membuat peraturan-peraturan
dan tambahan-tambahan yang membebankan rakyat jelata dan juga menggalakkan
rakyat menjadi rahib lelaki atau
perempuan (nuns and monks) yang tidak
berkahwin menjauhkan diri daripada masyarkat di biara. Kononnya ia adalah satu
cara yang senang dan yang lebih cepat untuk masuk ke syurga dan selamat
daripada api neraka nanti.
Khurafat-khurafat Institusi Gereja serta kezaliman yang Gereja lakukan
telah menjadi sebab utama bagi
kemunduran Eropah selama 1000 tahun.
Zaman kebangkitan Eropah (Renaisans) yang mengambil masa selama 300
tahun (lebih kurang daripada abad 14 ke abad 17M) adalah sebenarnya merupakan
suatu zaman di mana rakyat umum telah menentang keganasan dan kezaliman
Institusi Gereja Katholik Rom. Zaman selepas Renaisans pula iaitu zaman moden Eropah, merupakan suatu
zaman yang menolak sistem pemerintahan Institusi Gereja Katolik Rom dan
kepercayaan-kerpercayaannya secara total serta mengagongkan akal dan
pembangunan material. Dari itu lahirlah
ideologi ‘sekularisme’ di Eropah yang membawa tanggapan bahawa berfalsafah
lebih saintifik daripada beragama dan agama perlu dipisahkan daripada
pentadbiran negara. Yang sebenarnya
Institusi Gereja Rom telah banyak mencampur adukan amalan-amalan mulhid Rom
serta pemikiran-pemikiran Yunani (Greek) ke dalam ajaran Nabi Isa.a.s. Di sebalik tabir pula pihak pemodal
antarabangsa Yahudi Zionis telah mempergunakan zaman penolakkan agama itu untuk mengutarakan teori-teori atau
pemikiran-pemikiran yang sesat seperti teori Darwin, teori sosial dan ekonomi
seperti teori kaya dan miskin, teori konflik sebagai daya pengerak kejuteraan
masyarakat, teori perkauman, dan kebangsaan serta ideologi sosialis dan
liberal-kapitalis. Hampir semua
pemikiran-pemikiran tersebut ditaja atas nama hak asasi dan keadilan manusia.
Yang menjadi hakikat ialah pada
zaman penjajah Eropah pada 1870 M hingga 1900M kerajaan Inggeris telah berjaya
menambah hampir seramai 500 juta manusia di bawah pengaruh jajahannya dan
kebanyakan umat yang ditindas itu ialah umat Islam. Selain dari itu berlaku pembunuhan bangsa
yang dijajahinya seperti bangsa ‘Red Indian’ di benua Amerika Utara, bangsa
‘People of the Deer’ di Canada, bangsa ‘Aborigine’ di benua Australia, hingga
ke tahap ‘genocide’ yang mengakibatkan bangsa-bangsa tersebut hari ini menjadi
bangsa yang hampir lenyap. Perniagaan hamba abdi menjadi berleluasa semasa
penjajahan Afrika. Bilangan bangsa kulit
hitam yang dipindahkan ke benua Amerika Syarikat berjumlah lebih kurang 20 juta
menurut Hennessy dalam bukunya : “Sins
of the Fathers: A Study of the Atlantic
Slave Traders. 1441-1807.”17 Lebih kurang 20% daripada mereka itu
dianggarkan mati dalam perjalanan pemindahan dari Afrika ke Amerika di
kapal-kapal dan bilik yang penuh sesak dan keadaan yang tidak sihat. Institusi Gereja Rom telah menyokong penuh
isu perhambaan itu. Umpamanya Gereja mengisytiharkan bahawa : “Orang-orang Negro tidak ada hak dan orang
berkulit putih wajib menghormatinya.”
(Roman Catholic Chief-Justice Taney, in his Dred Scot Decision) (Hlm.
288). Cara bagaimana hamba abdi itu diseksa masih boleh dilihat di Muzium
Madame Tussaud’s di London masa kini.
Apakah maksud mereka disebalik tabir mempamirkannya? Mungkin supaya kaum Negro tidak lupa dan
sentiasa diingatkan kezaliman yang dilakukan oleh orang putih! Inilah rekod mereka yang menuduh bahawa
hukum hudud Islam itu adalah zalim dan primitif. Bukankah hukum gantung dan hukum mati dengan
kerusi elektrik lebih menyeksa daripada hukum pancung menurut kajian
sains? Pakaian menutup aurat bagi
wanita dituduh sebagai satu sistem yang menyekat kebebasan serta tidak adil
untuk wanita. Malah mereka yang
berideologi ‘humanisme’ membuat tanggapan bahawa perkahwinan adalah satu adat
kuno dicipta oleh manusia kuno untuk menghambakan wanita. Apa yang terjadi masa ini ialah wanita sedang
menjadi simbol seks digunakan dalam hampir semua iklan-iklan perniagaan. Wanita sebagai ibu dipandang sebagai tidak
bernilai, justeru itu lahirlah fenomena keruntuhan keluarga, jenayah yang berleluasa,
gay, lesbian, ‘single parents’, AIDS dan lain-lain.
Gerakan Pembebasan Wanita (Feminisme)
Di Amerika Syarikat pergerakan
pembebasan (emansipasi) wanita pernah dipimpin oleh seorang wanita Yahudi
bernama Betty Freidan (1963). Masa kini
gerakan ini sedang menjadi-jadi di negara Amerika Syarikat, Eropah dan negara
maju yang lain. Penyakit ini sedang
melanda juga ke negara Islam dan dunia ketiga.
Sungguhpun benar terdapat di dalam agama Yahudi, Kristian dan Hindu,
unsur-unsur kezaliman kepada wanita tetapi ia merupakan suatu penyelewengan
oleh penaja atau ketua-ketua agama berkenaan dan bukannya daripada agama Allah
s.w.t. Yang menjadi masalah ialah
isu-isu ketidakadilan wanita dalam agama tersebut dan yang dilakukan oleh seorang Muslim (bukan
daripada ajaran Islam) digunakan untuk menolak semua agama! Mereka tidak mahu mencari atau mengambil tahu
bahawa ada agama langit yang disampaikan oleh Rasul Allah yang terakhir Nabi
Muhammad s.a.w. yang suci daripada
sebarang kesalahan atau sebarang tambahan, demi untuk menegakkan keadilan Ilahi
yang universal (menyeluruh) di bumi ini.
Sebaliknya mereka berminat hanya untuk
mengguna isu hak bagi tujuan yang batil.
Media massa antarabangsa Yahudi
Zionis masa kini kerap kali membuat diayah bahawa Islam adalah musuh utama
Dunia. Mereka mendiayah bahawa Islam
atau agama-agama ‘Fundamentalis’ sepertinya akan membawa kepada kemunduran dan
keganasan. Mereka secara sistematis
telah menanam pemikiran-pemikiran bahawa
kaum Syiah (Imammiyyah) di Iran adalah contoh kaum fundamentalis dalam
Islam. Dan Institusi Gereja Katolik Rom
contoh kaum “Fundamentalis” di sisi Eropah.
Walhal kedua-dua agama tersebut sebenarnya seharusnya boleh menjadi
sebagai contoh bagaimana agama Ilahi telah diselewengkan untuk mengikut
citarasa dan hawa nafsu para pendita kaum-kaum berkenaan sehingga ia telah
menjadi agama bersifat ekstrimis dan pelampau.
Yang penting kuasa di sebalik tabir
media massa antarabangsa dan juga ramai kaum para intelek yang terpengaruh
dengan diayah itu tidak berminat untuk bersusah payah mencari kebenaran
Ilahi. Sebaliknya jika seseorang itu
berusaha dengan bersungguh untuk mencari kebenaran, sudah pasti dia akan
berjumpa dengan kebenaran Ilahi. Ini
adalah sebagai satu janji yang pasti daripada Allah s.w.t. dengan syarat manusia mengguna akalnya dan
bersikap terbuka.
Terdapat di dalam buku
“Protokol-protokol Cendekiawan Yahudi Zionis” berkata:
“Hak kita terletak pada kekuatan
dan kekerasan: Perkataan ‘hak’ adalah
suatu fikiran khayal...” (Protokol 1, perenggan 12).
“Perkataan “kebebasan”
menyebabkan orang-orang menentang setiap kuasa, setiap pihak yang berkuasa
bahkan Tuhan dan peraturan alam. Kerana
itulah, apabila terbentuk kerajaan kita, kita mesti mengikis perkataan itu dari
penghidupan manusia.” (protokol 3: perenggan 2 dari akhir).
Baru-baru ini satu perjumpaan
wanita sedunia diadakan di Beijing pada 4-15hb September 1995. Antara idea yang disarankan atas nama hak
asasi wanita atau manusia ialah lesbian dan berzina adalah masalah hak asasi
individu atau manusia. Homoseks dan lesbian adalah dianggap sebagai satu cara hidup bukan satu
jenayah atau isu moral. Menurut Prof.
Germaine Greer (1971M) seorang pemimpin Pergerakan Pembebasan Wanita: “Pembebasan wanita, jika berjaya akan
memusnahkan keluarga bersistem patriarch (bapa sebagai ketua keluarga). Ia juga akan memusnahkan asas-asas negara
‘authoritarian’. Apabila itu terjadi,
Marx (sosialisme) akan wujud sama ada mahu atau tidak mahu. Oleh itu mari kita melaksanakannya.”18 Menurut Lenin (1870-1924M): “Pemuda yang
tidak berakhlak itu adalah pemberontak yang terbaik sekali.”19 Daripada kenyataan-kenyataan tersebut di atas
adalah jelas bahawa mereka yang berkuasa disebalik tabir bertujuan untuk memusnahkan sistem
berkeluarga dan mewujudkan generasi yang
tidak berakhlak di seluruh dunia, untuk digunakan sebagai pemberontak, atau
mewujudkan keadaan huru-hara dalam masyarakat.
Pemikiran Humanisme dan Hak Asasi Manusia
Pemikiran Sekularisme bolah membawa
kepada ideologi Humanisme. Dalam buku,
‘Humanist Manifesto’ (Pengistiharan Humanis 2) 1972 diterbitkan oleh The
Humanist,20 tercatat:
“Kami menegaskan suatu peraturan umum yang
boleh menjadi asas bagi tindakan yang bersatu... sesuai bagi keadaan semasa. Ia direka untuk masyarakat sekular di
peringkat planet bumi.”
Harold Ratton pengasas dan President
‘Persatuan Humanis’ di Boston Amerika Syarikat apabila ditanya:
“Adakah ahli humanis percaya
kepada Tuhan Maha Esa? Beliau menjawab,
“Sememang kita percaya; Tuhan Yang Maha Agong itu adalah manusia. Humanis tidak tahu sebarang yang ada yang
lebih agong darinya.”21
Antara lima belas kepercayaan
humanis yang dicatatkan ialah:
“Alam Semesta tidak dicipta
tetapi terjadi dengan sendirinya dan satu order ekonomi sosialis dunia perlu
ditubuhkan..”22
Dari segi Islam hak asasi manusia
adalah hak yang dikurniakan oleh Pencipta Alam Semesta iaitu Allah s.w.t. Hak yang diberi oleh raja, penghimpunan,
perundangan, kongres atau parlimen boleh ditarik balik, tetapi tidak ada
institusi atau individu boleh menarik balik hak yang dikurniakan oleh Allah
s.w.t. Semua Muslim dan pentadbir
perundangan Islam perlu menerima dan melaksanakan hak asasi itu jika tidak,
mereka dianggap sebagai yang zalim (5:45) atau fasiqun (5:47) atau kafirun (5:
44).
Masalah Hamba Abdi dari segi Islam
Islam cuba menyelesaikan masalah
hamba abdi yang sudah ada di negara Arab dengan menggalakkan mereka
dibebaskan. Pembebasan hamba abdi
dianggap sebagai pembayaran untuk
menebus dosa dan bagi mendapat pengampunan sesuatu kesalahan, ia
dipandang sebagai suatu amal yang baik sekali.
A’isha r.a. (isteri Rasulullah s.a.w.) telah membebaskan 67 orang, ibn
Abbas r.a. bapa saudara Rasulullah s.a.w. telah membebaskan 70 orang, Abd.
al-Rahman bin Auf r.a. membeli seramai
30,000 hamba dan membebaskan mereka.
Sahabat-sahabat Nabi Muhammad
s.a.w. telah membebaskan bilangan hamba abdi yang sangat banyak. Oleh itulah masalah hamba abdi telah
diselesaikan dalam masa 40 tahun.
Selepas itu hamba abdi dalam masyarakat Islam adalah daripada
orang-orang tahanan akibat peperangan.
Satu ribu tahun selepas itu iaitu pada abad 15 hingga 18, Eropah masih
menjalankan ‘perniagaan’ hamba abdi berjumlah berjuta-juta orang. Pada abad 20-an ini tokoh-tokoh Barat Sekular
Moden pula menuduh bahawa Islam menggalakkan perniagaan hamba abdi! Sungguhpun dalam perundangan Islam ada
peraturan-peraturan bagi hamba abdi tetapi ia adalah untuk menjaga keadilan dan
menyelesaikan isu semasa bukan untuk memperhambakan manusia. Isu perhambaan manusia masih wujud masa kini seperti di Kem Siberia
(Rusia) atau di lain-lain tempat. Edward
Graffin dalam satu pita video bertajuk
‘Survivor’ keluaran ‘American Media’,
California (1990) menceritakan dengan bukti-bukti bergambar bahawa terdapat di sistem kem penjara di
Siberia seramai lebih kurang dua puluh lima juta manusia telah menjadi
pekerja-pekerja murah atau hamba di kilang-kilang besar perusahaan militari
kerajaan. Kebanyakan mereka adalah orang tahanan politik.
Hak Asasi Bagi Penerimaan Keadilan
Firman Allah s.w.t. bermaksud:
“Hai orang-orang yang beriman
hendaklah kamu jadi orang-orang yang selalu menegakkan (kebenaran) kerana
Allah, menjadi saksi dengan adil. Dan
janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum mendorong kamu untuk
berlaku tidak adil, berlaku adillah, kerana adil itu lebih dekat kepada taqwa
(5: .
Yang penting di sini ialah seorang
Muslim hendaklah berlaku adil kepada kawan dan musuhnya, iaitu kepada semua
manusia. Manusia telah dibahagikan
kepada berbagai jenis bangsa bukan untuk meninggikan darjat satu bangsa atas
bangsa yang lain. Di Amerika Syarikat seorang ketua kaum Negro bernama
Malcolm-X telah menganut agama Islam
Sunni selepas beliau menunaikan fardhu Haji di Makkah al-Mukarramah. Dalam masa Haji itu, beliau telah melihat
semua Muslim berpakaian seragam, mengelilingi ‘Kaabah’ bersama, bersembahyang
di barisan yang sama. Darinya beliau
telah mendapat kesedaran bahawa Islam Sunni sahajalah yang boleh menyelesaikan
masalah perkauman di Amerika bukan melalui ideologi ‘Black’ Muslim yang diasaskan
oleh Halijah Muhammad! Ideologi Black
Muslim banyak menggunakan emosi dendam terhadap kaum kulit putih. Masjid-masjid dinamakan “Temples”. Di belakang Islam seleweng itu terdapat
bukti-bukti bahawa musuh Islam bergerak mengutarakan ideologi ‘Black Muslim’
sebagai suatu ‘decoy’ menghalang atau menyelewengkan mereka daripada agama yang
sebenar! Martin Luther King ketua kaum
‘sosialis’ negro juga banyak membangkitkan isu ketidakadilan, isu miskin dan
kaya. Di belakang ini juga terdapat
tangan-tangan musuh menolongnya. Satu
hari cuti am diistiharkan setiap tahun di Amerika Syarikat untuk mengingati
‘jasa-jasa’ Dr. Martin Luther King.
Sebaliknya Malcom-X sentiasa diawasi dan diintip oleh badan siasat CIA
Amerika Syarikat selepas beliau menunaikan fardu Hajinya di Makkah. Akhirnya beliau ditembak mati dan dipercayai
dilakukan oleh badan sulit berkenaan.
Riwayat hidup Malcom-X telah dirakamkan dalam bukunya bertajuk Malcom-X.
Di Amerika Syarikat masa kini
terdapat satu fenomena di mana ramai penduduknya sedang mencari-cari kebenaran
Ilahi. Malangnya pihak pemodal elit
antarabangsa (kebanyakannya dari golongan Yahudi Zionis) telah menyediakan bagi
mereka pelbagai macam perangkap (decoy).
Jika mereka mahukan cahaya Islam, beberapa bentuk perangkap disediakan,
umpamanya dalam bentuk golongan Black Muslim, Syiah, Sufi Sesat dan
falsafah. Golongan-golongan inilah
diberi publisiti yang positif dan
adakala negatif mengikut sasaran yang
ditujukan. Pada waktu yang sama mereka menggalak kumpulan Hindu mistik,
meditasi, agama okult atau mistik, Kabala, pertubuhan Rosicrusian, Freemason,
New Age Group dengan cara publisiti yang tertentu dan halus. Melalui progam pendidikan seks di
sekolah-sekolah kerajaan mereka menggalakkan amalan seks bebas dan pengguguran
anak berselindung di belakang dasar hak asasi penuntut kepada ilmu pengenalan
seks dan atas dasar untuk mengelakkan
gejala yang tidak sihat berlaku!
Menghadapi Cabaran Semasa
Semua perkara yang penting yang
seorang Muslim patut tahu untuk mengatur hayatnya dengan sempurna telah
diberitahu Rasulullah s.a.w. Rasulullah
s.a.w. telah bermula dengan memupuk akidah yang betul selama tiga belas tahun
di Makkah sebelum menegakkan negara Islam di Madinah al-Munawarah. Memahami Islam dan maksud Islam adalah
perkara asas yang perlu diutamakan. Semua rasul-rasul Allah sepanjang zaman
bermula dengan mengubat penyakit masyarakat kaumnya dengan cara menyeru mereka
kepada akidah atau tauhid yang betul.
Mereka berjihad untuk mensucikan akidah tauhid kaumnya daripada
khurafat, tambahan, dan bidaah.
Prinsipnya ialah: hubungan
manusia dengan Tuhannya mestilah dibetulkan terlebih dahulu, sebelum
membetulkan masalah ketidakadilan sesama manusia: Rasulullah s.a.w. telah berjihad untuk
mengikis khurafat serta amalan-amalan bidaah kaumnya khasnya dalam ibadah
khusus iaitu dalam hal amalan untuk mendekati diri kepada Allah s.w.t. Oleh kerana adat resam yang telah tertanam
kuat dalam masyarakat kaumnya maka baginda telah mendapat tentangan yang sangat
hebat daripada mereka. Sabda Rasulullah
s.a.w. bermaksud:
“Kamu semua wajib berpegang teguh
pada sunnahku dan juga sunnah Khulafur Rasyidin yang telah mendapat petunjuk setelah aku, berpegang
teguhlah padanya dan gigitlah ia dengan gerahammu, jauhilah dirimu dari
mengada-adakan suatu hal yang baru (dalam urusan agama), kerana yang demikian
itu bererti bid’ah dan setiap perkara bid’ah adalah sesat.” (Hadis sahih at-Termizi).
“Barangsiapa mengada-adakan
sesuatu perbuatan dalam urusan agama setelah kami, maka perbuatan tersebut
pasti ditolak (mardud).” (Hadis Bukhari
dan Muslim).
Masa kini terdapat banyak macam
tambahan-tambahan dalam amalan masyarakat Muslim, separuhnya berat seperti
bidaah dalam akidah yang boleh mengeluarkan mereka daripada golongan mazhab
yang mu’tabar (Islam Sunni), seperti amalan yang dibuat oleh golongan Syiah
Imam Dua Belas (di Iran), Muktazilah dan Batiniyyah. Dalam golongan mazhab muktabar (boleh
diterima) seperti Mazhab Hanafi, Maliki, Syafie dan Hanbali mungkin terdapat
bidaah dalam bentuk kaifiyyah iaitu dalam bentuk cara untuk menunaikan sesuatu
ibadah khusus dalam urusan agama. Ibadah
itu disuruh, ada nasnya tetapi caranya tidak mengikut nas atau cara
sunnah. Iaitu dalam mengamalkan ibadah
khusus itu ada perkara-perkara yang diada-adakan. Tidak ada hadis yang kuat, lemah atau pun
hadis palsu yang menyuruh atau menyokong amalan yang diadakan itu. Tambahan itu
mungkin dibuat melalui ijtihad ulama yang kebelakangan dengan tidak ada
sebarang sandaran nas. Ada pula yang
membuat penambahan melalui proses qias sungguhpun penambahan itu bertentangan
dengan nas yang ada. Bidaah ini dikenali dengan nama bidaah idhafiyyah (bidaah
tambahan). Ada terdapat ulama-ulama yang
menyokong bidaah-bidaah tersebut khasnya dari golongan ala sufi yang
berpendapat bahawa penambahan itu adalah bidaah hasanah! Pendapat itu bertentangan dengan hadis sahih
Rasulullah s.a.w. yang menyatakan bahawa segala amalan bidaah adalah ditolak
seperti yang tersebut di atas yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim. Ada hadis yang menyatakan bahawa segala
amalan bidaah adalah bertentangan dengan amalan Sunnah. Sabda Rasulullah s.a.w.:
“Apabila perkara bid’ah dalam
urusan agama berleluasa dilakukan oleh suatu umat setelah wafatnya nabi mereka
sejumlah itu pulalah akan musnah Sunnah Nabi mereka.”
Satu komen daripada para
salafus-sholeh:
“Bid’ah adalah lebih dicintai
oleh iblis dibandingkan dengan dosa besar.
Kerana orang-orang yang melakukan maksiat biasanya segera mohon
keampunan (taubat) sedangkan orang-orang yang melakukan bid’ah tidak mau mohon
keampunan.”
Imam Malik (r.a.) telah
berkata:23
“Barangsiapa yang melakukan suatu
bid’ah di dalam urusan agama, lalu ia berpendapat bahawa perbuatannya adalah
baik, maka orang tersebut bererti telah mendakwa bahawa Nabi Muhammad s.a.w.
adalah telah khianat dalam menyampaikan risalah.”
Yang penting dalam perkara ini
ialah kita perlu ditelitinya dengan baik supaya amalan kita yang sedikit itu
boleh diterima dan tidak ditolak, kerana sangat banyak perkara yang wajib yang
perlu dibuat telah ditinggalkan, sementara perkara yang tidak disuruh, dibuat
dan diada-adakan.24
Wa Allahu a’lam.
RUJUKAN
:
1. Baharuddin Yatim et al. Islam, Al-Quran dan Ideologi Masa Kini. Pusat Pengajian Umum. UKM. Bangi. 1994. Hlm. 49
2. Abdul Rahman Abdullah. Pengantar Ilmu Sejarah. Hlm. 41.
3. Baharuddin Yatim et.al. Sains Menurut Persepktif Islam. Pusat Pengajian Umum. UKM. Bangi.
1994. Hlm. 37.
4. L Bounoure dalam Makalah
‘Advocate’. Khamis 8hb Mac 1984. Hlm.
7.
5. Richard Milton. The Facts of Life.
Britain: Corgi Books, 1992.
6. Dean R. Zimmerman. Evolusion : A Goldern Calf. Utah USA: Hawkes
Publishing Inc. 1976. Hlm. II.
7. Petikan D.R. Zimmerman. Op. Cit. drpd.
H.G. Wells. A Short History of the World.
The Thinkers Library, No. 6.
London : Wells & Co. M.S. 333.
8. Ann Wilson. Pavlov’s Children. USA : Emissary Publications : 1994. Hlm. 4.
9. R.E. Mc Master. Cycles of War. Montana, USA:
War Cycles Institute, 1978. Hlm. 134.
10. Abul A’la Mawdudi. Human Rights In Islam. United Kingdom. The Islamic Foundation. 1980. Hlm. 15.
11. Robert W. Lee. The United Nations Conspiracy. Los Angeles.
Western Islands, 1981.
12. Edward Griffin. The Fearful Master: A Second Look At The United Nations”. Los Angeles:
Western Islands 1964.
13. Robert Lee: Op.Cit. Hlm. 181.
14. W.G. Carr. Pawns In The Game. Clearwater, Fla. 1958. Hlm. 180.
15. Baharudin Yatim et.al. Islam, Al-Quran Dan Ideologi Masakini. Bangi.
Pusat Pengajian Umum, UKM. 1994. Hlm. 229.
15b. Emanuel M. Josephson. The Federal Reserve Conspiracy and
Rockerfellers. N.Y. City. Chedney Press. 1968. Hlm. 3.
16. Baharudin Yatim et.al. Ibid. Hlm. 229.
16a. Charles Chiniquy. Fifty Years In The
Church of Rome. Clackamas USA. Emissary
Publications. Edisi 1985. Hlm. 284.
16b. Muhammad al-Hasyimi. Hakikat Aqidah Syiah. Jakarta: Bulan Bintang 1989. Hlm. 13.
16c. Imam Dr. Musa Musawi. A Critical Revision of The Syi’ah. Illinois, USA. The High Islamic Council of
The Americas, 1992. Hlm. 92.
16d. Imam Khomeini. Al-Hukumah al-Islamiyyah
dan buku Syiah Imamiyyah Mazhab Ke-5.
Bangi : Pusat Pengajian Umum. Ed.1996. Hlm. 107.
16e. C. Chiniquy. Ibid.
17. Hennessy, J.P. Sins of the Fathers. A Study of the Atlantic Slave Traders
1441-1807. Weedenfeld and Nicolson, 5
Winsley St. London.
18. Germaine Greer. The Female Eunuch, (1971). Hlm. 329.
Autoritarian bermakna yang menyokong taat setia kepada pihak yang
berkuasa negara.
19. W.G. Carr (1958). Op.Cit. Hlm. 126.
20. The Humanist: September-Oktober 1973.
21. Baharudin Yatim et.al. Islam Al-Quran Dan Ideologi Masa Kini. Bangi, Pusat Pengajian Umum. 1974. Hlm. 171.
22. Chambers, Claire. The Siecus Circle. A Humanist Revolution. Massachusettes: Western Islands. 1977. Hlm. 54.
23. Bida’ah Konsep dan Penyertaannya, oleh
Dr. Salih ibn Fawzan, Terjemahan Baharuddin Ayudin, Cahaya Pantai (M) Sdn. Bhd.
Kuala Lumpur 1994 diedarkan oleh Jamaah/Ihsan Kuala Lumpur. Hlm. 1, 2, 13 dan
14.
24. Maukif ahli as-Sunnah wal Jamaah min
ahli Ahwa wal Bidaah. Oleh Dr. Ibrahim
Amar Arrahili. Dlm dua Jilid. Tesis Doktorah Universiti Madinah al-Munawarah
(1410H).

Tue Aug 01, 2023 9:56 pm by wisatasemarang
» Portable STATA 18 Crack Full Version
Thu May 11, 2023 5:24 pm by wisatasemarang
» NVivo 12 Crack Full version
Mon Jan 30, 2023 11:16 am by wisatasemarang
» Tutorial Difference In difference (DID (Diff-in-Diff) With Eviews 13
Thu Nov 03, 2022 6:24 am by wisatasemarang
» Online Workshop Smart PLS Minggu, 01 Oktober 2022
Sat Sep 17, 2022 11:35 am by wisatasemarang
» kumpulan ebook tentang robot
Fri Jan 02, 2015 10:04 pm by kyuru
» MANTRA PELET
Wed May 16, 2012 3:31 am by orlandojack
» book love of spell
Sat Mar 24, 2012 8:08 pm by rifqi as
» attraction Formula
Sat Mar 24, 2012 7:09 pm by rifqi as