PERINGATAN
BESAR BUAT KAUM WANITA
Dipetik dari Kitab Muhimmah karangan Sheikh Abdullah bin Abdul Rahim Fathoni
1384 Hijrah.
Diceritakan oleh Sayyidina Ali RA.; Adalah pada suatu hari masuk aku ke dalam
rumah Nabi SAW. dan ada sertaku isteriku, Siti Fatimah RA. Maka tatkala aku
dekat dengan pintu, maka sabda Nabi SAW.
"Siapa
yang dipintu itu?"
Maka sahut Siti Fatimah; "Kami dengan suami kami, Ali. Hamba datang untuk
menghadap engkau
ya Rasulullah".
Maka tatkala Rasulullah membuka pintu bagi kami, tiba-tiba kami dapati akan
Nabi hal keadaannya menangis akan sebagai tangis yang sangat. Maka
kataku(Sayyidina Ali RA.) baginya;
"Penebusmu [adalah] aku, engkaulah bapaku dan ibuku Ya, Rasulullah. apakah
yang menyebabkan engkau menangis?"
Maka sabda
Rasulullah SAW.; "Bahawa sesungguhnya telah aku lihat pada malam mikraj,
beberapa perempuan daripada umatku di dalam siksa yang amat sangat. Maka
sangatlah salah pekerjaan mereka itu., kerana itulah yang menyebakan aku
menangis kerana keadaan mereka yang tersangat siksa".
Berkata
Sayyidina Ali RA.; "Ya, Rasulullah, bagaimanakah engkau lihat akan keadaan
mereka itu?"
Maka sabda Rasulullah SAW.;Telah aku lihat seorang perempuan yang tergantung
dengan lidahnya dan api neraka yang sangat panas dituangkan ke dalam lehernya;
dan
Aku lihat seorang perempuan yang tergantung dengan rambutnya dan mendidih otak
kepalanya; dan Aku lihat pula seorang perempuan yang tergantung dengan dua
kakinya pada hal terikat lagi terlipat dan telah mengeluarkan segala malaikat
yang menyiksa itu dengan dua tangannya daripada pihak belakang lalu dilumurkan
minyak tanah pada badannya dan dituangkan air panas ke dalam lehernya; dan
Aku lihat seorang perempuan yang tergantung dengan dua susunya dan buah zaqqum
itu dituangkan masuk ke dalam lehernya. (Ada pun buah zaqqum itu adalah buah
kayu di dalam neraka yang amat pahit dan apabila memakan mereka itu akannya,
nescaya menggelegak (mendidih) segala isi perut mereka itu, dan otak dan gusi
mereka itu dan keluar lidah apinya daripada mulut mereka itu) dan
Aku lihat pula seorang perempuan yang tergantung pada hal memakan ia akan
daging dirinya manakala api neraka dinyala-nyalakan daripada pihak bawahnya;
dan
Aku lihat pula seorang perempuan yang tergantung lagi menambat oleh segala
malaikat akan dua kakinya kepada dua susunya dan ditambatkan dua susunya kepada
ubun-ubunnya dan dijadikan atas badannya itu beberapa ekor ular dan kala hak
keadaannya memakan ia(ular dan kala) akan dagingnya dan meminum ia(perempuan)
akan darahnya; dan
Aku lihat pula seorang perempuan yang tergantung hal keadaannya buta dan tuli
dan kelu. Di dalam kerongkongnya api neraka pada hal keluar otak daripada
kepalanya dan lagi mengalir ke dalam
hidungnya dan segala badannya itu amat busuk lagi berputar-putar (menggelupur)
seperti terkena penyakit yang besar; dan
Aku lihat pula seorang perempuan yang tergantung hal keadaannya dipotong segala
daging badannya daripada hadapan hingga ke belakang daripada segala anggota
dengan gunting api neraka; dan
Aku lihat pula seorang perempuan yang tergantung hal keadaannya hitam segala
mukanya dan dua susunya dan api memakan isi perutnya; dan lagi
Aku lihat seorang perempuan yang tergantung kepalanya seperti kepala babi dan
tubuhnya seperti tubuh keldai dan di atasnua itu beribu-ribu warna daripada
azab; dan
Aku lihat pula seorang perempuan atas rupa anjing dan api neraka itu masuk
daripada bawah duburnya dan keluar daripada ia{api} daripada mulutnya dan
segala malaikat itu memukul mereka itu akan
kepalanya dan badanya dengan pemukul api neraka.
Kata Sayyidina Ali RA; Maka berdirilah Siti Fatimah RA. kepada Nabi SAW. lalu
berkata;
"Hai
kekasihku dan cahaya mataku, khabarkan olehmu apa dosa-dosa mereka itu hingga
jatuh atas sekelian mereka itu dengan berbagai-baga siksaan itu?"
Maka sabda Nabi SAW.; Ada pun perempuan yang tergantung dengan rambutnya dan
mendidih otak kepalanya; maka bahawa sesungguhnya ia tiada mahu menutup rambu
tnya daripada lelaki yang haram memandang dia,
Dan adapun perempuan yang tergantung dengan lidahnya dan api neraka yang sangat
panas dituangkan ke dalam lehernya; maka bahawa sesungguhnya ia menyakiti akan
suaminya.
Dan adapun seorang perempuan yang tergantung dengan dua susunya dan buah zaqqum
itu dituangkan masuk ke dalam lehernya; maka sesungguh nya ia memberikan air
susu suaminya [kepada bayi yang
lain] dengan tiada izin suaminya.
Dan adapun perempuan yang yang tergantung dengan dua kakinya di dalam
kerongkongan api nereka itu; maka bahawa sesungguhnya ia keluar rumah dengan
tiada izin daripada suaminya.
Dan adapun perempuan yang tergantung dan memakan ia akan tubuhnya dan api
neraka dinyala-nyalakan daripada pihak bawahnya; maka bahawa sesungguhnya ia
memperhiasi tubuhnya kerana orang lain dan
tiada memperhiasi bagi suaminya.
Dan adapun perempuan yang tergantung lagi menambat oleh segala malaikat akan
dua kakinya kepada dua susunya dan ditambatkan dua susunya kepada ubun-ubunnya
dan dijadikan atas badannya itu
beberapa ekor ular dan kala hak keadaannya memakan ia(ular dan kala) akan
dagingnya dan meminum ia akan darahnya; bahawa sesungguhnya ia di dalam dunia
tiada hendak bersuci badannya dan tiada hendak mandi junub dan haid dan
daripada nifas dan meringan-ringan akan sembahyang.
Dan adapun perempuan yang tergantung hal keadaannya buta dan tuli dan kelu.
yang di dalam kerongkongan api neraka; maka bahawa sesungguhnya ia mendatangkan
daripada anak zina dan ditambatkan kepada batang leher suaminya. (perempuan
yang menduakan suaminya hingga mendapat anak zina dan dinyatakan anak itu
adalah hasil daripada suaminya).
Dan adapun perempuan yang tergantung kepalanya seperti kepala babi dan tubuhnya
seperti tubuh keldai; maka sesungguhnya ia sangat mengadu-ngadu (adu domba/batu
api) lagi amat dusta.
Dan adapun perempuan yang seperti rupa anjing dan api masuk ia ke dalam
mulutnya dan keluar ia daripada duburnya; maka bahawa sesungguhnya ia adalah
sangat membangkit akan manusia (mengungkit-ungkit pemberian atau pertolongan)
lagi banyak dengki mendengki
SEMOGA MAMPU MEMBERIKAN PERINGATAN KEPADA KAUM MUSLIMIN DAN MUSLIMAT SEKELIAN.
Allahu A'lam

Tue Aug 01, 2023 9:56 pm by wisatasemarang
» Portable STATA 18 Crack Full Version
Thu May 11, 2023 5:24 pm by wisatasemarang
» NVivo 12 Crack Full version
Mon Jan 30, 2023 11:16 am by wisatasemarang
» Tutorial Difference In difference (DID (Diff-in-Diff) With Eviews 13
Thu Nov 03, 2022 6:24 am by wisatasemarang
» Online Workshop Smart PLS Minggu, 01 Oktober 2022
Sat Sep 17, 2022 11:35 am by wisatasemarang
» kumpulan ebook tentang robot
Fri Jan 02, 2015 10:04 pm by kyuru
» MANTRA PELET
Wed May 16, 2012 3:31 am by orlandojack
» book love of spell
Sat Mar 24, 2012 8:08 pm by rifqi as
» attraction Formula
Sat Mar 24, 2012 7:09 pm by rifqi as