Forum Komunitas pecinta koleksi jadul

ingin bergabung dengan elrakyat.tk klik pendaftaran. jika anda sudah pernah mendaftar silakan login. jangan lupa ajak kawan-kawanmu ke mari , dan jadilah top poster di forum kita

Join the forum, it's quick and easy

Forum Komunitas pecinta koleksi jadul

ingin bergabung dengan elrakyat.tk klik pendaftaran. jika anda sudah pernah mendaftar silakan login. jangan lupa ajak kawan-kawanmu ke mari , dan jadilah top poster di forum kita

Forum Komunitas pecinta koleksi jadul

Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Forum Komunitas pecinta koleksi jadul

salah satu forum terbesar tempat kita bernostalgia

Login

Lupa password?

Our traffic

info rakyat

Sun Oct 31, 2010 9:05 pm by admin

---------------
PEMBERITAHUAN....

SF ZONA RELIGI SEKARANG KAMI PINDAH KE [You must be registered and logged in to see this link.] ANDA BISA BERPARTISIPASI DAN MENJADI MODERATOR SESUAI PERMINTAAN ANDA DENGAN REQUEST VIA SMS NO ADMIN 081945520865


Sekilas Info

Sun Jun 27, 2010 2:44 pm by admin

kabar gembira, forum lentera-rakyat mulai hari ini juga bisa diakses melalui [You must be registered and logged in to see this link.]


    islam agama sempurna

    kutubuku
    kutubuku
    Mega Ultimate Member


    Zodiac : Virgo Jumlah posting : 297
    Join date : 18.06.10
    Age : 36
    Lokasi : rahasia

    islam agama sempurna Empty islam agama sempurna

    Post by kutubuku Thu Jun 24, 2010 5:36 pm






    MACAM DARI AJARAN ISLAM
    OIeh DR.
    ABDULLAH YASIN

    ISLAM AGAMA SEMPURNA

    AGAMA Islam sudah
    sempurna dan lengkap. Rasulullah s.a.w. tidak diwafatkan kecuali setelah
    agama Islam disampaikannya kepada umat dengan lengkap dan tuntas.


    Allah berfirman di
    dalam al Quran: "Pada hari ini telah Kusempurnakan untuk kamu agamamu,
    dan telah Kucukupkan kepadamu ni'mat-Ku dan telah Kuredai Islam itu menjadi
    agama bagimu. " - Surah aI-Maidah, ayat 3.


    Sementara itu sabda
    Rasulullah s.a.w.: "Sesungguhnya siapa di antara kamu yang hidup nescaya
    dia akan melihat banyak perselisihan (yang akan terjadi). Oleh itu berpegang
    teguhlah kepada sunnahku dan sunnah khulafa-ur-rasyidin yang mendapat
    petunjuk, gigitlah dia (sunnah sunnah itu) dengan geraham. Hindarkanlah
    olehmu mengada-ngada akan perkara baru (dalam urusan agama), tiap-tiap
    perkara baru adalah bid'ah dan tiap-tiap bid'ah adalah sesat. "- Hadis
    sahih riwayat Abu Daud dan Tirmizi.


    Berdasarkan ayat
    yang terakhir diturunkan dan wasiat Rasulullah s.a.w. menjelang wafatnya di
    atas dapatlah diambil beberapa kesimpulan, antaranya:


    1. Agama Islam sudah
    lengkap. Ia tidak perlu ditambah-tambah lagi dengan perkara perkara baru.
    2. Segala penambahan baru dalam urusan agama dinamakan bid'ah dan semua
    bid'ah adalah sesat.
    3. Nabi s.a.w. telah membayangkan sejak 1500 tahun yang laIu bahawa kelak
    akan muncul banyak berbalahan dalam urusan agama.
    4. Nabi s.a.w. juga telah memberi panduan bahawa cara yang paling selamat
    ialah berpegang teguh dengan sunnahnya dan sunnah khulafa-ur rasyidin.


    PENCEMARAN AGAMA
    ISLAM


    Telah dikenal pasti
    dalam sejarah bahawa pencemaran terhadap ajaran Islam bermula sejak ia tersebar
    di luar Jazirah Arab. Orang-orang Ajam (bukan Arab) yang baru memeluk agama
    Islam yang mempunyai latar belakang kepercayaan dan amalan serta adat
    istiadat masing-masing telah secara disadari atau tidak disadari memasukkan
    banyak unsur-unsur kepercayaan dan adat istiadat mereka ke dalam ajaran
    Islam.


    Ini tidak terkecuali
    dengan apa yang berlaku di Jazirah Arab sendiri yang masih tebal lagi dengan
    keyakinan dan amalan jahiliyahnya. Oleh sebab itu barangkali Nabi Muhammad
    s.a.w. melarang sahabat-sahabatnya yang baru memeluk Islam dariada menziarahi
    kuburan pada waktu itu.


    Sabda Nabi Muhammad
    s.a.w.: 'Dulu aku melarang kamu daripada menziarahi kubur, ada pun sekarang
    ziarahilah dia kerana sesungguhnya dia (ziarah kubur) itu mengingatkan kamu
    kepada akhirat" - Hadis riwayat Imam Muslim.


    Berkat kesungguhan
    Rasulullah s.a.w. membimbing umat Arab ketika itu dengan ajaran Allah yang
    berteraskan Kitabullah dan Sunnahnya maka dalam masa yang relatif singkat
    keadaan umat Arab menjadi berubah. Mereka yang pada awalnya dikenal sebagai
    kaum yang bergelimang dengan syirik dan maksiat, akhirnya menjadi umat yang
    benar benar mentauhidkan Allah dan membela ajaran-Nya yang di bawa oleh
    Rasulullah s.a.w.


    Islam di Nusantara

    Dan tidak kita
    nafikan bahawa agama Hindu telah bertapak di Kepulauan Nusantara ini sejak
    lama sebelum kedatangan agama Islam yang di bawa oleh pedagang muslim dan
    Gujarat atau Hadhramaut. Sambil berdagang mereka menyebarkan ajaran Islam
    kepada penduduk tempatan. Dan penyampaian Islam ketika itu sangat sederhana.
    Untuk memberi kesedaran beragama Islam kepada masyarakat ketika itu para
    pendakwah telah menggunakan berbagai cara yang dikira munasabah dan menarik.
    Oleh itu, muncullah ketika itu amalan dakwah melalui gamelan, wayang kulit
    dan kesenian Iainnya.


    Nenek moyang kita
    pada waktu itu, sama ada mereka condong dengan ajaran Hindu atau berfaham
    animisma yang meyakini kuasa-kuasa roh, telah menerima ajaran Islam dengan
    cara yang sangat sederhana pula.
    Pendedahan
    Islam ketika itu tidak sama sebagaimana yang kita saksikan pada hari ini. Hal
    itu memang wajar. Yang penting kita wajib bersyukur kepada Allah yang telah
    menjadikan mereka sebagai penyebab sampainya agama Islam ke kawasan Nusantara
    ini.


    Hanya saja di sini
    kita ingin tekankan bahawa ekoran daripada penyampaian Islam yang sangat
    sederhana itu telah membuat kebanyakan nenek moyang kita tidak mampu untuk
    membedakan secara pasti, yang mana ajaran Islam yang sebenarnya dan mana pula
    ajaran Hindu atau fahaman animisma.


    Akidah Kelabu

    Islam menyuruh
    penganutnya agar memiliki akidah yang putih bersih tanpa bercampur syirik
    sedikit pun, sedangkan akidah Hindu pula adalah akidah yang hitam kerana
    kekaburan tentang batasan antara akidah Islam dengan akidah Hindu; akhirnya
    kita memiliki akidah kelabu. Ditinjau dari satu sudut memang tidak hitam
    akidahnya, tetapi jika ditinjau dari sudut lain memang tidak hitam akidahnya,
    namun demikian jika ditinjau dan sudut lain pula, juga tidak putih bersih
    sebagaimana dikehendaki Islam.


    Demikianlah
    akibatnya kalau Islam tidak digali danpada sumbernya yang asal iaitu al-Quran
    dan Sunnah Rasul. Kalau nenek moyang kita dulu dalam kejahilan tentang selok
    belok ajaran Islam, kita doakan semoga mereka mendapat kemanafaatan dan
    ampunan daripada Allah SWT. Kerana kondisi mereka ketika itu jauh berbeda
    dengan keadaan kita hari ini dari segi pendedahan kepada ilmu-ilmu Islam.


    Rasulullah s.a.w.
    telah bersabda: "Aku tingga!kan kepada kamu dua perkara, jika kamu
    berpegang teguh pada kedua duanya; maka sekali-kali kamu tidak akan sesat
    untuk selama-Iamanya, iaitu Kitabullah dan Sunnahku" - Hadis riwayat
    Ahmad dan lbnu Majah.


    Mempelajari al-Quran
    dan Hadis Rasul pada hari ini jauh lebih mudah jika dibandingkan dengan zaman
    silam. Al-Quran telah diterjemahkan dan ditafsirkan dalam bahasa yang kita
    boleh fahami. Dan hadis Rasulullah s.a.w. juga demikian. Kitab-kitab agama
    dalam semua selok-beloknya telah ditulis dan diterjemahkan dengan bahasa yang
    mudah difahami dan mudah pula kita perolehi. Masalahnya, antara mahu atau
    tidak saja. OIeh itu, jika umat Islam hari ini masih jahil lagi sudah ada dan
    banyak, maka dalam hal ini tidak siapa yang patut untuk dipersalahkan kecuali
    diri mereka sendiri.


    Islam Agama Ilmu

    Islam adalah agama
    ilmu dan yakin. Islam bukan agama warisan atau sangkaan. Atas dasar ini, maka
    tidak mustahil kalau sesetengah muallaf (orang yang baru masuk Islam) yang
    mendalami ilmu-ilmu Islam dan sumbernya yang asal yakni al Quran dan al-Hadis
    serta mengamalkan ajarannya dalam kehidupan seharian ternyata akan lebih
    tinggi kualiti keislamannya jika dibandingkan dengan seseorang yang sudah
    Islam sejak lahir, kalau Islamnya hanya terikat dan terbatas pada apa yang
    mereka warisi daripada nenek moyang saja walaupun ianya telah berada dalam
    Islam melebihi 70 tahun.


    Kita tidak nafikan
    bahawa banyak juga tradisi baik yang perlu kita ambil dari warisan nenek
    moyang. Tetapi yang perlu diingat ialah kita mestilah pastikan bahawa warisan
    itu tidak bercanggah dengan ajaran Islam yang sebenarnya. Tetapi kalau nyata
    nyata bertentangan dengan ajaran Islam maka kita tidak ada pilihan lain
    kecuali menolaknya. lnilah sikap mukmin dan mukminah yang hakiki.


    Allah berfirman di
    dalam al-Quran: "Dan tidaklah patut bagi laki-laki dan tidak (pula) bagi
    perempuan mukmin, apabila Allah dan Rasul-Nya telah menetapkan satu ketetapan,
    akan ada bagi mereka pilihan (yang lain) tentang urusan mereka. Dan
    barangsiapa mendurhakai Allah dan Rasul-Nya, maka sungguhlah dia telah sesat
    dengan sesat yang nyata." - Surah al-Ahzab, ayat: 36.


    Ayat di atas dengan
    tegas menyatakan bahawa mukmin dan mukminat tidak memiliki pilihan lain
    selain pilihan Allah dan Rasul-Nya.
    Jika
    mereka tidak bersikap demikian maka mereka digolongkan dalam kesesatan yang
    nyata. Dan inilah sebenarnya kandungan dan tuntutan utama daripada Dua
    Kalimah Syahadat.


    Syarat Amal Yang
    Makbul


    Dua Kalimah Syahadah
    adalah asas ajaran Islamiyah. Syahadat Pertama bukan saja menuntut kita agar
    mentauhidkan Allah (ikhlas) tetapi juga agar kita memerangi syirik dan
    Syahadat Kedua pula bukan saja menuntut kita agar mengikuti sunnah Nabi
    Muhammad s.a.w. (ittiba') tetapi juga agar kita memerangi bid'ah.


    Dua Kalimah Syahadat
    yang mengandungi dua unsur yang tersirat iaitu ikhlas dan ittiba' adalah
    syarat utama agar amal ibadah kita diterima oleh Allah. Dan inilah rahasianya
    mengapa dua kalimah syahadat mengatasi semua rukun Islam yang lain. Kerana
    solat, puasa, zakat dan haji dan ibadah-ibadah lainnya hanya akan diterima
    oleh Allah jika dilakukan dengan ikhlas dan ittiba sunnah (mengikuti) cara
    Rasulullah S.a.w.


    Syaitan dan Umat
    Islam


    Bendasarkan
    keterangan di atas jelaslah bahawa ajaran Islam mestilah bertitik tolak
    daripada tauhid dan ittiba' Rasul. Tanpa kedua-duanya amalan kita ditolak
    dan tidak diterima oleh Allah SWT. Oleh sebab itu, kita tidak perlu hairan
    mengapa musuh utama kita iaitu syaitan sangat gemar agar umat Islam membuat
    perkara syirik dan bid'ah. Untuk itu perhatikanlah kandungan ayat dan hadis
    berikut ini.


    Firman Allah di
    dalam al Quran: "Sekiranya engkau melakukan syirik nescaya hancur musnah
    amalanmu, dan kelak engkau pasti menjadi orang yang rugi. "- Surah
    az-Zumar 65.
    Dan, sabda Rasulullah saw.: 'Barangsiapa yang mengada-adakan perkara baru
    dalam urusan kami ini yang bukan daripadanya maka dia ditolak (tidak
    diterima) - Hadis Riwayat Muslim.


    Oleh sebab itu, kaifiyat pengajaran Islam yang diwarisi dari
    zaman silam yang lebih menekankan ibadah, bukan akidah adalah bercanggah
    dengan kaifiyat dakwah Rasulullah s.a.w. Kita sepatutnya mestilah tekuni dan
    mantapkan terlebih dahulu Dua Kalimah Syahadat sebelum solat dan ibadah-ibadah
    lainnya. Dan sememang demikianlah urutan tertib dalam rukun Islam yang lima dan demikian pula
    tertib dakwah Rasulullah s.a.w.


    Sikap Orang Jahiliyah

    Umat Islam yang sebenamya akan sentiasa berkata:
    "Sami'naa wa atha'naa" (Kami dengar dan kami patuhi) bila
    berhadapan dengan kehendak Allah dan Rasul-Nya.
    Dan sikap tersebut berbeda dengan sikap orang-orang di
    zaman jahiliyah. Ini sebagaimana diceritakan oleh Allah SWT. Dalam banyak
    ayat ayat al-Quran, antaranya:


    "Apabila
    dikatakan kepada mereka: "Marilah mengikuti apa yang diturunkan Allah
    dan mengikuti Rasul" Mereka menjawab: "Cukuplah untuk kami apa yang
    kami dapati dari nenek moyang kami mengerjakan nya" Dan apakah mereka
    akan mengikuti juga nenek moyang mereka walaupun nenek moyang mereka itu
    tidak mengetahui apa apa dan tidak (pula) mendapat hidayah?"- Surah
    aI-Maidah, ayat 104.


    Kisah yang hampir
    serupa kandungannya boleh juga dilihat pada ayat-ayat berikut: al-A'raaf: 28,
    Yunus: 78, al-Anbiya': 53, al Syu'araa: 74, Luqman: 27 dan al Zukhruf: 22.


    Atas dasar ini
    nyatalah bahawa sikap sesetangah umat Islam yang membelakangi ajaran al Quran
    dan Sunnah Nabi s.a.w. kerana terlalu terikat dengan adat isti'adat nenek
    moyang sebenarnya adalah sikap orang jahiliyah, bukan sikap muslim yang
    hakiki yang benar taat kepada Allah dan Rasul Nya.


    Warisan Yang
    Bercanggah


    Macam dari ajaran
    Islam maksudnya, beberapa amaIan atau kepercayaan yang dipandang seperti yang
    bersumberkan dari Islam padahal sebenarnya jika diteliti dengan cermat ia
    bukanlah dari ajaran Islam. Dan penyebab utama hal ini boleh terjadi ialah
    kerana kedangkalan ilmu kita tentang dua sumber ajaran Islam yang utama iaitu
    al-Quran dan al-Hadis.


    Di antara keyakinan
    dan amalan nenek moyang yang mengandungi unsur-unsur syirik, khurafat dan
    bid'ah yang masih diwarisi oleh sebahagian masyarakat Islam hari ini seperti:
    1. Memohon kepada Allah melalui wali-wali tertentu yang telah wafat kononnya
    agar doanya kekal makbul.
    2. Mendatangi kubur-kubur tertentu untuk menunaikan nazar.
    3. Meyakini hari Rabu terakhir bulan Safar sebagai hari sial.
    4. Meyakini roh orang mati balik ke rumah.
    5. Meyakini thayarah iaitu menghubung-kaitkan suatu musibah dengan suatu
    kejadian seperti kenan dan sebagainya.
    6. Kenduri arwah setelah 3 hari atau 7 hari atau 40 hari atau 100 hari atau
    setahun setelah kematian.
    7. Meyakini bomoh mengetahui perkara ghaib.
    8. Puja semangat padi dan puja pantai.
    9. Acara tepung tawar untuk pengantin.


    Ini hanya segelintir
    daripada sekian banyak adat istiadat yang masih dilakukan oleh masyarakat
    kita. Mereka mengira itu semua adalah ajaran Islam, tetapi sebenarnya bukan
    dari ajaran Islam.



      Waktu sekarang Wed May 08, 2024 5:37 pm