Forum Komunitas pecinta koleksi jadul

ingin bergabung dengan elrakyat.tk klik pendaftaran. jika anda sudah pernah mendaftar silakan login. jangan lupa ajak kawan-kawanmu ke mari , dan jadilah top poster di forum kita

Join the forum, it's quick and easy

Forum Komunitas pecinta koleksi jadul

ingin bergabung dengan elrakyat.tk klik pendaftaran. jika anda sudah pernah mendaftar silakan login. jangan lupa ajak kawan-kawanmu ke mari , dan jadilah top poster di forum kita

Forum Komunitas pecinta koleksi jadul

Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Forum Komunitas pecinta koleksi jadul

salah satu forum terbesar tempat kita bernostalgia

Login

Lupa password?

Our traffic

info rakyat

Sun Oct 31, 2010 9:05 pm by admin

---------------
PEMBERITAHUAN....

SF ZONA RELIGI SEKARANG KAMI PINDAH KE [You must be registered and logged in to see this link.] ANDA BISA BERPARTISIPASI DAN MENJADI MODERATOR SESUAI PERMINTAAN ANDA DENGAN REQUEST VIA SMS NO ADMIN 081945520865


Sekilas Info

Sun Jun 27, 2010 2:44 pm by admin

kabar gembira, forum lentera-rakyat mulai hari ini juga bisa diakses melalui [You must be registered and logged in to see this link.]


    menyelami alam

    kutubuku
    kutubuku
    Mega Ultimate Member


    Zodiac : Virgo Jumlah posting : 297
    Join date : 18.06.10
    Age : 36
    Lokasi : rahasia

    menyelami alam Empty menyelami alam

    Post by kutubuku Thu Jun 24, 2010 3:47 pm

    Menyelami Alam Ciptaan Tuhan

    Susunan: Mohd Zamir bin Bahall


    Pendahuluan

    Kita sememangnya yakin alam yang maha luas dan besar ini bukanlah
    terjadi dengan sendirinya. Mustahil sesuatu itu terjadi dengan sendirinya
    melainkan ada yang menciptanya. Dan pencipta alam seluruhnya ini ialah
    ALLAH Tuhan bagi mereka yang bertaqwa.

    Kita meyakini bahawa Allah s.w.t. bukan sahaja semata -mata mencipta
    bahkan mengatur pula perjalanan alam seluruhnya. Allah lah yang
    memutarkan bumi dan bulan pada paksi dan orbitnya, menjadikan matahari
    bersinar, bulan bercahaya dan sebagainya. Firman Allah s.w.t. yang
    bermaksud:


    dari langit dan bumi, atau siapakah yang kuasa
    (menciptakan) pendengaran dan penglihatan, dan siapakah
    yang mengeluarkan yang hidup dari yang mati dan
    mengeluarkan yang mati dari yang hidup, siapakah yang
    bertaqwa (kepada-
    (Yunus : 31)


    PERLINDUNGAN ALLAH

    Allah s.w.t. bukan sahaja mencipta dan mengatur alam sahaja, malah
    melindunginya juga. Tanpa perlindungan-Nya maka alam tidak mungkin dapat
    bertahan selama berjuta abad sebagaimana yang kita dapat saksikan pada hari
    ini. Tanpa perlindungan Allah, tidak mungkin ada kehidupan di atas muka
    bumi ini.

    Untuk mengetahui betapa hebatnya perlindungan Allah maka mari kita
    perhatikan perkara berikut:


    Putaran bumi

    Kita semua dapat hidup di atas muka bumi ini kerana bumi berputar di
    atas paksinya dalam tempoh 24 jam sehari. Cuba bayangkan sekiranya bumi
    ini tidak berputar, mustahil kita dapat hidup dengan aman dan sentosa di
    permukaan bumi.

    Dari putaran inilah terjadinya siang dan malam. Permukaannya yang
    menghadap matahari akan mengalami siang manakala permukaan yang membelakangkan matahari akan menjadi malam. Seandainya bumi tidak
    berputar maka sudah tentu bahagian yang menghadap matahari akan menjadi
    siang selama -lamanya hingga hari kiamat dan begitulah sebaliknya.

    Apakah yang akan terjadi sekiranya siang berlaku terus menerus?
    Sudah pasti keadaan udara dan hawa dari saat ke saat, dari minit ke minit dan
    dari jam ke jam akan menjadi bertambah panas. Dalam tempoh 100 jam sahaja
    dan sebagainya akan mendidih dan menggelegak. Cuba anda bayangkan apa
    yang akan terjadi sekiranya seluruh sungai, danau dan samudera mendidih
    airnya? Begitu juga darah yang mengalir di dalam tubuh kita juga turut
    mendidih. Dalam keadaan sedemikian, tidak ada satu pun makhluk yang dapat
    hidup. Semuanya akan mati dan musnah menjadi debu -debu yang
    berterbangan.

    Apa pula yang akan terjadi sesudah 100 jam atau 1000 jam berikutnya?
    Bukan sahaja semua ini akan mendidih, bahkan semua permukaan bumi ini
    sama ada benda-benda pepejal atau sebagainya, akan menjadi bara api yang
    tersangat panas. Ketika itu, bukan setakat manusia sahaja akan mati terbakar
    malahan bumi ini sendiri akan terbakar menjadi debu dalam sekelip mata
    sahaja.

    Kemudian apa pula yang akan terjadi sekiranya waktu malam berlaku
    terus menerus sehingga hari kiamat? Hawa dan udara dari saat ke saat dan
    seterusnya dari jam ke jam akan terus bertambah dingin sehingga dalam
    benda yang cair akan membeku menjadi ais yang pejal dan keras. Mungkin di
    saat itu, manusia dan binatang-binatang masih dapat hidup seperti keadaan di
    Kutub Utara dan Selatan. Namun begitu, bagaimana pula keadaannya sesudah
    100 jam atau 1000 jam berikutnya? Apabila udara dan suhu menjunam turun
    muka bumi ini.

    Kedua-dua ibarat ini harus kita fikirkan sedalam-dalamnya untuk
    melihat betapa hebatnya kekuasaan Allah dan juga perlindungan-Nya yang
    diberikan untuk kehidupan setiap makhluk khasnya kita sebagai manusia yang
    dikurniakan akal fikiran yang sempurna. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:


    Allah menjadikan siang terus menerus sampai hari kiamat?
    Siapakah selain Allah yang akan mendatang malam
    kepadamu yang kamu dapat beristirehat padanya? Maka
    apakah kamu tidak memperhatikannya? Dan kerana
    rahmatnya-Nya, Dia jadikan untuk kamu malam dan siang
    supaya kamu beritirehat pada malam itu dan supaya kamu
    mencari sebahagian dari kurniaan-Nya (pada siang hari)
    dan agar kamu bersyukur kepada-
    (Al-Qasas: 72 -73)
    Dengan adanya putaran bumi siang dan malam maka keadaan hawa di
    permukaan bumi ini menjadi seimbang dan sederhana iaitu tidak terlalu panas
    dan tidak terlalu dingin. Sehingga manusia, haiwan-haiwan dan tumbuh-
    tumbuhan dapat hidup dengan selesa di permukaan bumi ini.

    Ya... semamangnya kita harus renungkan siapakah lagi selain Allah
    yang dapat memutarkan bumi sebesar ini? Iaitu planet yang berukur lilit
    40,003 km dan beratnya beribu-ibu juta tan itu. Perkara ini hendaklah kita
    fikirkan sedalam-dalamnya. Seterusnya hendaklah kita selalu mengingati dan
    berterima kasih kepada Allah s.w.t. Janganlah kita sekali-kali menjadi orang-
    orang yang seakan-akan tidak mendengar dan melihatnya sedangkan kita
    mempunyai telinga, mata dan akal untuk bersyukur memuji-Nya.

    Peredaran Bumi Mengelilingi Matahari

    Selain daripada berputar atas paksinya, bumi juga berputar
    mengelilingi matahari dalam lingkaran orbitnya yang amat luas. Ingatlah
    bahawa jarak antara bumi dengan matahari adalah 149,000,000 km dan
    perkiraan kita.

    Semasa beredar mengelilingi matahari, bumi akan berputar di atas
    paksinya dalam berkeadaan condong. Maka sesetengah negara yang terletak
    jauh dari garisan khatulistiwa akan lebih terdedah kepada cahaya matahari lalu
    jadilah musim panas ataupun kurang menerima cahaya matahari lalu jadikan
    musim sejuk. Sebagai akibat daripada pergantian musim ini terjadilah pelbagai
    jenis tumbuhan dan buah-buahan di permukaan bumi ini yang menjadi nikmat
    dan hikmah yang amat besar kepada seluruh kehidupan di muka bumi.

    Begitulah keadaannya dari semasa ke semasa dan silih berganti tanpa
    henti-henti sehingga hari kiamat... akibat peredaran bumi di sekeliling
    matahari. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:


    turunkan air (hujan) padanya, ia menjadi lembut dan subur
    dan menumbuhkan pelbagai macam tumbuhan dan buah-

    (Al-Hajj: 5)

    Firmannya lagi yang bermaksud:

    gunung-ganang yang kukuh dan kami tumbuhkan padanya

    (Qaaf: 7)

    Jarak Di Antara Bumi Dengan Planet-Planet Lain

    Kita sudah pun mengetahui jarak di antara bumi dengan matahari dan
    semamangnya telah dapat dibuktikan menerusi sains dan nas-nas Al-Quran bahawa jika jarak itu berubah sedikit sahaja maka terjadilah kerosakan yang
    amat dahsyat di bumi.

    Sekiranya bumi mendekati matahari dengan kadar lebih atau kurang
    dari jarak yang sedia ada sekarang maka sudah pasti akan berlaku mala petaka
    dan bencana-bencana alam yang tidak terkira dahsyatnya. Begitulah juga
    bulan dan p lanet -planet lain, sekiranya terkeluar sedikit dari orbitnya sama ada
    terlebih atau terkurang nescaya akan berlanggaran antara satu sama lain.

    Jarak tertentu yang ditetapkan oleh Allah s.w.t. bagi bumi di tengah-
    tengah angkasa raya dan cakerawala -cakerawala ini merupakan perlindungan-
    Nya yang sangat besar faedah dan manfaatnya kepada seluruh kehidupan di
    muka bumi. Lebih-lebih lagi untuk kehidupan dan kesejahteraan hidup
    manusia. Semuanya ini harus kita renungkan. Jangan sekali-kali kita gunakan
    akal dan fikiran semata -mata untuk perkara -perkara yang kecil dan remeh
    sahaja seperti soal makan, pakaian, perhiasan dan sebagainya. Mengapa kita
    tidak gunakan keupayaan sebenar akal yang dikurniakan Tuhan iaitu untuk
    merenung alam ciptaan-Nya seterusnya mendatang kan kesedaran, keyakinan
    dan kegerunan kepada kebesaran Allah s.w.t. Ini selanjutnya dapat membina
    sikap dan akhlak yang sentiasa bertunjangkan ajaran Islam dan syariatnya.
    Menggunakan akal sedemikian barulah memberi faedah yang sebenar-
    benarnya kepada manusia yang membawa kepada kebahagiaan hidup dan jauh
    daripada amalan atau perbuatan yang merosakkan. Firman Allah s.w.t. yang
    bermaksud:


    hanyalah permainan dan suatu yang melalaikan, perhiasan
    dan bermegah-megah antara kamu serta berbangga-
    bangga tentang banyaknya harta dan anak... Dan
    kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang

    (Al-Hadid : 20)

    Jika kita renungkan sedalam-dalamnya bahawa setiap bintang dan
    palnet itu bebas bergerak di angkasa raya, bergerak dan berputar dari abad ke
    abad, masing-masing tetap pada jaraknya yang tertentu maka sedarilah betapa
    hebatnya kukuasaan Allah s.w.t. dalam mengatur segalanya sehingga saling
    tidak berlanggaran. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:


    Demikianlah Allah Yang Maha Gagah Lagi Maha
    Mengetahui. Sedangkan bulan kami tentukan baginya
    tempat yang tertentu sehingga ia kembali berbentuk seperti
    pelepah kurma yang kering (bulan sabit). Tiadalah
    matahari mendekati bulan dan tidak pula malam
    mendahului siang sedang semuanya beredar pada garis

    (Yassin : 38 -40)

    Air Laut Yang Masin
    samudera yang luas dipenuhi a ir dengan rasanya yang masin. Pada waktu
    siang dan malam, berjuta-juta tan bahan buangan dan kotoran dibuang dan
    dilemparkan ke dalam laut. Jika sekiranya air laut itu tidak masin, sudah tentu
    kotoran itu akan mengeluarkan bau yang amat busuk sehingga dalam beberapa
    waktu sahaja air laut akan menjadi tersangat busuk. Bagaimanakah keadaan
    ketika itu? Kita tidak mampu menggambarkan apa yang bakal terjadi, hanya
    Allah-lah Yang Maha Mengetahui. Sekurang-kurangnya tertentu ia akan
    merosakkan kesihatan penghuni b umi ini.


    Terciptanya air yang masin ini akan menjadi bukti betapa Allah s.w.t.
    melindungi segala kehidupan di permukaan bumi ini. Firman Allah s.w.t. yang
    bermaksud:


    (berdampingan), laut yang tawar lagi segar dan laut yang
    masin lagi pahit. Dan Dia jadikan diantara kedua-duanya
    dinding dan batas yang menghalangi.
    (Al-Furqan : 53)

    Laut (air) tawar yang dinyatakan di dalam ayat di atas adalah terdiri
    daripada sungai, danau, tasik dan sebagainya yang sekalipun berdekatan
    dengan laut namun ia tetap tidak bercampur dengan air masin. Firman Allah
    s.w.t. yang bermaksud:

    -Ku tentang air yang kamu
    minum. Kamukah yang menurunkannya dari awan ataukah
    Kami yang menurunkan? Kalau kami kehendaki nescaya
    Kami jadikannya masin, maka mengapakah kamu tidak

    (Al- -70)

    Andainya perlindungan Allah s.w.t. kepada makhluk-Nya kita selidiki,
    kaji, ulas dan bahas maka sudah pasti ianya tidak akan tamat malahan jika
    ditulis ia akan menjadi jilidan buku yang tebalnya melebihi tinggi langit dan
    bumi.

    Manusia yang celik mata hatinya dan peka pancainderanya akan
    mengakui bahawa walau secerdik mana manusia dan setinggi mana ilmu
    pengetahuannya, mereka tetap tidak mampu menlindungi diri mereka sendiri
    tanpa bantuan dan perlindungan Allah, lebih -lebih lagi apabila berhadapan
    dengan bencana alam seperti letupan gunung berapi, taufan, ombak besar
    (tsunami), gempa bumi dan banyak lagi Maha Suci Allah betapa kerdilnya
    manusia dan betapa perkasanya Engkau.

    KETERBATASAN ILMU MANUSIA

    Bagaimana hebatnya ilmu pengetahuan yang telah dicapai dan yang
    akan dicapai oleh manusia, namun ianya masih sedikit sekali jika dibandingkan dengan besar dan luasnya alam semesta yang masih belum
    banyak diketahui dan diterokai oleh manusia. Firman Allah s.w.t. yang
    bermaksud:


    (Al-

    Tidak perlu kita perhatikan terlalu jauh, cukup dalam diri kita sendiri.
    Ada sesetengah pihak yang mengkaji tenta ng nyawa tetapi sehingga sekarang
    masih belum juga ditemui apakah hakikat nyawa itu. Bagaimana bentuk dan
    rupanya? Adakah ia seperti air, udara atau... hanya Allah sahaja Yang Maha
    Mengetahui. Sedangkan tentang diri sendiri pun banyak lagi yang kita tidak
    ketahui, inikan pula tentang bumi, planet-planet dan ruang angkasa, sekalipun
    ilmu pengetahuan manusia pada zaman teknologi maklumat ini lebih maju dan
    terkehadapan berbanding ilmu pengetahuan di zaman silam.

    Apabila kita melihat langit, kita dapati ia kelihatan begitu dekat seolah -
    olah beberapa kilometer sahaja. Akan tetapi setelah ada manusia naik ke bulan
    maka didapatinya langit itu masih juga jauh. Sehinggakan planet yang terjatuh
    dari kelompok matahari iaitu Pluto, di sana juga masih terdapat langit. Ya...
    betapa luasnya alam maya ciptaan Tuhan.

    Sejauhmana tinggi sekalipun ilmu pengetahuan seseorang namun ia
    tidak mampu menerangkan atau akalnya tidak memahami bagaimana
    sebenarnya rahsia perkembangan sebuah sel yang begitu halus yang bercantum
    sehingga menjadi makhluk berbentuk manusia, binatang atau tumbuhan. Ilmu
    yang dikurniakan Allah kepada manusia adalah sangat sedikit diibaratkan jika
    kita ambil sebatang jarum lalu kita celupkan ke dalam laut lantas diangkat
    semula maka air yang terlekat di jarum itulah umpamanya pengetahuan
    manusia, sedangkan air laut yang masih tinggal di samudera luas adalah
    umpama luasnya pengetahuan Allah.


    lami alam semesta ciptaan
    Tuhan supaya kita tergolong ke dalam golongan yang disebut oleh Allah
    melalui firman-Nya yang bermaksud:

    (dari petunjuk dan nasihat), dan penglihatan mereka
    ditutup (daripada mendapat pengajaran dari al -Quran dan

    (Al-Baqarah : 7)

    Seluruh alam yang dapat kita lihat dengan mata kasar adalah terdiri
    dari kelompok matahari kerana mataharilah yang menjadi induk dan
    terpenting. Marilah kita renungkan saban hari apabila sang suria memancarkan
    sinarnya, alam semesta akan menjadi terang benderang. Apabila sang suria
    beradu di ufuk barat, pada mulanya cahaya kelihatan samar-samar kemudian
    seluruh alam gelap gelita. Apabila malam terus merangkak, sang bulan pula muncul dan bercahaya dengan dihiasi bintang-bintang yang berkelipan, namun
    ia tetap tidak dapat menyamai siang yang terangnya diberikan oleh matahari.

    Apabila kita pada suatu malam berkunjung ke tepi pantai dengan langit
    yang cerah dan melihat ke lautan yang luas, kita akan dapat menyaksikan
    sendiri betapa hebat dan luasnya alam semesta raya ini. Lautan terdampar luas
    di hadapan kita dengan riak dan gelombangnya yang tidak pernah
    membosankan, sedang di angkasa raya bertaburan berjuta -juta bintang kecil
    dan besar dengan sinarnya yang berkedip -kedipan sampai ke mata kita. Ketika
    dan saat itu, kita dapat rasakan betapa tenangnya jiwa dan perasaan kita
    tambahan pula diiringi oleh hembusan bayu malam yang dingin. Tiada seorang
    pun yang tidak merasai kagum dan terpesona melihat keindahan alam di waktu
    malam yang indah dan permai itu.

    Apabila kita melihat ke angkasa dengan kasar, kita hanya dapat
    menyaksikan sebahagian kecil sahaja alam semesta kerana keupayaan mata
    kita terbatas. Apabila kita memandang ke angkasa raya dengan menggunakan
    teleskop maka kita akan menjadi lebih kagum. Angkasa raya terbukti seribu
    kali lebih hebat dari apa yang dapat kita saksikan dengan mata kasar.

    Sememangnya kita sebagai manusia haruslah memikirkan kejadian dan
    keadaan alam cakerawala yang maha luas ini. Sudah pasti manusia yang
    merasa kagum terhadap kehebatan dan keluasan alam semesta ini, akan
    merasai lebih kagum lagi tentang kebesaran Allah yang menciptakannya. Jika
    masih ada lagi manusia yang kagum dengan alam semesta tetapi tidak kagum
    langsung terhadap penciptanya maka itulah manusia yang disifatkan Allah
    lebih hina daripada haiwan lantaran mensia-siakan akal fikiran kurniaan
    Tuhan.

    Ini baru setakat perbicaraan tentang luas dan jarak planet di antara
    planet-planet yang lain, belum lagi membicarakan susunan dan peredaran
    bintang-bintang di angkasa raya. Sekiranya kita benar-benar mengkaji dan
    menyelidik kemudian mencatatkan segalanya tanpa tertinggal walau satu pun
    nescaya tidak akan cukup samudera yang luas pada pandangan kita ini sebagai
    dakwat dan tidak cukup seluruh ranting dan dahan kayu untuk dijadikan pena.
    Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:

    (menulis) kalimat -kalimat (ilmu) Tuhanku, maka akan
    habislah lautan ini sebelum habis (ditulis) kalimat -kalimat
    Tuhanku, meskipun Kami datangkan tambahan sebanyak

    (Al-Kahfi: 109)

    Jika di bandingkan dengan alam cakerawala yang maha luas ini, bumi
    adalah ibarat debu yang halus sahaja. Jika bumi merupakan debu, maka air laut
    untuk mencatat alam semesta yang luas dan banyak itu. Inilah kekaguman
    terhadap kehebatan dan luasnya alam semesta ciptaan Tuhan yang tidak dapat
    din afikan oleh setiap manusia yang mempunyai akal.
    Manusia yang merupakan satu unit daripada alam semesta ini tidak
    kurang juga keajaibannya tersendiri. Jika kita mengkaji sel-sel dalam tubuh
    badan manusia seperti kromosom maka kita akan dapati bahawa di dal am
    perwarisan sesuatu keturunan kepada generasi yang akan datang. Untuk
    melihat sel ini kita perlu menggunakan mikroskop atau mikroskop elektron.
    Cuba anda bayangkan betapa telitinya Allah s.w.t. mengatur segala kejadian di
    alam ini. Kesemuanya ini menimbulkan kehairanan dan pertanyaan kepada
    setiap sarjana-sarjana sains. Apakah yang sebenarnya ada di sebalik keanehan
    dan keajaiban itu? Mungkinkah keanehan itu sendiri yang melahirkan
    keanehan tersebut? Walau apa sekalipun, pasti ada pencipta segala keanehan
    itu. Ya... sudah pasti. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:

    -tanda (kekuasaan Allah)
    bagi orang-orang yang yakin, dan (juga) pada dirimu
    sendiri. Maka apak
    (Az-Zariyat: 20-21)

    Cuba kita perhatikan bakteria pula. Bukan sahaja ia merupakan
    makhluk yang sangat halus, malahan mempunyai pelbagai bentuk pula. Ada
    yang berbentuk bulat (coccus), ada yang leper (becillus), ada yang panja ng
    (spirillium) dan bermacam-macam lagi, hanya orang-orang yang mengkaji
    sahaja yang mengetahui. Rasanya jika ahli-ahli sains itu insaf terhadap
    kejadian-kejadian seumpama ini, maka tentunya mereka akan beriman dan
    iman mereka pasti lebih kukuh terhadap Allah s.w.t. berbanding orang lain.

    KEJADIAN MANUSIA ADALAH NIKMAT

    Lazimnya, sesudah memikirkan segala kejadian alam semesta dan
    keagungan Allah yang menciptakannya, akhirnya kita akan kembali
    memikirkan kejadian diri kita sendiri. Kita tercipta daripada ibu bapa kita dan
    sekiranya ibu bapa tiada atau salah seorangnya tiada, tentu sahaja kita tidak
    mungkin dilahirkan ke dunia ini.

    Cuba kita renung dan fikirkan, bagaimana kiranya kita tidak ada, tidak
    pernah ada, tidak tertulis di Loh Mahfuz atau tidak pe rnah dilahirkan ke dunia.
    Jika tidak mencipta kita sudah pasti kita tidak ada. Jika kita tidak ada, sudah
    tentu kita tidak mengetahui adanya alam semesta yang luas ini. Tentu kita
    tidak kenal matahari dan bulan, tidak kenal manisnya gula, lazatnya makanan
    dan hidangan. Kita juga tentunya tidak dapat merasakan indahnya rasa kasih
    sayang, cinta dan tentunya saat-saat bahagia tidak mungkin kita rasai.

    Syukur, alhamdulillah, kini kita telah ada dan wujud. Kita sudah dapat
    menyaksikan keindahan alam maya, dapa t melihat pelbagai warna dan
    pemandangan, melihat sang suria, bulan dan bintang-bintang yang menghiasai
    segala ruang angkasa. Kita sudah dapat menikmati pelbagai makanan dan
    hidangan yang lazat dan enak. Kita juga telah dapat merasai betapa indahnya
    belaian kasih sayang, cinta dan saat -saat kebahagiaan. Seterusnya kita dapat
    mengenali siapa pencipta kepada semuanya ini termasuk alam yang maha luas ini. Lalu kita dapat menikmati kasih dan sayang-Nya serta bernaung di bawah
    lindungan dan rahmat-Nya. Inilah sebenarnya nikmat terbesar yang telah Allah
    kurniakan kepada kita. Kita seharusnya menggandakan rasa kesyukuran dan
    berterima kasih kepada Allah kerana bukan sahaja telah menjadikan kita,
    bahkan telah memilih kita menjadi umat -nya yang beriman dan diberikan
    petunjuk dan hidayah-Nya. Sehingga kita dapat mengenali Pencipta kepada
    alam semesta ini yang begitu indah dan teliti sekali.



    KESIMPULAN

    Oleh itu, kita sebagai insan yang telah diberi panduan hidup iaitu
    ajaran Islam yang berasaskan al-Quran dan sunnah, haruslah memikirkan
    dengan sedalam-dalamnya di dalam hati dan sanubari kita tentang kekuasaan
    Allah dan sifat Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang-Nya yang amat luas ini.
    Kita hendaklah selalu mengingati dan berterima kasih kepada -Nya. Firman
    Allah s.w.t. yang bermaksud:


    menyebut -
    (Ad-Dhuha:11)

    Janganlah kita termasuk di dalam golongan mereka yang lalai dan
    langsung tidak bersyukur kepada Penciptanya yang Maha Agung. Segala
    pujian hanya bagi Allah Tuhan semesta alam. Dari Allah kita datang dan
    kepadanya-Nya jua kita kembali.

      Similar topics

      -

      Waktu sekarang Mon May 20, 2024 12:53 am