Forum Komunitas pecinta koleksi jadul

ingin bergabung dengan elrakyat.tk klik pendaftaran. jika anda sudah pernah mendaftar silakan login. jangan lupa ajak kawan-kawanmu ke mari , dan jadilah top poster di forum kita

Join the forum, it's quick and easy

Forum Komunitas pecinta koleksi jadul

ingin bergabung dengan elrakyat.tk klik pendaftaran. jika anda sudah pernah mendaftar silakan login. jangan lupa ajak kawan-kawanmu ke mari , dan jadilah top poster di forum kita

Forum Komunitas pecinta koleksi jadul

Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Forum Komunitas pecinta koleksi jadul

salah satu forum terbesar tempat kita bernostalgia

Login

Lupa password?

Our traffic

info rakyat

Sun Oct 31, 2010 9:05 pm by admin

---------------
PEMBERITAHUAN....

SF ZONA RELIGI SEKARANG KAMI PINDAH KE [You must be registered and logged in to see this link.] ANDA BISA BERPARTISIPASI DAN MENJADI MODERATOR SESUAI PERMINTAAN ANDA DENGAN REQUEST VIA SMS NO ADMIN 081945520865


Sekilas Info

Sun Jun 27, 2010 2:44 pm by admin

kabar gembira, forum lentera-rakyat mulai hari ini juga bisa diakses melalui [You must be registered and logged in to see this link.]


    isu lambang Allah dan Muhammad di bendera tentara malaysia

    admin
    admin
    Admin
    Admin


    Zodiac : Virgo Jumlah posting : 688
    Join date : 19.03.10
    Age : 37
    Lokasi : Malang-Indonesia

    isu lambang Allah dan Muhammad di bendera tentara malaysia Empty isu lambang Allah dan Muhammad di bendera tentara malaysia

    Post by admin Sun Feb 13, 2011 11:43 pm

    PENJELASAN MENGENAI
    ISU LAMBANG ALLAH DAN MUHAMMAD
    PADA LOGO ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

    PENDAHULUAN
    1. Isu penggunaan kalimah Allah dan Muhammad pada logo pakaian angkatan tentera negara ini telah lama ditimbukan dan telah dibahaskan dengan terperinci oleh pihak Jabatanarah Kor Agama bersama pihak pentadbir Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Penyelesaian berhubung dengan isu ini telahpun dibuat. Walaupun begitu, Jabatanarah KAGAT sangat berbesar hati dengan reaksi yang diberikan oleh orang ramai tentang persoalan ini dan berpendapat ia adalah reaksi yang positif menggambarkan keprihatinan masyarakat Islam tentang perkara-perkara yang menyentuh sensitiviti agama mereka. Jabatanarah ini ingin mengucapkan ribuan terima kasih di atas kesudian penulis membuka ruang supaya perkara ini dapat dijelaskan secara lebih menyeluruh untuk pengetahuan seluruh ahli masyarakat Islam yang berada di luar organisasi ATM.
    PENJELASAN
    2. Hebahan Maklumat di Peringkat Dalam ATM. Di peringkat dalaman organisasi ATM, Jabatanarah Kor Agama Angkatan Tentera telahpun menghebahkan penjelasan berhubung dengan isu ini kepada seluruh anggota warga ATM melalui Pejabat Agama di formasi dan pasukan masing-masing. Para Pegawai Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT) telah dipertanggungjawabkan untuk menyampaikan maklumat ini di formasi dan pasukan yang berada di bawah pentadbiran mereka.
    3. Namun begitu, adalah tidak dapat dinafikan, berkemungkinan disebabkan bilangan anggota yang ramai, masih ada di kalangan anggota tentera yang tidak menyedari akan hal ini dan belum menerima penjelasan berhubung dengannya. Lantas ada sesetengah dari mereka mendakwa Jabatanarah KAGAT menganggap remeh tentang isu berkaitan.
    4. Isu yang Dibahaskankan. Perlu diperjelaskan bahawa isu yang ditimbulkan ialah berkaitan penggunaan kalimah suci dan bukannya penggunaan ayat-ayat suci al-Quran. Oleh itu penjelasan yang diberikan hanya menyentuh mengenai persoalan penggunaan kalimah-kalimah suci di mana hukumnya adalah berbeza daripada penggunaan ayat-ayat suci.
    5. Masalah yang sering dikemukakan ekoran dari penggunaan kalimah-kalimah suci ialah isu kelengkapan tersebut di bawa ke tandas dan ke tempat-tempat lain yang dianggap kotor dan tidak sepatutnya di mana ianya difikirkan boleh mencemarkan kesucian kalimah tersebut serta seolah-oleh penghinaan kepada kalimah-kalimah suci berkenaan. Di samping itu ditambah pula dengan persoalan pemakaiannya oleh anggota-anggota bukan Islam.
    6. Tuduhan yang Tidak Adil. Adalah tidak adil masyarakat umum menuduh pihak KAGAT tidak prihatin dengan perkara haram yang telah berlaku disebabkan ketakutan anggota KAGAT terhadap mana-mana pihak. Sebenarnya tindakan telah diambil oleh Jabatanarah ini dalam menangani isu yang dibangkitkan. Jabatanarah ini sering memberi peringatan bahawa setiap anggota yang beragama Islam perlulah peka dalam hal-hal yang berkaitan dengan agama mereka di samping sentiasa menyarankan anggota-anggota tentera supaya memelihara kesucian kalimah-kalimah tersebut daripada dibawa ke tempat-tempat yang tidak baik.
    7. Tidak Pernah Fatwa Pengharaman Dikeluarkan Terhadap Isu yang Dibangkitkan. Jabatanarah ini tidak pernah menyekat penggunaannya pada pakaian rasmi anggota Angkatan Tentera Malaysia kerana penggunaan seumpama itu tidak pernah dilarang atau dihukumkan sebagai haram dan berdosa oleh para ulama (walaupun ianya digunakan oleh orang bukan Islam). Kenyataan ini adalah berdasarkan kepada rujukan hukum yang dibuat melalui kitab-kitab fiqh yang dikarang oleh para ulama muktabar di samping ianya merupakan penjelasan dari Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan sendiri melalui persidangannya yang ke 13 yang berlangsung pada 1 hingga 2 Julai 1985 telah memutuskan bahawa: "Orang-orang bukan Islam diharuskan memakai perhiasan yang mengandungi perkataan Allah, Muhammad, Islam dan lain-lain potongan ayat-ayat al-Quran tetapi hendaklah dilketakkan di tempat yang terhormat. Kalimah-kalimah suci Allah dan Muhammad sewajarnya di letakkan di tempat yang baik dan adalah tidak manis sekiranya dibawa ke tempat yang kotor. Namun dari sudut hukum ia tidaklah sampai menjadikannya haram. Rujukan secara spesifik persoalan hukum mengenai hal ini boleh didapati melalui kitab-kitab berikut:
    a. Al-Majmu' Syarhu al-Muhazzab, oleh Imam An-Nawawi Jilid 1, hal. 73.(Fiqh Mazhab Syafie).
    b. Fathu al-Aziz Syarhu Al-Wajiz, oleh Imam al-Rafie, hal. 104-105 (Fiqh Mazhab Syafie).
    c. Al-Mughni, oleh Ibn Qudamah, Jilid 1, hal. 158-159."
    8. Pandangan Ulama Muktabar. Ruang yang terhad ini tidak memungkinkan pihak kami untuk menurunkan semua keterangan yang terdapat dalam kitab tersebut. Sehubungan dengan itu memadailah disebutkan satu petikan yang dipetik dari kenyataan yang telah dibuat oleh Imam Nawawi dan Imam Ahmad Ibn Hambal melalui rujukan yang telah diberikan: Imam Nawawi menyatakan: "Mengenai hukum yang berkaitan dengan persoalan ini para ulama (Mazhab Syafie) bersependapat disunatkan menanggalkan barang yang terdapat sebutan Allah Taala ketika hendak memasuki tandas dan ianya tidak wajib."
    Imam Ahmad Ibn Hanbal telah memberikan kenyataannya tentang hal ini dengan menyebutkan tentang seorang yang membawa wang dirham yang bertulis nama Allah masuk ke tandas dengan menyatakan: "Saya (berpandangan) optimis, ianya tidak menjadi kesalahan."
    9. KAGAT Tidak Pernah Mengabaikan Tugas dan Tanggungjawabnya. Untuk makluman semua pembaca pihak Jabatanarah KAGAT tidak pernah takut untuk menyatakan kebenaran. Setiap teguran dan pandangan yang dikeluarkan oleh Jabatanarah ini bukanlah cenderung atau untuk kepentingan mana-mana pihak sebaliknya setiap kenyataan dan teguran yang hanya dibuat berasaskan nas-nas dan sumber hukum Islam yang sahih atau lebih jelas lagi setelah isu itu dibawa kepada Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan dan diputuskan oleh mereka.
    10. Sebenarnya telah banyak usaha dalam membenteras perkara-perkara yang bertentangan dengan agama telah berjaya dilaksanakan oleh KAGAT tanpa diketahui oleh masyarakat umum. Sehingga ke hari ini Jabatanarah KAGAT mendapat kerjasama yang sangat baik dari seluruh jabatan dan pihak pentadbir ATM dalam menangani isu dan permasalahan yang menyentuh sensitiviti keagamaan. Banyak isu yang ditimbulkan telah dikemukakan kepada pihak JAKIM dan Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan dan telah berjaya diselesaikan. Sebagai contohnya, pengharaman arak secara total dalam ATM telah diluluskan oleh Jawatankuasa Panglima-Panglima Perkhidmatan dan mendapat sokongan seluruh jabatan dalam ATM. Begitu juga soal bertafakur di tugu telah dikemukakan kepada Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan dan fatwa berhubung dengannya telah dikeluarkan pada 6 hingga 7 Oktober 1987 yang menyebutkan ianya bertentangan dengan ajaran Islam. Perkara ini telahpun dikuatkuasakan dalam ATM.
    PENUTUP
    11. Pihak kami mengharapkan para pembaca berpuashati dengan penjelasan yang diberikan, walaupun adalah diakui pihak kami tidak berupaya untuk menghalang keengganan pihak pembaca dari menerima kenyataan ini. Oleh yang demikian kepada pihak yang masih berada dalam kesangsian, bolehlah merujuk kepada tokoh-tokoh agama untuk mengesahkan keterangan yang terdapat dalam rujukan yang telah dinyatakan. Walau bagaimanapun pihak Jabatanarah ini amat berbesar hati sekiranya pembaca yang terlibat dapat tampil ke Jabatanarah ini bagi mendapatkan penjelasan terperici dan membincangkannya dari aspek-aspek lain yang berkaitan yang tidak dapat dimuatkan dalam ruang yang terhad ini.
    12. Pihak Jabatanarah ini mengucapkan terima kasih di atas isu yang dikemukakan. Pihak kami sentiasa bersikap telus, terbuka dan sedia menerima teguran yang membina demi meningkatkan kualiti penghayatan agama di kalangan seluruh ahli masyarakat.

      Waktu sekarang Thu Nov 21, 2024 5:08 pm